omniture

Yutong Bus Serahkan 500 Unit Van V6 Baharu ke Amerika Latin

Yutong Bus
2024-12-24 08:36 10

ZHENGZHOU, China, 24 Disember 2024 /PRNewswire/ -- Pengeluar kenderaan komersial global yang terkemuka Yutong Bus (SHA:600066) telah menyerahkan 500 unit van V6 (Van 6) yang dilancarkan baru-baru ini ke Amerika Latin, menyaksikan satu peristiwa penting dalam hala tuju strategik Yutong di pasaran Amerika Latin.

 

Yutong Bus Delivers 500 Units of the New V6 Van to Latin America
Yutong Bus Delivers 500 Units of the New V6 Van to Latin America

"500 unit kenderaan komersial ringan V6 digunakan secara berperingkat-peringkat di seluruh pasaran Amerika Latin. Kami menantikan penyaksian prestasi andal kenderaan ini bersama semua orang pada masa depan," kata Evan Mao, pengurus produk Yutong Bus.

Model yang disesuaikan untuk pasaran Amerika Latin ini mengintegrasikan teknologi peralatan pengangkutan awam yang inovatif dan teknik pembuatan termaju daripada Yutong Bus dengan pertimbangan penuh diberikan terhadap pengalaman penumpang dan pemandu. Van V6 memenuhi pelbagai keperluan pengangkutan penumpang tersuai, penerimaan perniagaan dan perjalanan ulang alik pelancongan untuk mencipta nilai yang lebih besar untuk pelanggan.

Van V6 memanjangkan hayat perkhidmatan dengan ketara menerusi salutan elektroforetik zirkonium yang memastikan badan kenderaan kekal bebas daripada kakisan struktur selama 20 tahun. Yutong Bus telahpun menyelesaikan ujian antikarat 20 tahun pertama untuk keseluruhan kenderaan, termasuk di bawah keadaan kerja yang melampau, ujian yang pertama dalam industri ini.

Di samping itu, van V6 telah menyelesaikan ujian operasi 2 juta kilometer pertama industri. Ujian keandalan bermula pada tahun 2023 dan telah berjaya menyelesaikan 63,000 kilometer ujian jalan raya yang diperkukuh, dengan keseluruhan struktur kenderaan tetap tidak terjejas dan tiada penggantian bahagian serta komponen tahan lama.

Yutong turut mempelopori reka bentuk tempat duduk yang memasang pendakap tempat duduk penumpang dalam rasuk untuk memenuhi keperluan kekuatan dan kerosakan perlanggaran dinamik 50km/jam. Badan kenderaan terdiri daripada lebih 55 peratus keluli berkekuatan tinggi dan komponen utama diperbuat daripada keluli berkekuatan ultra tinggi, bentuk panas dengan kekuatan tegangan sehingga 1,500Mpa, yang meningkatkan tahap keselamatan dengan ketara.

Sistem pemantauan V6 dilengkapi dengan beberapa kamera untuk keadaan jalan hadapan, tingkah laku pemandu dan pengesan jejak bagi merakam dan menyimpan rakaman di jalan raya di hadapan kenderaan, ruang pemanduan dan pedal minyak pada masa nyata. Ia turut membawakan pengalaman pemanduan dan penunggangan yang stabil dan lancar dengan lebar, ketinggian dan jarak tempat duduk yang mencukupi untuk sehingga 20 tempat duduk yang dikonfigurasikan untuk pengubahsuaian yang fleksibel.

Memandang ke hadapan, Yutong Bus akan memperkenalkan siri koc elektrik tulen bagi menggalakkan inovasi teknologi dan penyesuaian perkhidmatan di wilayah berkenaan.

 

Source: Yutong Bus
Related Stocks:
Shanghai:600066
Keywords: Auto Railroads and Intermodal Transportation Transportation Licensing/marketing agreements General Manufacturing