SANTA CLARA, California, 2 Mac 2015 /PRNewswire/ -- Teknologi Mesin ke Mesin (M2M) Mobileum dan Komuniti Global Penguji Profesional Applause Bekerjasama Hasilkan Ekosistem Ujian Peranyauan Tersedia Paling Besar di Dunia
Mobileum, peneraju bagi penyelesaian beranalisis bagi transformasi perniagaan telekomunikasi, mengumumkan hari ini ia telah bekerjasama dengan Applause, syarikat 360° App Quality™ untuk menguji perkhidmatan perayauan dalam keadaan dunia sebenar. Melalui kerjasama ini, Mobileum akan melengkapi ahli komuniti global penguji profesional Applause dengan teknologi Mesin ke Mesin (M2M) baharu daripada Mobileum di 200 lokasi seluruh dunia, untuk menjalankan ujian perayauan luar yang dipertingkat pada tahap tertinggi.
(Logo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20140224/671325)
Dalam ekonomi aplikasi mudah alih hari ini, adalah penting bagi pelanggan pengendali mudah alih mendapat pengalaman hebat di mana-mana sahaja di dunia. Dalam dunia yang menyaksikan pelancongan yang meningkat dan kesetiaan pelanggan yang berkurangan, pengendali mudah alih perlu mengekalkan kualiti pengalaman tertentu untuk perayau (roamer) keluar negara. Bagi memastikan pengalaman perayauan berkualiti tinggi – berkenaan panggilan terputus, gangguan perkhidmatan, prestasi perkhidmatan dan aplikasi data – pemantauan dan ujian mesti dijalankan sepanjang masa serta berterusan di pelbagai lokasi seluruh dunia di mana perayau menggunakan perkhidmatan itu.
Sebelum ini, ujian sedemikian kebiasaannya dilakukan menggunakan robot Hujung-ke-Hujung yang ditempatkan di pusat data seluruh dunia. Namun, kaedah ini mempunyai keberkesanan yang terhad, memandangkan robot pegun ini sentiasa menguji perkhidmatan dalam keadaan yang sama, dan bukannya seperti yang dialami perayau sebenar. Contohnya, pelawat asing yang mendarat di New York kemungkinan besar akan melawat destinasi popular seperti Central Park, Muzium Metropolitan atau Times Square, bergerak merentasi bandaraya itu secara dinamik. Dengan menggunakan ujian statik, pengendali tidak akan dapat memahami sepenuhnya bagaimana pengalaman khidmat pelawat tersebut menerima kesan semasa beliau bergerak dari satu lokasi ke lokasi yang lain, atau di lokasi popular yang tidak dirangkumi oleh robot statik.
Robot ujian M2M baharu Mobileum, bersama komuniti global Applause, membolehkan ujian dijalankan di mana perayauan sebenarnya berlaku – di lokasi acara, di tempat sesak, di tempat tumpuan pelancong – dan pada bila-bila masa.
"Teknologi M2M kami akan mengubah bagaimana pengalaman perayauan diukur," kata Ori Sasson, Ketua Pegawai Eksekutif Mobileum. "Kami akan membolehkan pengendali mudah alih menguji dan menambah baik kualiti perkhidmatan yang benar-benar dialami oleh perayau mereka, mengurangkan gangguan perkhidmatan serta meningkatkan kepuasan dan juga kesetiaan pelanggan."
Perkhidmatan ujian perayauan berasaskan M2M Mobileum kini tersedia untuk para pengendali.
Latar Belakang Mobileum
Mobileum membantu penyedia perkhidmatan telekomunikasi memanfaatkan kuasa analisis ramalan dan pengetahuan masa nyata untuk mendorong transformasi perniagaan yang mendatangkan keputusan. Sepanjang lebih 15 tahun lalu, Mobileum telah menyampaikan penyelesaian penting seperti Perayauan Suara dan Data, Analisis Penipuan, Pengewangan Data, Analisis untuk Pengalaman Pelanggan dan Pengukuran & Jaminan Prestasi Perkhidmatan, kepada lebih 617 rangkaian pengendali di 170 buah negara. Platform Wisdom Mobileum membolehkan CSP mendapatkan kefahaman mendalam tentang tingkah laku pelanggan dan rangkaian, serta memanfaatkannya untuk meningkatkan penerimaan perkhidmatan, menyekat kerugian, menyampaikan pengalaman pelanggan yang hebat, meramalkan jenis penipuan baharu, dan juga memanfaatkan model hasil berpacu-data generasi seterusnya. Mobileum berpangkalan di Silicon Valley California dengan beberapa pejabat di Brussels, Hong Kong, Singapura, India, Dubai, Argentina, Uruguay, dan Brazil. Untuk mempelajari lebih lanjut, lawati http://www.mobileum.com dan ikuti @MobileumInc di Twitter.
Latar Belakang Applause
Dilancarkan pada 2008 sebagai uTest, Applause memimpin revolusi kualiti aplikasi dengan membolehkan syarikat menyampaikan pengalaman digital yang hebat – daripada sesawang kepada mudah alih hinggalah kepada teknologi boleh dipakai dan lebih lagi. Dengan menggabungkan perkhidmatan ujian dunia sebenar, alatan perisian dan analisis, Applause membantu syarikat mencapai kualiti aplikasi 360° yang mereka perlukan untuk berjaya dalam ekonomi aplikasi moden. Ribuan syarikat – termasuk Google, Fox, Amazon, Box, Concur dan Runkeeper – memilih Applause untuk melancarkan aplikasi yang menggembirakan pengguna mereka. Pelajari lebih lanjut di http://www.applause.com dan ikuti @applause di Twitter.
Maklumat perhubungan Mobileum :
Nilanjan Ray, Pengarah Kanan Pemasaran
Tel: +91-973-997-0225.
nilanjan.ray@mobileum.com
Maklumat perhubungan Applause:
Nick Lorenzen: nlorenzen@applause.com