GENEVA, 3 Mac 2015 /PRNewswire/ -- nanoFlowcell AG merasmikan pembukaannya semasa di Pertunjukan Motor Antarabangsa Geneva dengan dua pengenalan perdana dunia. Nunzio La Vecchia, Ketua Pegawai Teknikal nanoFlowcell AG, memperkenalkan dua model terbaharu dengan teknologi nanoFlowcell® semasa Pertunjukan Motor Antarabangsa Geneva: QUANT F dan "adik kecilnya" QUANTiNO, kenderaan bervoltan rendah QUANT yang pertama di dunia. "Kami melihat teknologi sel alir sebagai teknologi yang paling berharapan tinggi dengan potensi yang tertinggi untuk masa hadapan kebolehgerakan elektrik mampan tanpa pembebasan gas berbahaya. Ia menawarkan jarak pemanduan paling jauh serta prestasi luar biasa. Bagi kami, ia mewakili alternatif terbaik untuk kenderaan elektrik berkuasa bateri atau bahan bakar berkuasa sel. Sistem pemanduan sel alir menyingkirkan banyak keburukan yang wujud dalam sistem pemanduan sedia ada dan juga lebih menjimatkan kos. Pada pandangan kami, sel alir merupakan masa hadapan kebolehgerakan elektrik," kata Nunzio La Vecchia selepas dua pengenalan perdana dunia yang dipersembahkan oleh nanoFlowcell AG.
(Gambar: http://photos.prnewswire.com/prnh/20150303/732230-a)
(Gambar: http://photos.prnewswire.com/prnh/20150303/732230-b)
(Gambar: http://photos.prnewswire.com/prnh/20150303/732230-c)
QUANT F baharu merupakan demonstrasi mengagumkan bagi menunjukkan prestasi hebat serta kemampanan alam sekitar tidak perlu wujud berasingan dalam bidang automotif: sebagai rekaan semula sepenuhnya untuk model sebelumnya, QUANT E, kenderaan elektrik yang dilengkapi teknologi nanoFlowcell® itu boleh mencapai kelajuan melebihi 300 km/j – elektrik sepenuhnya dan tanpa pembebasan gas berbahaya, ia turut mempunyai jarak pemanduan sehingga 800 km. Dengan transmisi automatik 2 kelajuannya yang baharu, kereta sedan e-sport sepanjang 5.25 meter dan seberat 2.3 tan itu mampu membawa empat orang serta memecut daripada sifar ke 100 km/j dalam masa hanya 2.8 saat.
Tetapi bukan QUANT F sahaja yang menarik perhatian ramai semasa sesi pengenalan perdana dunia di Pertunjukan Motor Antarabangsa Geneva itu.
Dengan QUANTiNO baharu, nanoFlowcell AG turut memperkenalkan kenderaan bervoltan rendah pertama dunia, QUANT, sebagai kereta konsep. Dikendalikan dengan voltan terkadar sebanyak hanya 48 V, model QUANTiNO menjana output sebanyak empat kali ganda 25 kW/136 kuasa kuda dengan kombinasi nanoFlowcell®, sistem penimbal, dan motor elektrik. QUANTiNO mempunyai kelajuan terpantas iaitu lebih 200 km/j dan jarak pemanduan sejauh lebih 1,000 km. Dengan 2+2 tempat duduk dan kepanjangan 3.91 meter, kereta itu mempesonakan dengan rekaannya yang unik. Satu ciri yang menonjol: roda sepanjang 22 inci, yang diwarisi QUANTiNO daripada "abang-abangnya" QUANT E dan QUANT F.
Dengan dua tangki 175 liter, QUANTiNO mempunyai jumlah kapasiti sebanyak 350 liter cecair berion, satu membawa cas positif, satu lagi cas negatif. Proses menambah bahan api sama dengan apa yang sedang dilakukan kini, cuma bezanya dua tangki itu diisi dengan cecair berbeza secara serentak.
