SHENZHEN, China, 27 Disember 2024 /PRNewswire/ -- Huawei Cloud dinamakan sebagai Pencabar dalam Magic Quadrant for Cloud Database Management Systems, laporan tahun 2024 yang dikeluarkan baru-baru ini oleh Gartner, sebuah institut penyelidikan antarabangsa yang terkenal.
Laporan ini menilai vendor produk pangkalan data awan global yang diiktiraf berdasarkan: Keupayaan Pelaksanaan dan Kesempurnaan Visi. Magic Quadrant ini akan membantu pemimpin data dan analitis membuat pilihan DBMSs awan yang betul dalam pasaran yang penting ini.
Pencabar ialah vendor yang mempunyai tawaran yang kukuh dan mantap, tetapi mereka agak kekurangan dari segi visi untuk pasaran DBMSs awan. Mungkin sukar bagi sesetengah vendor untuk meningkatkan visi dan juga pelaksanaan secara serentak. Menjadi perkara biasa untuk sesetengah vendor mendapat skor tinggi untuk Keupayaan Pelaksanaan satu tahun dan skor tinggi untuk Kesempurnaan Visi pada tahun berikutnya. Pencabar biasanya menunjukkan daya maju korporat yang kukuh dan kestabilan kewangan serta menunjukkan sokongan pelanggan yang padu. Walau bagaimanapun, mereka kekurangan beberapa ciri yang diperlukan untuk menyokong trend terkini dalam pasaran DBMSs awan, seperti sokongan untuk set kes penggunaan yang luas atau hala tuju untuk beralih kepada pelaksanaan berbilang awan/antara awan. Biarpun mereka kekurangan berhubung dengan beberapa konsep inovatif dalam pasaran, Pencabar memiliki kekuatan yang berkaitan dengan banyak kriteria Keupayaan Pelaksanaan. Mereka boleh menjadi ancaman kepada Pemimpin dengan memperluas visi mereka dan dengan inovasi pasaran.
Pangkalan data Huawei Cloud digunakan dalam 96 AZ merentas 33 wilayah. Produk pangkalan data utama Huawei Cloud, GaussDB, TaurusDB, GeminiDB dan MRS, menggunakan seni bina yang inovatif, mendayakan sinergi perisian-perkakasan tindanan penuh dan menunjukkan kecemerlangan dalam ketersediaan, prestasi dan keselamatan. Produk-produk ini menyediakan perkhidmatan pangkalan data awan yang selamat, andal dan cekap yang disesuaikan dengan semua kes penggunaan untuk membantu perusahaan beralih ke awan dengan lancar.
Melangkah ke hadapan, Huawei Cloud akan terus memperkukuh produk pangkalan data mereka bagi menampung lebih banyak keperluan perusahaan. Huawei Cloud merancang untuk terus meneroka teknologi asas bagi membina asas data pintar yang unggul, lebih tangkas dan lebih cekap demi pembangunan jangka panjang pelanggan yang stabil dalam pelbagai sektor.
Gartner, Magic Quadrant for Cloud Database Management Systems, Oleh Henry Cook, Ramke Ramakrishnan, Xingyu Gu, Aaron Rosenbaum, Masud Miraz, 18 Disember 2024
https://www.gartner.com/reprints/huawei-technologies-ltd---cloud-bu?id=1-2JQOCTEE&ct=241217&st=sb
GARTNER ialah tanda dagangan berdaftar dan tanda perkhidmatan Gartner, Inc. dan/atau ahli gabungannya di A.S. dan di peringkat antarabangsa, MAGIC QUADRANT ialah tanda dagangan berdaftar Gartner, Inc. dan/atau ahli gabungannya dan digunakan di sini dengan kebenaran. Semua hak terpelihara.
Gartner tidak mengendors mana-mana vendor, produk atau perkhidmatan yang digambarkan dalam penerbitan penyelidikannya dan tidak menggalakkan pengguna teknologi untuk memilih hanya vendor-vendor yang memiliki penarafan tertinggi atau designasi lain. Penerbitan penyelidikan Gartner terdiri daripada pendapat Organisasi Penyelidikan & Penasihat Gartner dan tidak boleh ditafsirkan sebagai kenyataan fakta. Gartner menafikan semua jaminan, tersurat atau tersirat, berhubung dengan penyelidikan ini, termasuk apa-apa jaminan kebolehdagangan atau kesesuaian untuk tujuan tertentu.