omniture

Kumpulan Tenaga, Total Melabur & Mulakan Perjanjian Pembangunan Bersama dengan Renmatix

Renmatix
2015-03-03 23:32 123

- Total melabur dalam Renmatix – Ambil ekuiti dan kerusi Lembaga dalam pelesen teknologi hidrolisis lampau genting bagi pengubahan biojisim kepada gula selulosa menjimatkan yang berpangkalan di Philadelphia

- Syarikat-syarikat meterai Perjanjian Pembangunan Bersama untuk mulakan program penyelidikan & pembangunan (R&D) berbeza untuk memproses biojisim lignoselulosa terpilih kepada gula untuk digunakan dalam produk berasaskan bio sasaran Total.

PHILADELPHIA, 3 Mac 2015 /PRNewswire/ -- Renmatix, peneraju bagi gula selulosa berpatutan, mengumumkan pelaburan oleh Divisyen Tenaga Baharu Total, dan pemeteraian perjanjian pembangunan bersama (JDA) antara Total [NYSE: TOT] dan Renmatix. Di bawah perjanjian tersebut,  Renmatix dan Total akan menggunakan proses Plantrose proprietari milik Renmatix dengan stok suapan khusus bagi mengekstrak gula untuk digunakan dalam penghasilan produk berasaskan bio yang berkepentingan bagi Total. Berikutan pelaburan dan projek R&D tersebut, Total turut menyertai Lembaga Pengarah Renmatix.

Pelabur Renmatix sedia ada, termasuk BASF dan Kleiner Perkins Caufield & Byers, menyertai Total dalam tranche permulaan pengumpulan dana Siri D ini.

"Teknologi Renmatix untuk mengekstrak gula generasi kedua daripada biojisim berpotensi untuk memanfaatkan ekonomi gula selulosa secara signifikan dan merupakan satu lagi pencapaian penting dalam usaha Total untuk membangunkan biomolekul yang mampan serta menguntungkan untuk produk-produk yang mempunyai kepentingan kepada Total," kata Bernard Clement, Naib Presiden Kanan, Tenaga Baharu Total.

Proses Plantrose yang dipatenkan menggunakan air lampau genting untuk mengurangkan kos dalam penukaran biojisim kepada gula selulosa, perantaraan kritikal bagi bahan bakar bio dan biokimia generasi kedua. Dengan tindak balas lebih pantas dan tanpa perbelanjaan boleh guna berkaitan, hidrolisis lampau genting Renmatix secara ekonomi memungkinkan pelbagai teknologi proses boleh diperbaharui untuk menangani keperluan pasaran bagi gula selulosa 'berisipadu tinggi, berkos rendah, bersumber luas' yang kekal hari ini.   

"Penyertaan pemain utama minyak dan gas global seperti Total menandakan kepentingan peranan gula selulosa dalam memungkinkan pertumbuhan bioekonomi, dan kesan transformatif teknologi Plantrose. Model perniagaan pelesenan kami membolehkan kami bekerja dengan penentu rentak industri kimia, perhutanan dan bahan bakar – seperti BASF, UPM, dan kini Total," kata Ketua Pegawai Eksekutif Renmatix, Mike Hamilton. "Pelaburan, perkongsian dan kepimpinan Total amat penting dalam membantu Renmatix mentakrifkan semula ekonomi gula generasi kedua yang akan mendorong loji penapisan bio yang menguntungkan."

Latar Belakang Total

Total merupakan salah sebuah syarikat bersepadu minyak dan gas terbesar di dunia, dengan aktiviti di lebih 130 buah negara. 100,000 kakitangannya menggunakan kepakaran mereka dalam setiap bahagian industri – cari gali dan penghasilan minyak dan gas asli, penapisan, kimia, pemasaran serta tenaga baharu. Total berusaha untuk membantu memenuhi permintaan global bagi tenaga pada masa kini dan masa akan datang. Kumpulan ini mempunyai kepentingan majoriti dalam SunPower, peneraju dunia dalam tenaga solar, dan anggaran 18% kepentingan dalam Amyris, sebuah syarikat produk boleh diperbaharui bersepadu. Di samping itu, Total terlibat secara aktif dalam beberapa projek R&D boleh diperbaharui. www.total.com

Latar Belakang Renmatix

Renmatix merupakan pelesen teknologi utama bagi penukaran biojisim kepada gula selulosa, stok suapan yang memungkinkan alternatif petroleum digunakan dalam pasaran biokimia dan bahan bakar bio global. Proses Plantrose® proprietari syarikat itu mencabar ekonomi gula konvensional dengan mengubah biojisim selulosa dengan murah – daripada sisa kayu kepada sisa pertanian – kepada gula Plantro® yang bermanfaat dan menjimatkan. Teknologi hidrolisis lampau genting Plantrose menyahbinakan biojisim bukan makanan dengan lebih pantas berbanding proses lain, dan meningkatkan kelebihan penjimatan kosnya dengan tidak menggunakan sebarang bahan boleh guna yang signifikan. Renmatix dimiliki secara persendirian, dengan pusat teknikal bertaraf dunia di Pennsylvania dan operasi pengeluaran di Kompleks Plantrose Bersepadu (IPC) di Georgia. www.renmatix.com

Maklumat Perhubungan
Duncan Cross
Pengarah Urusan, Pembangunan Antarabangsa
renmatix@missioncontrolcommunications.com

Source: Renmatix
Related Stocks:
NYSE:TOT
Related Links:
Keywords: Chemical Gas Oil/Energy Utilities Licensing/marketing agreements