omniture

RS Components dan Allied Electronics Terima Pengiktirafan Kerana Kecemerlangan Edaran Global daripada Phoenix Contact

RS Components
2012-09-13 15:16 342

Anugerah Edaran Cemerlang dimenangi oleh EMEA, Asia Pasifik dan Amerika Syarikat

SINGAPURA, 13 Sept., 2012 /PRNewswire/ -- RS Components (RS) dan Allied Electronics (Allied), jenama dagang Electrocomponents plc (LSE: ECM), pengedar utama produk-produk elektronik serta penyenggaraan di dunia dengan khidmat meluas, diberi pengiktirafan kerana kecemerlangan edaran di seluruh dunia oleh Phoenix Contact, seorang pengilang terkemuka teknologi sambungan elektrik dan automasi  industri. RS telah menerima Anugerah Edaran Cemerlang bagi Eropah, Asia Barat dan Afrika (EMEA) dan rantau Asia Pasifik, dan Allied pula menang di Amerika Syarikat.

(Foto: http://www.prnasia.com/sa/2012/09/10/20120910164030468702.html )
(Logo: http://www.prnasia.com/sa/2011/05/04/20110504368830.jpg )

Phoenix Contact menyampaikan Anugerah Kecemerlangan Edaran sekali setiap dua tahun bagi mengiktiraf pertumbuhan jualan. RS telah memenangi anugerah di EMEA buat kali kedua berturut-turut, kali ini kerana perkongsian cemerlang dan peningkatan dalam hasil pada 2011. RS juga telah memenangi anugerah di Asia Pasifik, kali pertama ia diwakili di rantau, kerana pertumbuhan yang mengagumkan dan kejayaannya sejak memeterai perkongsian bersama dengan Phoenix Contact yang bermula pada 2010. Ini juga merupakan kali kedua berturut-turut Allied menerima anugerah itu di Amerika Syarikat kerana pertumbuhan dan usaha pemasarannya yang cemerlang.

Frank Stuhrenberg, Naib Presiden Eksekutif, Phoenix Contact, berkata:

"Dengan segala hormatnya saya menyampaikan anugerah kali kedua berturut-turut kepada RS dan Allied kerana prestasi cemerlang mereka. Anugerah-anugerah ini membayangkan kerjasama baik serta komitmen jangka panjang yang dikongsi oleh kedua-dua pertubuhan di semua peringkat dan di seluruh dunia."

"Kami bangga untuk muncul sebagai syarikat pertama yang memenangi Anugerah Kecemerlangan Edaran di Amerika Syarikat dan EMEA sebanyak dua kali dan untuk muncul sebagai pengedar pertama untuk memenangi anugerah Asia Pasifik," kata Klaus Goldenbot, Pengarah Jualan Global di Electrocomponents. "Memenangi semua anugerah di seluruh dunia merupakan satu pengiktirafan besar terhadap usaha gigih orang-orang kami merentasi perniagaan. Usaha-usaha ini membantu meningkatkan dengan ketara jualan Phoenix Contact dalam tahun kewangan terakhir."

Mengenai Phoenix Contact

Phoenix Contact merupakan pengilang seluruh dunia komponen, sistem dan penyelesaian 

dalam bidang kejuruteraan elektrik, elektronik dan automasi. Hari ini, syarikat milik keluarga ini menggajikan 12,300 orang di seluruh dunia. Pada 2011, ia mencatatkan jumlah hasil sebanyak 1.52 bilion euro. Ibu pejabat korporat syarikat terletak di Blomberg (North Rhine-Westphalia) dan Bad Pyrmont (Lower Saxony). Sebanyak lapan buah syarikat mewakili Phoenix Contact Group di Jerman.  Tujuh buah kemudahan pengeluaran terdapat di luar negara. Kumpulan syarikat antarabangsa ini juga terdiri daripada lebih kurang 50 buah anak syarikat jualan. Kehadiran global diperkukuhkan oleh 30 wakil di Eropah dan luar negara. Merentasi seluruh Jerman, Phoenix Contact diwakili oleh rangkaian jualan yang terdiri daripada lebih kurang 80 orang jurutera.

www.phoenixcontact.com

Mengenai RS Components dan Allied Electronics

RS Components dan Allied Electronics merupakan jenama dagang Electrocomponents plc, pengedar utama dunia produk-produk elektronik serta penyenggaraan dengan khidmat meluas. Melalui operasi di 32 negara , kami menawarkan 550,000 produk melalui internet, katalog, dan kaunter jualan kepada lebih sejuta pelanggan mengirim 46,000 bungkusan pada hari yang sama selepas tempahan diterima. Produk-produk kami disumber daripada lebih 2,500 pembekal utama, termasuk elektronik, automasi dan kawalan, ujian dan ukuran, komponen elektrikal dan mekanikal.

Electrocomponents disenaraikan di Bursa Saham London dan pada tahun kewangan yang lepas sehingga 31 Mac 2012 ia mencatatkan hasil sebanyak  GBP1.27bn.

Bagi maklumat lanjut, sila lawat laman web di www.rs-components.com dan www.alliedelec.com

Maklumat lanjut boleh didapati melalui pautan berikut:

Twitter: @RSElectronics; @alliedelec; @designsparkRS
Tweet: RS Components
Hashtags: #ecommerce #electronics

RS Components pada Linkedin
http://www.linkedin.com/company/rs-components 

Electrocomponents plc
www.electrocomponents.com

RS Components
www.rs-components.com

Pihak Media Boleh Hubungi:
RS Components
Tan Soo Chun
Pengurus Perhubungan Raya - Asia Pasifik
Emel: soochun.tan@rs-components.com
Tel: +65 6391 5745

The Hoffman Agency
Rasheed Abu Bakar
Eksekutif Kanan Akaun
Emel: rscomponentsteam@hoffman.com
Tel: +65 6361 0250

Source: RS Components
Related Stocks:
LSE:ECM OTC:EENEY
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Electronic Components Semiconductors Awards