omniture

DayOne Dilancarkan sebagai Perintis Pusat Data Global Bebas Susulan Penutupan Pendanaan Siri B

DayOne Data Centers
2025-01-02 11:09 2

 SINGAPURA, 2 Januari 2025 /PRNewswire/ -- DayOne, perintis pusat data global yang terkemuka, dilancarkan secara rasmi sebagai sebuah kumpulan bebas pada 1 Januari 2025, menyambut era baharu yang transformatif susulan kejayaan penyempurnaan pendanaan siri Bnya, yang diterajui oleh institusi-institusi pelaburan global yang terkemuka. Dahulunya beroperasi sebagai GDS International (GDSI), DayOne, ditubuhkan pada tahun 2022 dan beribu pejabat di Singapura, membina rekod prestasi yang terbukti dalam mencipta dan meluaskan pasaran di seluruh Asia Pasifik dan selanjutnya, memacu transformasi digital serta meningkatkan ketersambungan serantau.

Nama jenama "DayOne" merangkumi semangat keusahawanan syarikat dan tumpuan tanpa henti kepada pelanggan, inovasi dan pertumbuhan. Ia menandakan corak pemikiran yang menghormati setiap hari sebagai peluang untuk menerima kemungkinan baharu, mencipta penyelesaian yang memberi impak dan menyampaikan nilai merentas pasaran di tempat kami beroperasi. Diilhamkan oleh legasinya yang mempelopori infrastruktur digital dan meneroka pasaran, "DayOne" memperlihatkan komitmen yang berpandangan jauh untuk memperkasakan pemimpin industri dengan penyelesaian infrastruktur generasi akan datang. Dipandu oleh kerendahan hati dan rasa hormat yang mendalam terhadap tugas kami dan industri yang mendapat perkhidmatan kami, "DayOne" mengkhusus untuk mencipta nilai buat semua—mencakupi pelanggan, rakan niaga, pelabur, pekerja dan komuniti yang mendapat sokongan kami.

Sepanjang tahun lalu, DayOne memperoleh kira-kira USD $1.9 bilion melalui pusingan ekuiti Siri A dan Siri Bnya, disokong oleh pelabur-pelabur bertaraf dunia seperti SoftBank Vision Fund, Kenneth Griffin, Ketua Pegawai Eksekutif Citadel, Coatue Management dan Baupost Group.

Pelaburan ini bukan sahaja menekankan keyakinan terhadap keupayaan DayOne untuk menyampaikan penyelesaian infrastruktur digital yang andal, boleh diskalakan dan mampan tetapi turut membuka jalan untuk transformasinya menjadi entiti autonomi. Autonomi DayOne mencakupi fungsi tadbir urus korporat, operasi, kewangan dan teknologi. Tadbir urusnya diperkukuh lagi oleh lembaga pengarah yang berpengalaman dan pelbagai di peringkat global, dengan lebih separuh terdiri daripada pengarah pelabur bebas.

Menambah kedalaman strategiknya, baru-baru ini DayOne mengalu-alukan tiga pemimpin lembaga yang disegani: Lim Ah Doo, Pengerusi Bersama Lembaga dan Pengerusi Olam Group Limited; dan penasihat lembaga Ken Miyauchi, bekas Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif SoftBank Corp., dan Bob McCooey, Naib Pengerusi Nasdaq. Rangka kerja tadbir urus yang teguh ini memastikan pembuatan keputusan yang seimbang sejajar dengan amalan terbaik antarabangsa, lalu meletakkan asas yang kukuh demi mencapai pertumbuhan mampan dan penciptaan nilai dalam tempoh jangka panjang.

"Kepercayaan daripada pelabur kami menunjukkan dengan jelas kekuatan visi DayOne dan keupayaan kami untuk menyampaikan hasil transformatif dalam industri yang berkembang pesat," kata William Huang, Pengerusi DayOne. "Transformasi ini melangkaui kebebasan operasi— ia memantapkan peranan kami sebagai peneraju dalam menetapkan penanda aras industri baharu, memajukan pertumbuhan digital serantau dan memperjuangkan inovasi yang mampan."

