omniture

FARO Technologies Buka Tapak Baharu di Exton Pennsylvania untuk Meluaskan dan Memodenkan Proses Pengilangan

FARO Technologies, Inc.
2015-03-03 22:00 89

LAKE MARY, Florida, 3 Mac 2015 /PRNewswire/ -- FARO Technologies, Inc. (NASDAQ: FARO) mengumumkan pembukaan pusat pengilangan dan teknologi baharunya yang canggih di 290 National Road, Exton, Pennsylvania. Kemudahan seluas 90,000 kaki persegi yang baharu dibina itu direka untuk menyokong rancangan pertumbuhan berterusan FARO.

Gambar - http://photos.prnewswire.com/prnh/20150225/177835  
Logo - http://photos.prnewswire.com/prnh/20110415/MM84316LOGO  

Kemudahan baharu itu memodenkan proses pengilangan Penjejak Laser FARO selain mengembangkan kapasiti pengeluaran bagi kedua-dua barisan produk Penjejak Laser dan Perakam Imej. Kemudahan baharu itu juga mengembangkan kemampuan perkhidmatan pelanggan berserta susun atur fizikal yang dipertingkat untuk operasi lebih kemas dan penyampaian yang ditambah baik. Penambahbaikan tambahan termasuk ruang penyelidikan dan pembangunan yang lebih luas serta makmal penyelidikan metrologi optikal yang dinaik taraf.

Jay Freeland, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif, FARO Technologies, Inc. berkata, "Kami teruja memindahkan operasi Pennsylvania kami ke kemudahan yang lebih besar dan berteknologi maju. Kemampuan dan kapasiti kemudahan baharu ini akan membolehkan kami terus mempertingkat penawaran produk kami serta memastikan kami memenuhi keperluan jangka panjang pelanggan kami."

Perkara yang menarik FARO kepada Exton adalah jarak tapak tersebut yang hampir dengan kemudahan sedia ada di Kennett Square, PA dan tenaga kerja berkemahiran yang mantap di kawasan tersebut. Exton terletak di Chester County, yang dikenali sebagai "Koridor Teknologi Tinggi" kerana bilangan syarikat nasional dan antarabangsa besar yang bertumpu di kawasan tersebut.

Siaran berita ini mengandungi kenyataan memandang ke hadapan dalam maksud Akta Reform Litigasi Sekuri Persendirian 1995 yang tertakluk kepada risiko dan ketidakpastian, seperti kenyataan tentang permintaan untuk dan penerimaan pelanggan terhadap produk FARO, dan pembangunan produk serta pelancaran produk FARO. Kenyataan yang bukan merupakan fakta sejarah atau yang memperihalkan perancangan, objektif, unjuran, jangkaan, tanggapan, strategi, atau sasaran Syarikat adalah kenyataan memandang ke hadapan. Selain itu, perkataan seperti "adalah", "akan","terus", "memastikan", dan ungkapan atau perbincangan serupa tentang rancangan atau niat FARO yang lain menandakan kenyataan memandang ke hadapan. Kenyataan memandang ke hadapan bukanlah jaminan prestasi akan datang dan tertakluk kepada pelbagai risiko yang diketahui dan tidak diketahui, ketidakpastian, dan faktor lain yang mungkin menyebabkan hasil, prestasi serta pencapaian sebenar berbeza secara material daripada hasil, prestasi, atau pencapaian akan datang yang dinyatakan atau digambarkan oleh kenyataan pandang ke hadapan sedemikian. Oleh itu, kebergantungan yang tidak wajar tidak patut disandarkan kepada kenyataan memandang ke hadapan ini.

Faktor yang mungkin menyebabkan hasil sebenar berbeza secara material daripada apa yang dinyatakan atau digambarkan dalam kenyataan memandang ke hadapan sedemikian termasuk, tetapi tidak terhad kepada:

  • pembangunan produk, proses atau teknologi baharu atau ditambah baik oleh pihak lain yang menjadikan produk Syarikat kurang berdaya saing atau ketinggalan zaman;
  • ketidakmampuan Syarikat untuk mengekalkan kelebihan teknologinya dengan membangunkan produk baharu dan mempertingkat produknya yang sedia ada;
  • kemerosotan atau perubahan buruk lain, atau ketiadaan penambahbaikan, dalam industri yang diceburi syarikat atau ekonomi domestik dan antarabangsa di rantau tempat Syarikat beroperasi serta lain-lain keadaan ekonomi, perniagaan, dan kewangan umum; dan
  • risiko lain yang diperincikan dalam Bahagian I, Item 1A. Faktor Risiko dalam Laporan Tahunan Syarikat pada Borang 10-K bagi tahun yang berakhir pada 31 DIsember 2013 dan Bahagian II, Item 1A. Faktor Risiko dalam Laporan Sukuan Syarikat pada Borang 10-Q untuk suku tahun yang berakhir pada 28 Jun 2014.

Kenyataan memandang ke hadapan dalam hebahan ini mewakili pertimbangan Syarikat ini pada tarikh hebahan ini. Syarikat tidak tertakluk kepada kewajipan untuk mengemas kini secara umum sebarang kenyataan memandang ke hadapan, sama ada hasil maklumat baharu, peristiwa akan datang, atau sebaliknya, melainkan seperti dituntut undang-undang.

Latar Belakang FARO

FARO merupakan sumber paling diyakini dunia untuk teknologi pengukuran 3D. Syarikat itu membangunkan dan memasarkan peranti pengukuran dan pengimejan berbantu komputer serta perisian. Teknologi daripada FARO membolehkan pengukuran 3D berketepatan tinggi, pengimejan serta perbandingan bahagian serta struktur kompleks dalam proses penghasilan dan juga jaminan kualiti. Peranti-peranti tersebut digunakan untuk memeriksa komponen dan pemasangan, penghasilan prototaip pantas, mendokumenkan ruang berisipadu besar atau struktur dalam 3D, pemantauan dan pembinaan, selain untuk penyiasatan serta pembinaan semula tapak kemalangan atau tempat jenayah.

Anggaran 15,000 pelanggan mengendalikan lebih 30,000 pemasangan sistem FARO di seluruh dunia. Ibu pejabat global Syarikat tersebut terletak di Lake Mary, FL; ibu pejabat serantau Eropahnya terletak di Stuttgartm Jerman, dan ibu pejabat serantau Asia/Pasifiknya berada di Singapura. FARO mempunyai pejabat lain di Amerika Syarikat, Kanada, Mexico, Brazil, Jerman, United Kingdom, Perancis, Sepanyol, Itali, Poland, Turki, Belanda, Switzerland, Portugal, India, China, Malaysia, Vietnam, Thailand, Korea Selatan, dan Jepun.

Maklumat lanjut boleh didapati di http://www.faro.com

Source: FARO Technologies, Inc.
Related Stocks:
NASDAQ:FARO
Related Links:
Keywords: Computer/Electronics Electronics Performance Measurement