omniture

Harga Hotel Global Lebih Tinggi untuk Tahun Kelima Berturut-turut

Harga hotel yang dibayar oleh pelancong seluruh dunia meningkat sebanyak 3% pada 2014, ketika ekonomi global bertambah baik, menurut Hotel Price IndexTM (HPI®) Hotels.com™
Hotels.com
2015-03-03 13:00 189

LONDON, 3 Mac 2015 /PRNewswire/ -- Harga purata yang dibayar untuk bilik hotel seluruh dunia meningkat sebanyak 3% pada 2014 jika dibandingkan dengan 2013, menurut Hotel Price Index (HPI) Hotels.com. Pemulihan ekonomi global keseluruhan semakin meningkat dan pengguna sudah semakin yakin berbelanja lebih banyak untuk melancong. Harga hotel telah mengalami peningkatan harga tekal selama lima tahun sejak ia merosot semasa kegawatan ekonomi 2008/9.

HPI global mencatat 113 pada hujung tahun 2014, 13 mata lebih tinggi sejak pelancarannya pada tahun 2004 dan setanding dengan parasnya pada tahun 2008 tetapi masih empat mata lebih rendah berbanding puncaknya sebanyak 117 mata pada tahun 2007.

Johan Svanstrom, Presiden jenama Hotels.com berkata: "Walaupun Indeks ini meningkat lagi tahun lepas, ia masih jauh ketinggalan daripada rekod masa puncaknya tujuh tahun lalu dan ini berita baik untuk pengguna. Setiap tahun adalah unik dalam industri pelancongan dan 2014 tiada pengecualiannya, dengan peluang serta cabarannya sendiri. Acara global, seperti Sukan Olimpik Musim Sejuk dan Piala Dunia, diramalkan bakal menarik pelancong ke destinasi baharu. Namun tragedi yang tidak disangka-sangka, termasuk kejadian wabak Ebola, penerbangan Malaysian Airlines MH370 yang hilang dan kehilangan MH17 telah meninggalkan kesan hitam."

Daripada enam rantau dalam HPI, Indeks itu meningkat dalam empat rantau, kekal mendatar dalam satu rantau, dan jatuh dalam satu lagi rantau. Dengan ekonomi yang kukuh dan nilai Dolar yang meningkat, Amerika Utara mengetuai dengan peningkatan sebanyak 5%, dua titik peratus lebih baik berbanding keputusannya semasa tahun 2013.

Dua rantau melaporkan pertumbuhan Indeks sebanyak 4%. Rantau Caribbean mencatat rekod baharu, meningkat menjadi 137, angka Indeks tahunan mengikut rantau yang tertinggi pernah dicapai. Ini dimarakkan lagi dengan nilai Dolar AS yang semakin kukuh, dan Caribbean kekal menjadi kegemaran para pelancong dari Amerika Syarikat. Kedua, Eropah dan Timur Tengah menunjukkan kadar pertumbuhannya yang terpantas dalam masa tujuh tahun, sambil banyak negara melaporkan bilangan pelancong yang mencatat rekod tahun itu.

Amerika Latin mencatat peningkatan Indeks sebanyak 2%. Penganjur Piala Dunia Brazil mengatasi jangkaan dalam industri hospitaliti dan acara itu merupakan peluang unik untuk negara itu menunjukkan antara penginapan serta perkhidmatan paling hebat yang boleh tawarkan.

Tiada pertumbuhan bagi Rantau Pasifik dalam Indeksnya dalam tahun 2014 tetapi kelemahan berterusan dalam dolar Australia bermakna rantau itu akan menarik lebih ramai pelancong pada tahun 2015.

Bagi Asia, Indeks itu merosot sebanyak 2%. Sepanjang beberapa tahun lalu, HPI menunjukkan Asia sudah lama menawarkan destinasi dengan nilai terhebat di dunia dan masih terus berbuat demikian.

Sambung Svanstrom lagi: "Lebih 1.1 bilion pelancong mengembara ke luar negara pada tahun 2014, meningkat hampir 5% berbanding tahun sebelumnya[1], dengan saiz pasaran pelancongan domestik global dijangka akan menjadi empat hingga lima kali ganda jumlah ini. Pelancongan adalah industri yang paling bersaing sengit dan mampu bingkas dengan semua negara berlumba-lumba menarik pelancong yang bernilai tinggi untuk datang melawat dengan mempertingkat prasarana, meluaskan pilihan hospitaliti dan hiburan serta melonggarkan syarat visa. Pelancongan meluaskan dunia dan minda – ayuh kita mula mengembara."