Jamie Khoo, Ketua Pegawai Eksekutif DayOne, berkata: "DayOne mewakili lebih daripada nama baharu—ia merupakan komitmen untuk memimpin dengan tujuan, ketangkasan dan inovasi. Fokus kami adalah untuk menyampaikan infrastruktur digital termaju yang mendorong industri dan komuniti ke hadapan. Bab baharu ini memperkasakan kami untuk mencetuskan impak yang berkekalan ke atas ekonomi dan membina ekosistem digital yang bersedia mendepani masa akan datang."

Gary Wojtaszek, Naib Pengerusi Lembaga serta bekas Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif CyrusOne, menyatakan: "Pembentukan DayOne menyaksikan detik penting untuk industri ini. Disokong oleh lembaga yang berpandangan jauh dan pasukan kepimpinan yang luar biasa, DayOne bersedia untuk mentakrifkan semula infrastruktur digital dan mewujudkan penanda aras baharu dalam sektor ini."

Beroperasi merentas pasaran-pasaran utama seperti Singapura, Johor (Malaysia), Batam (Indonesia), Bangkok Metro, Hong Kong SAR dan Tokyo, DayOne menggabungkan kepakaran tempatan yang mendalam dengan visi global untuk memenuhi permintaan hyperscaler dan perusahaan yang semakin meningkat. Strategi inovatifnya, seperti pewujudan pasaran SIJORI, mengintegrasikan kekuatan Singapura, Johor dan Batam untuk menyampaikan penyelesaian infrastruktur digital yang saling terhubung, boleh diskalakan, kependaman rendah dan mampan.

Kelebihan kompetitif DayOne terletak pada keupayaannya dalam menjangkakan permintaan pasaran dan menyampaikan penyelesaian berpusatkan pelanggan. Dengan tumpuan pada inovasi, syarikat ini menetapkan penanda aras industri secara konsisten dalam kelajuan, kebolehskalaan dan pelaksanaan. Usaha kemampanannya merangkumi teknologi penyejukan canggih, penggunaan tenaga boleh baharu dan reka bentuk bangunan hijau yang bertujuan untuk mengurangkan kesan alam sekitar dan meningkatkan kebingkasan operasi.

Memandang ke hadapan, DayOne membayangkan masa depan di mana infrastruktur digital mendorong transformasi ekonomi dan mempercepat ketersambungan global. Dengan mengintegrasikan kemampanan dengan teknologi termaju, DayOne bersedia untuk memacu inovasi dan memperkasakan industri di seluruh dunia.

Latar Belakang DayOne

DayOne ialah perintis pusat data yang membangunkan dan mengendalikan infrastruktur digital generasi seterusnya untuk peneraju industri yang menuntut penyelesaian yang andal, berkesan kos dan boleh diskalakan dengan cepat.

Kemudahan canggih kami memperkasakan hyperscaler dan perusahaan besar untuk mencapai penggunaan pantas dan meningkatkan ketersambungan, memacu penglibatan transformatif serta inovasi tatkala kami membentuk masa depan industri. Pusat data DayOne terletak di seluruh pasaran utama, termasuk Singapura, Johor (Malaysia), Batam (Indonesia), Bangkok Metro, Hong Kong SAR, Tokyo dan selanjutnya.

Beribu pejabat di Singapura, pasukan kepimpinan DayOne memanfaatkan pengalaman industri selama lebih dua dekad dan rekod prestasi dalam membina perniagaan pusat data terbesar Asia. Dengan DayOne, mereka telah mewujudkan pasaran SIJORI (Singapura, Johor dan Kepulauan Riau) sebagai hab pusat data global.

Tatkala permintaan untuk pusat data yang terletak secara strategik dan tersuai meningkat, semangat keusahawanan DayOne, strategi mengutamakan pelanggan, perkongsian tempatan yang mendalam dan keupayaan pelaksanaan yang tangkas memberi kedudukan yang unik kepada kami untuk memperkasakan cita-cita pertumbuhan hyperscaler dan perusahaan besar yang utama di serata dunia.

Source: DayOne Data Centers
Keywords: Computer/Electronics Venture Capital Data Analytics