omniture

Anugerah Tahunan ke-17 L'Oréal-UNESCO For Women in Science

L'Oreal and UNESCO
2015-03-03 14:50 243

PARIS, 3 Mac 2015 /PRNewswire/ --

5 wanita luar biasa diberi penghormatan untuk penemuan penting mereka dalam sains fizikal 

Demi Tahun Cahaya Antarabangsa meraikan sains dan pengetahuan di seluruh dunia, Yayasan L'Oréal dan UNESCO akan menyampaikan, pada 18 Mac, Anugerah L'Oréal-UNESCO For Women in Science (Untuk Wanita Dalam Sains) kepada lima saintis wanita yang hebat dan 15 geran kepada penyelidik muda yang berpotensi. Setiap seorang daripada wanita ini merupakan contoh hebat dalam kecemerlangan dalam bidang sains. Mereka membuktikan setiap hari wanita mampu memberi sumbangan besar kepada kemajuan saintifik dalam bidang yang masih didominasi lelaki.

(Photo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20150302/732177-a )
(Photo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20150302/732177-b )
(Photo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20150302/732177-c )
(Photo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20150302/732177-d )
(Photo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20150302/732177-e )

Memasuki alaf ketiga, masih banyak ruang untuk kemajuan bagi mencapai keseimbangan jantina dalam sains. Hanya 30% daripada penyelidik dunia adalah wanita dan banyak halangan serta cabaran yang menghalang wanita daripada memasuki atau mengejar kerjaya dalam sains. Didedikasi untuk memberi penghormatan kepada saintis wanita tersohor dan penyelidik muda yang berpotensi, program L'Oréal-UNESCO ini memberikan lima Anugerah tahunan serta memberi dorongan kepada kerjaya 15 wanita muda luar biasa yang dipilih di kalangan lebih 230 Fellowship yang diberikan setiap tahun di seluruh dunia. Sejak 1998, program For Women In Science telah memberi penghormatan kepada 2,250 wanita berbakat besar di lebih 110 buah negara.

Anugerah L'Oréal-UNESCO edisi ke-17

Majlis Anugerah L'Oréal-UNESCO For Women in Science akan diadakan pada petang 18 Mac di Sorbonne, Paris. Pada pagi 18 Mac, satu sidang akhbar akan diadakan di Hotel Saint James Albany di Paris. Lima penerima Anugerah tersebut akan diumumkan dan 15 felo tersebut akan membentangkan projek penyelidikan mereka dalam masa 3 minit secara bersahaja. Penerima anugerah dan felo kemudian akan memberi wawancara individu.

Pameran unik meraikan wanita dalam sains 

Mulai hari ini, jutaan penumpang yang melalui terminal lapangan terbang Charles de Gaulle dan Orly akan menemui pameran unik tentang 5 Penerima Anugerah oleh jurugambar terkenal dunia Brigitte Lacombe.

Dengan menjelajah dunia untuk menemui setiap seorang daripada wanita ini, Brigitte Lacombe telah menghasilkan siri gambar yang merakamkan semangat dan keghairahan mereka yang memberi inspirasi. "Aéroports de Paris telah terlibat dalam menyokong wanita dalam sains sejak 2005. Setiap tahun, kami menyokong tujuan ini dan menawarkan keterlihatan yang luar biasa untuk meningkatkan kesedaran awam", kata Benjamin Perret, pengarah komunikasi Aéroports de Paris.

Saintis wanita yang mengubah dunia 

Lima penerima Anugerah L'Oréal-UNESCO For Women in Science pada tahun ini diberi penghormatan untuk penemuan penting mereka dalam bidang sains fizikal. Dengan mengkaji daripada yang terbesar hingga yang terkecil, mereka telah menggerakkan sempadan pengetahuan untuk menerangkan soalan paling asas tentang alam semesta dan menyumbang memberi penyelesaian kepada beberapa cabaran terbesar masa kini. Ghairah dalam kehidupan seperti mana dalam kerja mereka, mereka juga komited untuk menyumbang kepada masyarakat mereka dan berkongsi kecintaan mereka terhadap sains.

Mereka telah dipilih di 5 rantau di dunia oleh Juri Anugerah Antarabangsa yang terdiri daripada 12 saintis antarabangsa tersohor yang dipilih secara peribadi oleh Presiden Juri dan pemenang Anugerah Nobel 1999, Prof. Ahmed Zewail.

