BARCELONA, Sepanyol, 3 Mac 2015 /PRNewswire/ -- Huawei hari ini mengumumkan yang ia akan berkongsi wawasannya untuk industri ICT, "Membuka ROADS bagi Dunia yang Terhubung Lebih Baik", melalui pelbagai platform termasuk persidangan, pameran, dan dialog, semasa Kongres Dunia Mudah Alih 2015 di Barcelona. Merangkumi lima ciri asas untuk pengalaman pengguna terunggul dalam dunia yang terhubung sepenuhnya – Masa Sebenar, Mengikut Permintaan, Semua Dalam Talian, Lakukan Sendiri (DIY), dan Sosial – wawasan "ROADS" Huawei bakal menggalakkan ekosistem industri terbuka yang membolehkan inovasi yang tangkas, memajukan industri ICT serta semua sektor sosial dalam zaman digital. Di MWC, Huawei akan turut memperkenalkan SoftCOM, reka bentuk rangkaian telekomunikasi berorientasikan masa hadapan untuk membentuk semula industri telekomunikasi daripada segi seni bina, rangkaian, pengendalian, dan perkhidmatan bagi membolehkan pengendali mencapai perubahan perniagaan yang berjaya.
"Industri telekomunikasi perlu bergerak pantas ke arah ekosistem digital terbuka. Huawei komited untuk berkolaborasi dengan pelanggan dan rakan kongsi industri untuk membina dunia yang dipertingkat serta terhubung sepenuhnya," kata Ryan Ding, Pengarah Eksekutif Lembaga dan Presiden Produk & Penyelesaian Huawei. "Di MWC, Huawei akan memperkenalkan pelbagai produk dan penyelesaian inovatif yang berkisarkan tema penerimaan ekosistem digital terbuka, membolehkan perubahan ICT, dan mengubah jaur lebar ultra mudah alih. Kami komited dalam mengusahakan wawasan ROADS Terbuka ke arah Dunia yang Terhubung Lebih Baik dengan para pelanggan dan rakan kongsi kami menerusi industri ICT."
Dengarkan Ucapan Ketua Pegawai Eksekutif Bergilir Huawei Ken Hu
Ken Hu, Timbalan Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Bergilir Huawei bakal menyampaikan ucapan dasar tentang topik "Jalan Ke Arah 5G", pada pukul 9:15 pagi CET pada hari Selasa, 3 Mac di Perkampungan Persidangan di Fira Gran Via. Antara topik yang akan beliau bincangkan, Encik Hu akan mentakrifkan ramalan Huawei untuk masa hadapan industri mudah alih dan wawasan untuk "Dunia yang Terhubung Lebih Baik".
Lawati Huawei di Dewan 1, Fira Gran Via
Huawei bakal menunjukkan pelbagai penyelesaian ICT inovatif di Dewan 1 Fira Gran Via termasuklah:
Strategi SoftCOM: Huawei mengusulkan strategi seni bina rangkaian telekomunikasi berpaksikan masa hadapan, SoftCOM, pada tahun 2012, yang menyasarkan untuk membantu membina semula industri telekomunikasi daripada perspektif seni bina, rangkaian, pengendalian dan perkhidmatan. Strategi SoftCOM bakal mendedahkan potensi penuh perangkaian tertaktif perisian (SDN), pemayaan fungsi rangkaian (NPV), pengkomputeran awan, dan pengendalian berasaskan Internet. Oleh itu, ini akan membolehkan pembawa telekomunikasi merealisasikan evolusi rangkaian dan perubahan perniagaan yang menyeluruh serta memajukan lagi ekosistem terbuka, saling hubung, dan inovatif bagi meningkatkan dan juga memanfaatkan dengan lebih baik nilai industri dengan gred lebih tinggi.
Mengembangkan Jalur Lebar Ultra Mudah Alih: Huawei bakal berkongsi maklumat, strategi, dan penyelesaiannya untuk industri jalur lebah mudah alih (MBB), serta menunjukkan bagaimana ia membantu pengendali membina rangkaian ultra MBB yang sentiasa tersedia dan luas. Rangkaian terlaras, tangkas, dan fleksibel ini akan membantu pengendali mengembangkan perniagaan mereka ke luar segmen pengguna dan mencipta lebih banyak peluang dalam pasaran tegak seperti penjagaan kesihatan, pengangkutan, peruncitan, dan kewangan, yang membuka jalan bagi perubahan ICT. Huawei akan turut menunjukkan produk dan penyelesaian utama mereka, termasuk penyelesaian Termaju LTE, prototaip 4.5G mereka, kemajuan 5G dan FMC2.0, kesemuanya menunjukkan bagaimana Huawei sedang memacu teknologi ICT kepada evolusi rangkaian peringkat seterusnya. Akhirnya, Huawei akan menunjukkan stesen makro bersaiz kecil sangat tersepadu mereka yang terbaharu, sel kecil menyumber ramai, angkut balik mudah alih berpaksi pengalaman, penyelesaian NFV/SDN, seni bina SD-DC2 (Pusat Data Awan Terpacu Teragih Perkhidmatan), dan penyelesaian FusionCloud, yang menggunakan teknologi awan dalam setiap lapisan prasarana rangkaian telekomunikasi.
