omniture

Microland telah diiktiraf sebagai Peneraju dalam ISG Provider Lens™ 2024 untuk Perkhidmatan Awan Awam Berbilang di Amerika Syarikat

Microland
2024-12-22 23:24 6

BENGALURU, India, 22 Disember 2024 /PRNewswire/ -- Microland, peneraju transformasi digital global, amat berbesar hati untuk mengumumkan bahawa syarikat itu telah diiktiraf sebagai Peneraju Perkhidmatan Terurus untuk segmen Pasaran Pertengahan dalam Kajian ISG Provider Lens™ - Perkhidmatan Awan Awam Berbilang - Amerika Syarikat 2024.

Microland has been recognized as a Leader in the ISG Provider Lens™ 2024 for Multi Public Cloud Services in the U.S.
Microland has been recognized as a Leader in the ISG Provider Lens™ 2024 for Multi Public Cloud Services in the U.S.

 

Laporan penyelidikan mengkaji penyedia perkhidmatan terurus dalam persekitaran penskala hiper (AWS, Azure, Google Cloud), mengetengahkan strategi dipacu DevOps, kepakaran SRE dan perkhidmatan canggih syarikat. Ini termasuk pematuhan automatik, integrasi IoT, infrastruktur cekap tenaga, keselamatan siber dikuasakan AI dan automasi layan diri, meningkatkan kecekapan operasi dan keselamatan untuk segmen pasaran pertengahan Amerika Syarikat.

Microland membezakan syarikat itu daripada yang lain dengan operasi yang didorong oleh automasi, menggunakan platform CloudOps Intelligeni® bertujuan meningkatkan pengurusan infrastruktur awan untuk perusahaan Amerika Syarikat. Platform ini mengautomasikan pemantauan, resolusi makluman, telemetri dan pengoptimuman, memacu pengurangan kos, menambah baik prestasi sistem dan kualiti perkhidmatan yang lebih tinggi. Rangka Kerja Pengurusan Kos Awan (CCMF)™ milik Microland mengoptimumkan penggunaan sumber awan, menjimatkan kos dan meminimumkan masa henti. Dengan memberikan tumpuan kepada perusahaan kecil dan sederhana Amerika Syarikat, Microland menyampaikan penyelesaian awan yang disesuaikan, boleh skala dan menjimatkan kos bagi memenuhi keperluan unik perniagaan ini. Platform dan penyelesaian berteraskan perniagaan kami amat penting dalam mencapai pengiktirafan ini daripada ISG.

Bercakap mengenai pengiktirafan ini, Sunil Sarat, Naib Presiden Kanan & Pemimpin Penyelesaian Pelanggan Global – Perkhidmatan Awan dan Pusat Data di Microland berkata, "Kami amat gembira kerana telah diiktiraf sebagai Peneraju dalam Perkhidmatan Awan Awam Berbilang ISG Provider Lens™ 2024 untuk Perkhidmatan Terurus-Pasaran Pertengahan. Pengiktirafan daripada ISG ini mengesahkan kepercayaan yang diberikan oleh pelanggan kepada kami kerana kami memberikan tumpuan kepada inovasi, pengoptimuman dan menambah baik kecekapan operasi. Kami berdedikasi untuk menyampaikan penyelesaian berkualiti tinggi dan mengekalkan kedudukan kami sebagai rakan kongsi industri yang boleh dipercayai."

Sam Mathew, Presiden Microland berkata, "Diiktiraf sebagai Peneraju dalam ISG Provider Lens™ 2024 menegaskan tumpuan strategik Microland untuk membolehkan perusahaan Amerika Syarikat memanfaatkan kuasa persekitaran berbilang awan. Platform berinovatif kami, seperti CloudOps Intelligeni® dan CCMF™, memacu kecekapan dan kebingkasan, meletakkan kami sebagai rakan kongsi pilihan untuk perniagaan yang mencari penyelesaian awan transformatif, menjimatkan kos dan boleh skala."

Shashank Rajmane, Ketua Penganalisis di ISG berkata, "Microland menyampaikan perkhidmatan operasi awan berkualiti tinggi melalui pendekatan berteraskan pelanggan dan set alat pengurusan awan automatik, serta dengan memanfaatkan teknologi canggih bagi membantu pelanggan mengurangkan kos dan meningkatkan CX."

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai pengiktirafan ini, sila kunjungi: Peneraju dalam ISG Provider Lens untuk Perkhidmatan Awan Awam Berbilang 2024 | Microland.

Maklumat Tentang Microland

Microland ialah syarikat perkhidmatan dan perundingan Infrastruktur IT rintisan yang beribu pejabat di Bengaluru, India, dengan rekod prestasi yang terbukti memberikan hasil perniagaan ketara selama 35 tahun. Pada hari ini, apabila perusahaan menyedari bahawa rangkaian menyokong kefungsian dan kecekapan sistem digital moden dan menyokong inovasi, kami menyediakan teknologi generasi akan datang seperti AI, operasi automatik dan penyelesaian yang didorong oleh platform – yang memacu kecemerlangan operasi, ketangkasan dan produktiviti untuk organisasi di seluruh dunia. Pasukan kami yang terdiri daripada lebih 4,600 pakar memberikan perkhidmatan di lebih 100 negara di seluruh Asia, Australia, Eropah, Timur Tengah dan Amerika Utara, menawarkan penyelesaian terkini dalam rangkaian, awan, pusat data, keselamatan siber, pengurusan perkhidmatan, aplikasi dan automasi. Diiktiraf oleh penganalisis industri terkemuka bagi strategi berinovatif kami, Microland komited terhadap tadbir urus, kelestarian alam sekitar yang kukuh dan memupuk tempat kerja terangkum yang pelbagai bakat berkembang maju. Apabila perniagaan bekerjasama dengan Microland, masing-masing berhubung dengan bakat, teknologi dan penyelesaian terbaik untuk mencipta nilai yang tiada tandingannya. Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi www.microland.com.

Hubungan Media: sobia.sahar@microland.com 

Maklumat Tentang ISG

ISG (Information Services Group) ialah firma penyelidikan dan penasihat teknologi global yang terkemuka. Kumpulan ini merupakan rakan kongsi perniagaan yang dipercayai oleh lebih daripada 800 pelanggan, termasuk lebih daripada 75 daripada 100 perusahaan terbaik di dunia. Firma tersebut pakar dalam perkhidmatan transformasi digital, termasuk automasi, awan dan analisis data; penasihat penyumberan; perkhidmatan tadbir urus dan risiko terurus; perkhidmatan pembawa rangkaian; reka bentuk strategi dan operasi; pengurusan perubahan; risikan pasaran dan penyelidikan dan analisis teknologi.

Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi www.isg-one.com.

Foto: https://mma.prnasia.com/media2/2585175/Managed_Services.jpg?p=medium600
Logo: https://mma.prnasia.com/media2/2483706/Microland_Logo.jpg?p=medium600

 

Source: Microland
Keywords: Computer Software Computer/Electronics High Tech Security Internet Technology Data Analytics Artificial Intelligence Cloud Computing / Internet of Things