BARCELONA, Sepanyol, 5 Mac 2015 /PRNewswire/ --
Saksikan fuseMe 4.0 buat kali pertama dengan demo khas MWC – membolehkan pengguna berkongsi dunia mereka…dengan lebih pintar!
Acision, peneraju global bagi perkhidmatan pelibatan mudah alih selamat, mengumumkan hari ini antara muka pengguna (UI) baharunya, yang menampilkan aplikasi komunikasi pintar semua dalam satu, fuseMe by Acision, dan ditonjolkan dalam versi akan datang (4.0). Dengan skrin alu-aluan yang ringkas, cerah dan kemas, fuseMe menyediakan akses satu klik kepada pelbagai fungsi melalui antara muka yang baharu sepenuhnya, menarik pada grafiknya dan antara muka yang intuitif, memberikan pengalaman lebih maju (UX) kepada para pengguna.
Telah pun diiktiraf oleh pembawa pengaruh dalam industri, seperti CNET, t3. Gizmodo, Stuff, The Guardian (UK) dan Telecoms.com, fuseMe by Acision direka sebagai aplikasi label putih untuk pengendali mudah alih dan perusahaan, menyatukan kesemua fungsi aplikasi komunikasi termasuk perbualan, panggilan video dan suara masa nyata, dengan pertukaran selamat bagi fail media beraneka (imej, video dan suara). Selain itu, pengguna dapat berhubung dan bersosial dengan komuniti melaui saluran serta suapan, semua dengan integrasi unik skrin-terbahagi, penggunaan berbilang tugasan dengan fungsi tarik dan letak, selain pelayar, permainan, perbualan kumpulan, video dan panggilan dalam aplikasi.
Bagi perusahaan, fuseMe turut bersepadu dengan sistem penentusahan pihak ketiga, seperti Office 365, LinkedIn, Google+, Janrain, GitHub, dan banyak lagi. Tambahan pula, fuseMe dibina menggunakan forge SDK, sebuah kit peralatan komunikasi beraneka dan WebRTC yang memberikan asas yang stabil dan benar-benar selamat, menjadikannya senjata rahsia bagi sebarang rancangan mudah alih.
Jadi apa yang boleh anda jangkakan?
Penyesuaian
fuseMe 4.0 untuk Android dan iOS, telah direka untuk kedua-dua sistem pengendalian, menjadikan pengalaman pengguna yang tekal dan lancar dengan jangkaan pengguna semasa bagi kedua-dua sistem tersebut. Unsur dinamik reka bentuk UI dan UX fuseMe baharu, seperti platform paparan mudah dan akses kepada ciri teras, merupakan sebahagian daripada menu laman utama dan skrin aktiviti, mendorong interaktiviti pengguna berdefinisi dan keterhubungan sosial. Laman utama yang boleh disuaikan itu juga memberikan komponen masuk/keluar yang ringkas, membolehkan pengguna menyusun keutamaan apa yang dipaparkan, dan dapat menetapkan serta menyusun semula dengan bebas lanjutan kandungan pilihan mereka, semuanya dengan menyentuh skrin.
fuseMe untuk Perusahaan & Pengendali
Bagi pengendali dan perusahaan yang ingin bersaing dengan berkesan dalam dunia OTT dan menyediakan perkhidmatan komunikasi beraneka yang membezakan dan mengetengahkan mereka, fuseMe dibina daripada asalnya menggunakan forge SDK, membolehkan interaksi ringkas, selamat dan andal berasaskan teknologi WebRTC. Walaupun boleh disuaikan dan mudah untuk diberi penampilan baharu sesuai dengan sebarang jenama, ciri-ciri seperti mesej kumpulan dan sidang video mudah untuk dilaksanakan, bersama mesej selamat berenkripsi. fuseMe 4.0, membawa bersamanya kepakaran Acision dalam keandalan dan pemesejan gred pengendali, menjadikannya pilihan aplikasi OTT yang kukuh bagi perusahaan serta pengendali.
Prototaip bagi antara muka pengguna baharu fuseMe kini ditayangkan secara langsung buat kali pertama di gerai Acision A41, Dewan 8.1 di Kongres Dunia Mudah Alih 2015. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang fuseMe by Acision, atau melihat antara muka pengguna baharu beraksi, sila hubungi kami. Anda juga boleh melawat Acision di Pameran Dagangan Interaktif SXSW, Austin, Texas, mulai 15-17 Mac, gerai 1235.
Latar Belakang Acision
Acision menghubungkan dunia dengan memperkasa perkhidmatan pelibatan mudah alih yang relevan dan lancar yang saling kendali antara semua platform IP serta memperkaya pengalaman pengguna lalu mencipta nilai dan juga peluang komunikasi baharu untuk pembawa, perusahaan, dan pengguna seluruh dunia.
Untuk maklumat lanjut, lawati Acision di http://www.acision.com
Sumber: Acision