"Sebagai kenderaan bervoltan rendah QUANT pertama, jarak pemanduan QUANTiNO sejauh lebih 1,000 km merupakan satu pencapaian hebat. Sistem bervoltan rendah merupakan pelengkap ideal untuk nanoFlowcell® kami. Dengan voltan terkadar sebanyak hanya 48 volt dan arus besar yang boleh dihasilkan oleh nanoFlowcell® digabungkan dengan sistem penimbal, kami dapat mencapai julat luar biasa dan angka prestasi mengagumkan dalam pengendalian elektrik sepenuhnya. Sebagai kenderaan elektrik untuk orang awam, kereta QUANTiNO mewakili konsep yang menjimatkan kos dengan potensi hebat untuk masa hadapan. Prototaip pertama dijangka akan mula meluncur di jalan raya seawal tahun 2015. Kami juga menyasarkan untuk penghomologan pantas sebagai persediaan untuk pengeluaran siri," kata La Vecchia lagi.
"Pertunjukan Motor Geneva tahun ini pasti akan menjadi QUANTastic," kata Profesor Jens Ellermann, Presiden Lembaga Pengarah nanoFlowcell AG dengan penuh bersemangat dan sangat gembira dengan maklum balas positif yang diterima daripada kalangan pengunjung bagi pengenalan perdana dunia untuk kereta QUANT F serta QUANTiNO semasa pertunjukan motor itu.
"Pada pandangan kami, masa hadapan kebolehgerakan elektrik sudah jelas merupakan sel alir. Sesiapa yang bekerja untuk masa hadapan kebolehgerakan elektrik dan teknologi pemanduan mampan secara profesional tidak akan dapat mengelak daripada topik sel alir," tambah Profesor Jens Ellerman.
Syarikat nanoFlowcell AG juga akan turut memperluas aktivitinya berdasarkan sel alir. "Aplikasi berpotensi untuk nanoFlowcell® merangkumi kepelbagaian yang sangat luas dan bukan sahaja dalam sektor automotif. Atas sebab ini, kami telah melanjutkan aktiviti penyelidikan dan pembangunan kami ke dalam bidang serta sektor industri lain. Teknologi sel air juga mencetuskan minat dalam sektor seperti aeroangkasa, landasan kereta api dan perkapalan, pengangkutan jalan, serta pembinaan perumahan, dan juga perkhidmatan pembinaan. Perbincangan awal yang menerokai peluang untuk usaha sama dengan syarikat terkemuka antarabangsa sudah pun dimulakan," ujar Nunzio La Vecchia.
"Dalam usaha untuk terus memacu pertumbuhan dan peluang pembangunan yang berkaitan dengan nanoFlowcell®, kami kini sedang memikirkan tentang kepelbagaian pilihan strategik, termasuk kemungkinan untuk IPO. Perbincangan yang dilihat bakal membuahkan hasil sudah pun mula dijalankan," kata Nunzio La Vecchia semasa diminta mengulas tentang peluang dan rancangan pembangunan untuk nanoFlowcell AG.
"Dengan model QUANT baharu ini, kami membuka jalan untuk generasi kebolehgerakan elektrik yang baharu. Namun begitu, skop untuk nanoFlowcell® adalah jauh lebih besar. Untuk mengiktiraf ini dan memajukannya secara sistematik merupakan tugas yang perlu kami galas dalam bulan dan tahun akan datang," kata Profesor Ellerman.
Maklumat untuk media
Anda boleh mendapatkan maklumat media tambahan serta bahan gambar di internet, di Pusat Media nanoFlowcell AG melalui http://mediacenter.nanoflowcell.com. Video terkini tentang dua pengenalan perdana dunia untuk model QUANT F dan QUANTiNO boleh dimuat turun secara percuma mulai 3 Mac 2015 di http://www.news2use.tv/.
- Rujukan silang: Gambar boleh didapati di epa european pressphoto agency (http://www.epa.eu) dan http://www.presseportal.de/pm/112223/ -
Maklumat perhubungan media
Sila hubungi pasukan akhbar nanoFlowcell AG untuk membuat permohonan temu bual semasa Pertunjukan Motor Antarabangsa Geneva 2015 atau jika terdapat sebarang permintaan dan pertanyaan am:
Pejabat Akhbar nanoFlowcell AG
Volker Pulskamp-Bocking
d/a HERING SCHUPPENER
Mainzer Landstrasse 41, 60329 Frankfurt/Main, Jerman
Nombor telefon: +49(0)69-92-18-74-28,
Telefon bimbit: +49(0)173-70-161-30
E-mel: presse@nanoflowcell.com
Internet: http://www.nanoflowcell.com
Facebook: https://www.facebook.com/nanoflowcell
Twitter: https://twitter.com/nanoflowcell
SUMBER nanoFLOWCELL AG