Peratus purata kenaikan harga dalam harga sebenar yang dibayar untuk bilik hotel pada 2014

Rantau 

% perubahan

Indeks

Amerika Utara 

5%

116

Caribbean 

4%

137

Eropah & Timur Tengah 

4%

108

Amerika Latin  

2%

131

Pasifik 

0%

123

Asia 

-2%

104

Global 

3%

113

Latar Belakang Hotels.com

Hotels.com merupakan laman sesawang penempahan penginapan dalam talian terkemuka dengan kira-kira 435,000 harta tanah seluruh dunia melalui rangkaian kumpulan Expedia®, daripada rantaian antarabangsa dan pusat peranginan lengkap sehinggalah tempat kegemaran tempatan serta inap-sarapan, bersama semua maklumat yang diperlukan bagi menempah tempat penginapan yang sempurna.

Bermula sebagai perkhidmatan telefon pada tahun 1991, laman sesawang pertama dilancarkan di AS pada tahun 2002 dengan versi antarabangsa pertama dilancarkan di UK lewat tahun itu. Kini terdapat lebih 85 laman sesawng Hotels.com seluruh dunia di Eropah, Amerika Utara, Amerika Tengah, dan Amerika Selatan, Asia Pasifik, Timur Tengah, dan Afrika Selatan, kebanyakannya dalam bahasa tempatan.

Hotels.com menikmati faedah daripada salah satu pasukan pemberian kontrak hotel terbesar dalam industri, sentiasa berusaha untuk memasukkan lebih banyak hotel ke dalam laman itu dan memastikan harga bernilai terbaik untuk para pelanggannya dengan jualan kerap, tawaran istimewa, dan promosi. E-surat berita tetap untuk pelanggan menyediakan tawaran eksklusif dan pemberitahuan awal tentang jualan akan datang. Terdapat lebih 11 juta ulasan di laman itu daripada pengguna yang telah pun menginap di hotel-hotel itu bagi memastikan pelanggan boleh membuat keputusan bernas semasa membuat tempahan.

Melalui program kesetiaannya yang menerajui industri, Welcome Rewards boleh didapati dalam semua pasaran, pelanggan boleh mendapat satu malam penginapan percuma* untuk setiap 10 malam penginapan, tertakluk kepada terma dan syarat Welcome Rewards™ seperti yang dinyatakan dalam http://www.hotels.com. Mereka boleh mengumpul 10 malam penginapan itu daripada lebih 100,000 hotel bebas dan rantaian hotel, serta menebus malam penginapan percuma* mereka di lebih 90,000 hotel yang layak di seluruh dunia, termasuk banyak yang tidak mempunyai program kesetiaan mereka sendiri. Sejak dilancarkan, Hotels.com telah memberi ganjaran kepada pelanggannya dengan lebih sejuta malam penginapan percuma*.

Di bawah Jaminan Harga Terbaik, jika pelanggan boleh menemui harga lebih rendah untuk hotel prabayar, Hotels.com akan memulangkan semula perbezaan nilai itu, tertakluk kepada terma dan syarat Jaminan Harga Terbaik yang dinyatakan dalam http://www.hotels.com .

Para pelancong boleh menempah secara dalam talian atau dengan menghubungi salah satu daripada pusat panggilan berbilang bahasa. Portfolio aplikasi untuk telefon bimbit dan tablet juga boleh dimuat turun di http://www.hotels.com/deals/mobile yang membolehkan pelanggan menempah walaupun bukan di hadapan komputer, dengan akses kepada 20,000 tawaran saat terakhir.

Hotels.com merupakan sebahagian daripada kumpulan Expedia, syarikat pelancongan terbesar di dunia dengan portfolio yang luas termasuklah jenama-jenama paling terkenal di dunia. Ikuti Hotels.com di Facebook, Twitter dan YouTube.

© 2015 Hotels.com, LP. Semua hak cipta terpelihara. Hotels.com, Hotel Price Index, HPI, Welcome Rewards dan logo Hotels.com merupakan tanda dagang berdaftar atau tanda dagang Hotels.com, LP. Semua tanda dagang lain adalah hak milik pemilik masing-masing. CST # 2083949-50

*

Nilai maksimum malam penginapan percuma itu adalah purata kadar harian 10 malam penginapan. Malam penginapan percuma itu tidak termasuk cukai dan bayaran.

Untuk maklumat lanjut, pertanyaan akhbar, atau jurucakap untuk mana-mana rantau global, sila hubungi pasukan hubungan awam Hotels.com melalui:

press@hotels.co.uk
+44(0)20-7019-2428
www.hotel-price-index.com

Logo - http://photos.prnewswire.com/prnh/20120628/540164

Source: Hotels.com
Related Links:
Keywords: Computer/Electronics Electronic Commerce Hotels and Resorts Internet Technology Leisure/Travel/Hotels Travel Web Site Survey, Polls & Research