AFRIKA DAN NEGERI-NEGERI ARAB: Prof. Rajaâ Cherkaoui El Moursli – Fizik Bertenaga Tinggi dan Fizik Nuklear

Profesor, Mohammed V – Universiti Agdal, Rabat, MAGHRIBI

Prof. Rajaâ Cherkaoui El Moursli diberi penghormatan atas sumbangan penting beliau kepada salah satu penemuan terpenting dalam fizik: bukti kewujudan Higgs Boson, partikel yang bertanggungjawab bagi penghasilan jirim di alam semesta. Diberi jolokan « aktivis penyelidikan », beliau meluangkan kebanyakan masanya menaikkan tahap penyelidikan saintifik di negaranya dan memainkan peranan penting dalam menambah baik sistem kesihatan di Maghribi dengan mewujudkan ijazah sarjana pertama dalam bidang fizik perubatan.

ASIA / PASIFIK: Prof. Yi Xie – Kimia Bukan Organik

Profesor, Universiti Sains & Teknologi China, Hefei, CHINA  

Prof. Yi Xie diberi penghormatan atas sumbangan beliau dalam menghasilkan bahan nano baharu dengan aplikasi berpotensi dalam penukaran haba atau cahaya matahari kepada tenaga elektrik. Hasil kerja beliau akan menyumbang kepada pengurangan pencemaran dan meningkatkan kecekapan tenaga, serta akan membuka prospek berpotensi untuk masa hadapan. Komited terhadap pemeliharaan planet kita, beliau telah mendedikasikan hidupnya untuk mencari penyelesaian baharu dan pintar bagi menangani cabaran alam sekitar.

EROPAH: Prof. Dame Carol Robinson – Kimia Fizikal – Spektrometri Jisim

Profesor, Universiti Oxford, UNITED KINGDOM

Prof. Dame Carol Robinson diberi penghormatan kerana menghasilkan kaedah berrevolusi untuk mengkaji bagaimana protein berfungsi, khususnya protein membran, dan mengasaskan bidang saintifik serba baharu: biologi struktur fasa gas. Usaha perintis beliau bakal memberi impak penting kepada penyelidikan perubatan. Seorang yang tidak gentar mengambil risiko, Prof. Robinson sering melakukan semuanya mengikut cara beliau sendiri: beliau meninggalkan sekolah pada usia 16 tahun, lulus PhD di sekolah untuk penuntut dewasa dan mengambil cuti selama lapan tahun untuk membesarkan anak-anaknya.

AMERIKA LATIN: Prof. Thaisa Storchi Bergmann – Fizik dan Astronomi  

Profesor, Universiti Persekutuan Rio Grande Do Sul, Porto Alegre Brasil

Prof. Thaisa Storchi Bergmann diberi penghormatan bagi usaha beliau yang membawa kepada kefahaman tentang lubang hitam besar, salah satu fenomena paling enigmatik dan kompleks di dalam alam semesta: beliau merupakan penyelidik pertama yang menemui bahawa jirim mampu melepaskan diri daripada lubang hitam. Bersemangat serta gigih, beliau yakin pendidikan adalah kunci kepada dunia yang lebih baik, dan melalui usaha beliau, beliau berharap untuk menyumbang ke arah mempromosikan sains sebagai laluan kerjaya yang menakjubkan dan juga menyeronokkan.

AMERIKA UTARA: Prof. Molly S. ShoichetKimia Polimer

Profesor kejuruteraan kimia dan kimia gunaan, kimia dan bahan bio & kejuruteraan bioperubatan, Universiti Toronto, Kanada

Prof. Molly S. Shoichet diberi penghormatan bagi pembangunan bahan baharu untuk menjana semula tisu saraf yang rosak dan kaedah baharu yang dapat membawa ubatan secara terus kepada saraf tunjang serta otak. Usaha beliau membawa bidang kimia dalam perubatan melalui cara baharu yang menakjubkan. Seorang yang sukakan orang ramai, beliau turut mengambil bahagian dalam acara olahraga untuk mereka yang mempunyai kecederaan saraf tunjang, terlibat secara aktif dengan isu hak asasi manusia dan telah menyumbang ke arah melancarkan kempen media sosial yang direka untuk "menghubungkan penyelidikan hari ini dengan realiti hari esok."

