omniture

Aplikasi Inovatif Tentukan Tahap Risiko Barah Prostat

Aplikasi untuk pencegahan barah prostat terperibadi buka kemungkinan baharu
Prostate Cancer Research Foundation Switzerland
2015-03-03 15:22 84

AARAU, Switzerland, 3 Mac 2015 /PRNewswire/ -- Aplikasi ProstateCheck menggalakkan pengesanan awal penyakit berbahaya itu dan membantu mencegah saringan yang tidak perlu dengan melanjutkan selang pemeriksaan sebelumnya selama setahun bagi 75% lelaki sehingga tujuh tahun. Ia meghasilkan analisis risiko dalam beberapa saat dan membenarkan pengamal am, pakar dan individu persendirian mendapatkan analisis yang pantas dan andal.

"Aplikasi ProstateCheck bertujuan mengingatkan lelaki tentang saringan kanser prostat mereka lebih awal," terang Prof. Dr. Franz Recker, Pengerusi Yayasan Penyelidikan Barah Prostat Switzerland dan Ketua Urologi di Aarau Cantonal Hospital. "Pada masa yang sama, adalah penting untuk kita tidak menyaring semua orang setiap tahun tetapi memfokuskan kepada mereka yang berisiko." ProstateCheck, yang dibangunkan bersama oleh Dr. Recker dan rakannya Dr. Maciej Kwiatkowski, mengelakkan pemeriksaan yang tidak perlu, kerana tidak semua tumor yang dikesan awal perlu dirawat. Antara 30% dan 40% lelaki akan mempunyai sel tumor dalam prostat mereka pada suatu ketika yang tidak memerlukan rawatan. Walau bagaimanapun, setiap hari 6,000 lelaki di seluruh dunia membentuk tumor malignan dalam prostat mereka. Kebiasaannya ia dikesan pada tahap lewat, yang mengurangkan dengan drastik kadar kejayaan rawatan.

Aplikasi tersebut adalah berasaskan kajian jangka panjang paling komprehensif tentang saringan barah prostat dalam rantau berbahasa Jerman dan mengira kemungkinan barah prostat berasaskan data perubatan individu pengguna yang diterimanya semasa pemeriksaan biasa. Bersama maklumat diperlukan seperti tahap PSA dan usia pengguna, maklumat tentang sebarang sejarah keluarga bagi barah prostat, hasil pemeriksaan, dan isipadu prostat meningkatkan ketepatan prognosis ProstateCheck. Berdasarkan maklumat pengguna, aplikasi ini menggunakan algoritma yang dibangunkan khas untuk mengira kebarangkalian tumor malignan. Selain itu, kebarangkalian pengguna mendapat barah prostat dalam tempoh empat, lapan dan dua belas tahun akan datang turut dikira. Aplikasi ini dapat melanjutkan tempoh masa antara saringan sehingga tujuh tahun. Pengurangan dalam kekerapan pemeriksaan prostat yang terhasil akan meningkatkan keberkesanan proses penyaringan perubatan, mengurangkan diagnosis yang tidak perlu dan mengurangkan beban kos terhadap sistem kesihatan.

Aplikasi ProstateCheck tersedia untuk dimuat turun bernilai 2 Euro di Apple App Store dan Google Play Store untuk peranti Android. Aplikasi ini tersedia dalam bahasa Inggeris, Jerman, Hindi, China, Arab dan Sepanyol. Untuk para wartawan aplikasi ini hadir bersama Kod Percuma. Untuk menguji aplikasi tersebut, sila masukan Nama Pengguna dan Kata Laluan berikut dalam ruang "Code":

Nama Pengguna: stiftung_presse 

Kata Laluan: 8vga5jxj 

Video penerangan: http://youtu.be/dnUXrlG-Eyk

Pautan untuk Muat Turun: 

https://itunes.apple.com/ch/app/prostatecheck/id940032317?mt=8&uo=4 
https://play.google.com/store/apps/details?id=ch.prostatakrebs.ProstateCheck

Pejabat Berita

Christoph Kinsperger
+41-(0)43-254-66-22
prostatecheck@jvm.ch

http://www.prostatakrebs.ch

Sumber: Prostate Cancer Research Foundation Switzerland

Source: Prostate Cancer Research Foundation Switzerland
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Health Care/Hospital Medical/Pharmaceuticals New products/services