omniture

CHG Umumkan Pejabat Thailand Bakal Berfungsi sebagai Ibu Pejabat CHG Asia Tenggara

Syarikat Lancarkan Pusat Reka Bentuk Global bagi Menyampaikan Nilai untuk Pemilik dan Pemaju
Cachet Hotel Group
2015-03-03 15:00 94

BANGKOK, 3 Mac 2015 /PRNewswire/ -- Cachet Hotel Group (CHG) mengumumkan hari ini ia telah membuka pejabat baharu di Bangkok, Thailand untuk mengembangkan kehadirannya di rantau Asia Tenggara dan berfungsi sebagai ibu pejabat untuk sebuah Pusat Reka Bentuk Global.

"Pejabat Asia Tenggara baharu kami menegaskan komitmen kami terhadap rantau ini," kata Alexander Mirza, Ketua Pegawai Eksekutif dan Presiden CHG. "Tambahan pula, penubuhan pasukan rekaan dalaman akan membolehkan CHG melaksanakan pengubahan cekap, kos pembangunan lebih rendah dan menyampaikan inovasi reka bentuk, membawa kepada pulangan lebih tinggi bagi modal dilaburkan untuk pemilik serta pemaju hotel kami."

Berkuat kuasa serta merta, Aaron Griffiths telah dinaikkan pangkat sebagai Presiden Asia Tenggara. Melalui jawatan baharu ini, Griffiths akan menyelia projek hotel butik mewah CHG yang kini dalam proses pembangunan di Bangkok dan juga aktiviti pembangunan Asia Tenggara termasuk hotel, pusat peranginan, dan pembangunan pelbagai guna. Aaron Griffiths mempunyai lebih 20 tahun pengalaman dalam sektor hospitaliti, 15 tahun daripadanya dihabiskan bersama Mandarin Oriental Hotel Group.

Juga berkuat kuasa serta merta, Liming Rao dilantik sebagai Pengarah Urusan Reka Bentuk. Rao membawa 15 tahun pengalaman reka bentuk hospitaliti bersama fokus terhadap kemewahan dan butik hotel serta pusat peranginan seperti Banyan Tree, Grand Hyatt dan juga Jumeirah di China.

Rao memulakan kerjayanya di Taylor Hariri Pontarini Architects, sebuah firma amalan seni bina berkhidmat penuh Kanada yang mana beliau mengkhusus dalam seni bina dan rekaan dalaman pembangunan kediaman, komersial dan pelbagai guna. Lebih terkini, Rao menyertai CHG daripada Wing Tai Asia, sebuah firma hartanah antarabangsa berpangkalan di Singapura, yang mana beliau menyelia reka bentuk dan pembangunan projek trofi Wing Tai, kondominium kediaman ultra mewah, Le Nouvel Ardmore. Rao berkelulusan Sarjana Pentadbiran Perniagaan daripada Universiti Kebangsaan Singapura dan Sarjana Muda daripada Universiti Toronto.

Pusat Reka Bentuk Global CHG akan bekerjasama erat dengan pereka bentuk hotel eksklusif CHG Jay Godfrey dan pereka bentuk utama lain dalam bidang restauran, kehidupan malam, serta hiburan.

Bagi terus mendorong peluasan CHG, sebuah carian eksekutif sedang berlangsung untuk seorang Pengarah Pembangunan Perniagaan berpangkalan di Bangkok yang akan bertanggungjawab mengembangkan portfolio hotel CHG di seluruh Asia Tenggara.

Latar Belakang Cachet Hotel Group:

Cachet Hotel Group (CHG) merupakan syarikat pembangunan dan pengurusan hotel berpangkalan di Hong Kong. Misi CHG adalah untuk menjadi syarikat hospitaliti paling inovatif dan bertanggunjawab sosial di Asia. Dengan pelbagai projek dalam pembangunan, CHG fokus terhadap menubuhkan hartanah di Tanah Besar China, Asia Tenggara, Timur Laut Asia dan Amerika Syarikat. Untuk maklumat lanjut, sila lawati www.cachethotelgroup.com

Source: Cachet Hotel Group
Keywords: Hotels and Resorts Travel