Maklumat tambahan dan visual boleh didapati di:

Kekal terhubung di Facebook dan Twitter #womeninscience

LATAR BELAKANG YAYASAN L'ORÉAL

Yayasan L'Oréal komited terhadap dua tujuan utama, For Women in Science (Untuk Wanita dalam Sains) dan Beauty for a Better Life ("Kecantikan untuk masa depan yang lebih indah")

. Berdasarkan nilai kecemerlangan, kemurahan hati dan kreativiti, sains menjadi teras kepada komitmen Yayasan ini, khususnya komitmen terhadap menyokong penyelidik wanita melalui program For Women in Science, satu inisiatif sedunia melalui kerjasama dengan UNESCO. Selain itu, berdasarkan keyakinan yang mana penjagaan kecantikan merupakan keperluan penting yang dapat dipenuhi oleh ahli profesional yang bersemangat dalam mewujudkan hubungan kemanusiaan, Yayasan tersebut telah melancarkan beberapa program yang didasari wawasan kecantikan sebagai laluan kepada masyarakat yang lebih saksama dan bermurah hati. Yayasan tersebut komited untuk membantu mereka yang menghadapi masalah ekonomi dan mereka yang menderita penyakit fizikal serta mental mendapatkan semula keyakinan diri melalui penjagaan kecantikan dan juga latihan dalam kerjaya penjagaan kecantikan. http://www.fondationloreal.com

LATAR BELAKANG UNESCO

Sejak penubuhannya pada 1945, UNESCO telah mengejar misinya untuk mempromosikan sains bagi pembangunan lestari dan keamanan. Ia menekankan dasar dan pengukuhan semula kapasiti dalam sains, teknologi dan inovasi, pendidikan sains, pengurusan lestari sumber air tawar, lautan dan daratan, perlindungan kepelbagaian bio dan menangani isu perubahan iklim. Organisasi ini juga mempunyai objektif besar untuk menghapuskan segala bentuk diskriminasi dan menggalakkan kesamarataan antara lelaki serta wanita, terutamanya dalam bidang penyelidikan saintifik.

LATAR BELAKANG AÉROPORTS DE PARIS

Aéroports de Paris membina, membangunkan dan menguruskan lapangan terbang termasuk Paris-Charles de Gaulle, Paris-Orly dan Paris-Le Bourget. Pada 2012, Aéroports de Paris mengendalikan hampir 89 juta penumpang, 2.3 juta tan kargo dan kiriman di Paris, serta 40 juta penumpang di lapangan terbang luar negara. Mempunyai lokasi geografi yang hebat dan kawasan tadahan utama, Aéroports de Paris Group mengusahakan strateginya untuk menyesuaikan dan memodenkan kemudahan terminalnya serta mempertingkat kualiti perkhidmatan; Kumpulan itu juga bercadang membangunkan perniagaan runcit dan hartanahnya. Pada 2012, perolehan Kumpulan adalah sebanyak €2,640 juta dan pendapatan bersih berjumlah €341 juta. Pejabat berdaftar: 291, boulevard Raspail, 75014 Paris, Perancis. Sebuah syarikat awam berhad (SociétéAnonyme) dengan modal saham sebanyak €296,881,806. Didaftarkan di Paris Trade dan Company underno. 552 016 628 RCS Paris.

MAKLUMAT PERHUBUNGAN BERITA

Agence MATRIOCHKA bagi Yayasan L'Oréal
Caroline Grangié / +33(0)6-24-49-28-14 / caroline@mtrchk.com
Bagi Yayasan L'Oréal
Catalina Gonzales Decker/+33 (0)6 13 03 11 65 / Catalina.GONZALESDECKER@loreal.com
 Bagi UNESCO
Sue Williams / +33(0)1-45-68-17-06 / s.williams@unesco.org
Agnès Bardon /+33(0)1-45-68-17-67 / a.bardon@unesco.org
Bagi Aéroports de Paris
Elise Hermant +33(0)1-43-35-70-70 / elise.hermant@adp.fr

Source: L'Oreal and UNESCO
Keywords: Cosmetics & Personal Care Fashion Household/Consumer/Cosmetics Retail Awards Women-related news