- Syarikat-syarikat Meterai Perjanjian Berbilang Tahun untuk Sepadukan Airbiquity Choreo Ke Dalam Platform Perkhidmatan Kereta Terhubung
SEATTLE, 3 Mac 2015 /PRNewswire/ -- Airbiquity®, peneraju bagi teknologi dan penyampaian perkhidmatan kereta terhubung, mengumumkan hari ini pemeteraian perjanjian berbilang tahun dengan AT&T. Di bawah terma perjanjian AT&T akan menggunakan platform penyampaian perkhidmatan berasaskan awan Choreo™ Airbiquity untuk membolehkan pengurusan pendaftaran dan peranti pengguna program kereta terhubung selepas jualan terpilih.
Video - http://youtu.be/pHOa-lp4uJQ
Logo - http://photos.prnewswire.com/prnh/20150224/177305LOGO
Teknologi Airbiquity telah membolehkan keterhubungan kereta terhubung dan penyampaian perkhidmatan untuk 30 juta kenderaan di seluruh dunia daripada jenama automotif utama. Choreo menyediakan teknologi keterhubungan kenderaan berasaskan awan yang terkini, pelaksanaan program, dan kemampuan pengurusan di lebih 50 buah negara dan lebih 30 bahasa, serta menyokong lebih 5 juta kenderaan dan juga ratusan juta urus niaga setiap bulan.
Sebagai peneraju komunikasi dan kereta terhubung global, kini AT&T menyediakan pengilang automotif dengan akses Internet kenderaan mudah alih dan platform SIM Global untuk memanfaatkan hubungan pengangkut wayarles tunggal bagi peranti serta program berbilang sambungan di seluruh dunia.
"Arbiquity menawarkan platform awan global yang menyokong berbilang perkhidmatan dan kawalan program OEM seperti pengurusan dan penyuaian dasar," kata Roger Lanctot, Pengarah Bersekutu Amalan Automotif Global di Strategy Analytics. "Penyelesaian Airbiquity merupakan padanan sempurna dengan portfolio penawaran kereta terhubung AT&T dan akan membantu AT&T memberi khidmat yang lebih baik kepada pelanggan kereta terhubung di seluruh dunia."
"AT&T merupakan syarikat global yang kukuh dan amat disegani," kata David Jumpa, Ketua Pegawai Hasil Airbiquity. "Kombinasi teknologi, sumber, dan liputan global kami akan menawarkan peluang hebat untuk pelanggan industri automotif yang ingin melaksanakan program kereta terhubung berjenama yang paling inovatif dan mudah diurus.
Untuk mempelajari lebih lanjut tentang Airbiquity dan platform awan persendirian Choreo sila tonton video ini.
Latar Belakang Airbiquity
Airbiquity merupakan peneraju global bagi perkhidmatan kenderaan terhubung dan perintis dalam pembangunan serta kejuruteraan teknologi telematik automotif. Airbiquity membolehkan wawasan kereta terhubung dicapai pada hari ini menerusi platform penyampaian perkhidmatan kereta terhubung berasaskan awan termaju dalam industri : "Choreo." Melalui kerjasama bersama Airbiquity, pengeluar automotif, pembekal tahap satu, dan pengendali rangkaian mudah alih menyampaikan penyelesaian kereta terhubung yang boleh diskala dan diurus yang memenuhi keperluan keselamatan, kecekapan, kemudahan, dan maklumat serta hiburan untuk para pelanggan mereka di lebih 50 buah negara dalam 30 bahasa. Untuk mempelajari lebih lanjut tentang Airbiquity lawati www.airbiquity.com. Airbiquity merupakan tanda niaga Airbiquity Inc.
HUBUNGI:
Kristin Scheidegger
Airbiquity PR
1-206-344-3133
media@airbiquity.com