PORT VILA, Vanuatu, 27 Disember 2024 /PRNewswire/ -- Vantage Markets dan NEOM McLaren Electric Racing meraikan perkongsian selama tiga tahun dengan keluaran video ucapan perayaan. Video ini menggambarkan perjalanan yang luar biasa bersama Vantage, sambil meraikan perlumbaan elektrik dan kesedaran perubahan iklim.
Vantage Markets and NEOM McLaren Celebrate Three Years of Collaboration with Festive Greetings Video
Sejak perlumbaan pertama bersama-sama di Arab Saudi pada tahun 2022, Vantage dan NEOM McLaren saling bekerjasama untuk menyerlahkan kuasa kolaborasi, kemampanan dan penyelesaian yang berfikiran ke hadapan. Extreme E ialah siri perlumbaan elektrik yang fokus untuk meningkatkan kesedaran tentang perubahan iklim sekali gus menangani cabaran alam sekitar dan sosial.
Beberapa sorotan utama perkongsian Vantage-NEOM McLaren termasuk:
Ian James, Pengarah Urusan NEOM McLaren Electric Racing, mengimbas kolaborasi dalam video ini:
"Vantage dan NEOM McLaren telah melalui perjalanan yang luar biasa sepanjang tiga tahun yang lalu, daripada perlumbaan Extreme E pertama kami di Arab Saudi pada tahun 2022. Kami bersama-sama telah banyak belajar tentang dunia perlumbaan elektrik, mobiliti dan kemampanan tatkala kami memulakan perjalanan untuk menyokong kesedaran tentang perubahan iklim."
Marc Despallieres, Ketua Pegawai Strategi & Dagangan di Vantage, turut berkongsi pendapatnya tentang kolaborasi yang berjaya ini:
"Perkongsian kami bersama NEOM McLaren menjadi satu perjalanan inovasi dan tujuan bersama. Sepanjang tiga tahun yang lalu, kami telah menunjukkan bagaimana prestasi, kemampanan dan kolaborasi dapat memacu impak yang bermakna. Perkongsian ini menjadi bukti kepada apa yang boleh dicapai apabila dua jenama bersatu dengan visi yang sama."
Tatkala Vantage dan NEOM McLaren meraikan perkongsian yang luar biasa ini, video ini menggambarkan perjalanan kemajuan, pertumbuhan dan sokongan bersama. Dengan komitmen bersama terhadap inovasi dan impak positif ini, Vantage berharap dapat mencipta peluang yang lebih besar untuk komuniti globalnya.
Untuk menonton video perayaan dan meraikan semangat musim ini, kunjungi Vantage Markets.
Latar Belakang Vantage
Vantage Markets (atau Vantage) ialah broker CFD berbilang aset yang menawarkan kepada pelanggan akses perkhidmatan yang tangkas dan berkuasa bagi memperdagangkan produk Kontrak untuk Perbezaan (CFD), termasuk tukaran mata wang asing (Forex), Komoditi, Indeks, Saham, ETF dan Bon.
Dengan pengalaman pasaran selama lebih 15 tahun, Vantage melangkaui peranan sebagai broker, menyediakan ekosistem perdagangan yang dipercayai, aplikasi perdagangan mudah alih yang memenangi anugerah dan platform perdagangan mesra pengguna yang memperkasakan pelanggan untuk merebut peluang perdagangan. Muat turun Vantage App pada App Store atau Google Play.
berdagang lebih bijak @vantage
AMARAN RISIKO: Perdagangan CFD membawa risiko yang besar. Anda boleh mengalami kerugian lebih banyak daripada pelaburan awal anda.