FILIPINA, 5 Mac 2015 /PRNewswire/ -- Dermawan dan usahawan, Paul G. Allen, telah menemui Musashi, salah satu daripada dua kapal perang terbesar dan paling maju daripada segi teknologi dalam sejarah angkatan laut. Tahun ini menandakan ulang tahun ke-70 penamat Perang Dunia Kedua, dan penemuan kapal perang ini merupakan pencapaian signifikan dalam lipatan sejarah angkatan laut.
Gambar: http://photos.prnewswire.com/prnh/20150304/179451
Gambar: http://photos.prnewswire.com/prnh/20150304/179452
Encik Allen dan pasukan penyelidik beliau memulakan pencarian mereka untuk Musashi lebih lapan tahun lalu. Dengan menggunakan rekod bersejarah daripada empat buah negara, data topografi bawah laut yang terperinci, serta teknologi canggih di atas kapal layar beliau, M/Y Octopus, Encik Allen dan juga pasukan beliau menemui kapal perang itu di Laut Sibuyan pada 1 Mac 2015.
Walaupun terdapat banyak keterangan saksi, lokasi sebenar kapal perang itu tidak diketahui. Pasukan itu menggabungkan data bersejarah dengan teknologi canggih bagi mengehadkan kawasan pencarian. Encik Allen menugaskan kaji selidik batimetri hipsometrik dasar laut bagi menentukan muka buminya. Data ini digunakan untuk menyingkirkan kawasan besar untuk pasukan pencari itu dan turut menghasilkan penemuan lima ciri geografi baharu di dasar Laut Sibuyan. Pada Februari 2015, pasukan itu mula menjalankan fasa terakhir pencarian itu menggunakan Kenderaan Bawah Laut Berautonomi (AUV) BlueFin-12. Oleh kerana kawasan pencarian sudah dihadkan dengan terperinci oleh kaji selidik itu, AUV itu berjaya menemui bangkai kapal Musashi pada selaman ketiganya. Sebuah Kenderaan Kawalan Jarak Jauh (ROV) dengan kamera berdefinisi tinggi mengesahkan identiti bangkai kapal itu sebagai kapal Musashi.
"Sejak saya muda lagi, saya terpesona dengan sejarah Perang Dunia Kedua, diinspirasikan daripada ayah saya yang berkhidmat dalam Angkatan Tentera Amerika Syarikat," kata Encik Allen. "Musashi benar-benar merupakan keajaiban kejuruteraan dan, sebagai seorang berjiwa jurutera, saya sangat kagum dengan teknologi dan usaha yang diberikan untuk membinanya. Saya berbesar hati dapat memainkan peranan dalam menemui kapal yang penting dalam sejarah angkatan tentera laut ini serta untuk memperingati keberanian semua orang yang berkhidmat di atasnya."
Ditugaskan pada tahun 1942, kapal Musashi merupakan kapal perang terbesar dalam sejarah angkatan tentera laut, dengan berat muatan penuh 73,000 tan. Ia mempunyai lapisan logam berperisai setebal lapan belas inci dan dilengkapi sembilan senapang lapan belas inci, yang terbesar pernah dipasang pada kapal perang. Kerahsiaan tinggi telah diberi oleh limbungan kapal di Nagasaki sewaktu pembinaannya; keseluruhan kapal itu telah disembunyikan daripada pandangan bagi mengelakkan Angkatan Tentera Bersekutu tahu tentang pembinaannya. Aktif dalam beberapa pertempuran, termasuk Pertempuran Laut Filipina, kapal Musashi akhirnya ditenggelamkan oleh kira-kira 19 torpedo dan 17 bom pada 24 Oktober 1944 yang membawa kepada Pertempuran Teluk Leyte. Daripada 2,399 anak kapal Musashi, hampir separuh kehilangan nyawa mereka termasuk Naib Komander Laksamana Toshihira Inoguchi. Malahan sehingga ke hari ini, Musashi dan kapal setaranya, Yamato, dianggap sebagai pencapaian rekaan dan pembinaan kapal laut yang tiada tandingannya.
Encik Allen dan pasukan penyelidiknya arif tentang tanggungjawab yang berkait dengan bangkai kapal Musashi sebagai perkuburan perang dan berhasrat untuk bekerjasama dengan kerajaan Jepun bagi memastikan tapak itu dikendalikan dengan penuh hormat serta sejajar dengan tradisi Jepun.
M/Y Octopus sering digunakan untuk projek penerokaan, inisiatif penyelidikan saintifik, dan misi menyelamat. Pada 2012, Encik Allen dan pasukan bawah laut Octopus menyertai penerokaan bangkai kapal HMS Hood, bersama Angkatan Tentera Laut Britain.
Untuk mendapatkan rakaman, gambar, dan maklumat lanjut tentang ekspedisi Musashi, sila ke PaulAllen.com/Musashi-Expedition.
Latar Belakang Paul G. Allen
Paul G. Allen merupakan pelabur, usahawan, dan dermawan terkemuka yang menderma lebih $2 bilion untuk tujuan amal sepanjang hayat beliau. Beliau menubuhkan Vulcan Inc. pada tahun 1986 bersama Jody Allen bagi memantau aktiviti perniagaan dan amal beliau. Beliau juga merupakan pengasas bersama Yayasan Keluarga Paul G. Allen. Hari ini, Vulcan Inc. memantau pelbagai pelaburan dan inisiatif Allen di seluruh dunia. Pada 2003, beliau menubuhkan Institut Allen untuk Sains Otak bagi mempertingkat pemahaman tentang otak manusia semasa sihat serta sakit dan, sedekad kemudian, melancarkan peluasan Institut Allen untuk Kepintaran Buatan bagi tujuan menerokai kemungkinan pembangunan bidang AI. Pada tahun 2014, beliau menderma $100 juta bagi menubuhkan Institut Allen untuk Sains Sel dan menderma $100 juta lagi untuk menamatkan wabak Ebola. Encik Allen juga merupakan pengasas bersama Microsoft dan pemilik Seattle Seahawks serta Portland Trail Blazers. Untuk maklumat lanjut, sila ke www.paulallen.com, www.pgafamilyfoundation.org dan www.vulcan.com.
UNTUK PERTANYAAN MEDIA:
Edelman Japan
+81 (0)3-4360-9000
japan@edelman.com
Alexa Rudin
AlexaR@vulcan.com
+1-206-342-2230