Membolehkan Perubahan ICT: Dengan membolehkan pengendalian berpaksikan pengalaman, Huawei akan berkongsi strategi, penyelesaian, dan maklumatnya tentang pengurusan pengalaman pelanggan, penciptaan nilai perniagaan, pengewangan pengalaman pelanggan, pembangunan MBB jenama berkualiti, dan peningkatan kecekapan. Ketika rangkaian menjadi lebih berpaksikan IT serta perkhidmatan menjadi semakin didigitalkan dan berasaskan awan, syarikat itu juga akan menunjukkan bagaimana untuk membuat perubahan sumber ICT yang tangkas dan flesibel untuk pengendali melalui penyepaduan perniagaan, pengaturan, dan jaminan kemampuan prasarana. Huawei akan turut menunjukkan Seni Bina Perusahaan ICT mereka bagi menunjukkan panduan penyedia perkhidmatan komunikasi (CSP) menuju perubahan ICT, merentasi pengurusan pengalaman, seni bina perniagaan, seni bina aplikasi, seni bina maklumat, selain seni bina platform dan teknologi. Satu lagi sorotan penting demonstrasi Huawei adalah sistem pengendalian generasi seterusnya, Telco OS, dengan modul fungsi penting termasuk Sistem Pembolehan Prasarana (IES) bagi merealisasikan penjadualan prasarana ICT lapisan bawah yang fleksibel serta pengurusan dan juga pengagihan sumber automatik, analitik data besar untuk analisis yang boleh memaklumkan dan menjana strategi perniagaan bernilai. Tambahan lagi, Sistem Pembolehan Perniagaan (BES) Huawei merealisasikan pembangunan produk dan rekaan pakej yang tangkas dan fleksibel, bagi menggalakkan pembangunan perkhidmatan rakan kongsi serta memudahkan pembelian dan juga penggunaan perkhidmatan oleh pengguna. Semua ini akan membantu pengendali mencapai perubahan pengendalian yang dipacu oleh wawasan pengalaman "ROADS".
Menerima Ekosistem Digital Terbuka: Huawei telah membuat pelaburan strategik bagi menggalakkan penyatuan perkhidmatan digital dan keterbukaan kemampuan rangkaian sepanjang beberapa tahun lepas bagi membantu pengendali membina ekosistem digital yang terbuka. Realisasi pengewangan lalu lintas berinternet, dan peningkatan signifikan pengalaman pengguna serta nilai lalu lintas adalah berpusat sekeliling kemampuan data besar. Keterbukaan bahan dan kolaborasi menggalakkan pembangunan ekosistem, lalu memastikan kejayaan perniagaan berterusan untuk pengendali. Huawei akan menunjukkan bagaimana mahu bekerja dengan CSP bagi mencapai perubahan digital dan menawarkan perkhidmatan digital kepada individu, keluarga, dan pelanggan industri dengan membina ekosistem digital terbuka, mengumpulkan bahan serta aplikasi global, dan juga membangunkan sumber. Pada masa yang sama Huawei akan terus menyediakan perkhidmatan terkhusus dan penyelesaian ICT hujung ke hujung untuk pembawa bagi memaksimumkan rangkaian, platform, dan kelebihan pengendalian mereka, memperluas pasaran bandar pintar dengan membina ekosistem semua untung, dan merebut peluang perubatan ICT.
Agar pengguna boleh kekal terhubung, Huawei memperkenalkan satu siri peranti boleh pakai termasuk Huawei Watch, TalkBand B2, dan TalkBand N1, menjelang Kongres Dunia Mudah Alih (MWC) 2015. Huawei turut memperkenalkan phablet generasi seterusnya, MediaPad X2, dan turut mengumumkan wawasan jenama itu, 'Impian Mengilhamkan Kreativiti". Pengumuman peranti boleh pakai itu menunjukkan komitmen Huawei dalam mengilhamkan kreativiti dan mencipta produk yang akan mempertingkat ekosistem pengguna.
Semasa MWC 2015, Ken Hu, Timbalan Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Bergilir, Ryan Ding, Presiden, Produk & Penyelesaian, dan Chaobin Yang, Ketua Pegawai Pemasaran, Barisan Produk Rangkaian Wayarles, akan berkumpul bagi berkongsi pandangan mereka tentang topik termasuk "Jalan Menuju 5G", "Amalan Evolusi Rangkaian", serta "Kes Perniagaan untuk Dunia 5G".
MWC 2015 berlangsung di Barcelona mulai 2-5 Mac. Huawei akan menunjukkan produk dan penyelesaian mereka yang terkini di Dewan 1 dan 3 Fira Gran Via. Untuk maklumat lanjut, sila lawati http://www.huawei.com/minisite/mwc2015/en/index.html
Latar Belakang Huawei
Huawei merupakan penyedia penyelesaian teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) terkemuka sedunia. Matlamat kami adalah untuk memperkaya kehidupan dan meningkatkan kecekapan melalui dunia yang terhubung lebih baik, bertindak sebagai warga korporat bertanggungjawab, pemboleh inovatif untuk masyarakat bermaklumat, dan penyumbang kolaboratif kepada industri. Dipacu oleh inovasi berpaksikan pelanggan dan perkongsian terbuka, Huawei telah mewujudkan portfolio penyelesaian ICT hujung ke hujung yang memberi pelanggan kelebihan berdaya saing dalam rangkaian telekomunikasi dan perusahaan, peranti, serta pengkomputeran awan. 170,000 kakitangan Huawei seluruh dunia komited bagi mencipta nilai maksimum untuk pengendali, perusahaan, dan pengguna telekomunikasi. Penyelesaian, produk, dan perkhidmatan ICT inovatif kami digunakan di lebih 170 buah negara dan wilayah, berkhidmat untuk satu pertiga daripada populasi dunia.
Untuk maklumat lanjut sila lawati Huawei secara dalam talian melalui www.huawei.com atau ikuti kami di:
http://www.linkedin.com/company/Huawei
http://www.twitter.com/Huawei
http://www.facebook.com/Huawei
http://www.google.com/+Huawei
http://www.youtube.com/Huawei