BARCELONA, Sepanyol, 5 Mac 2015 /PRNewswire/ --
Mobileum mengumumkan hari ini ia sedang menangani peluang yang semakin berkembang untuk menyediakan pengendali mudah alih dengan penyelesian Pengurusan Pengalaman Pelanggan (CEM) yang menawarkan pandangan pelanggan yang berbilang dimensi dan menambah baik pengalaman keseluruhan pelanggan. Sebagai sebahagian daripada berita ini, Mobileum akan menyepadukan Penyelesaian Perayauan 360, Analitik Antipenipuan, Jaminan Pengalaman, dan Pengujian Aplikasi dengan IBM Now Factory.
(Logo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20140224/671325 )
Penyelesaian Now Factory IBM memberikan pengetahuan hampir masa nyata kepada pengendali mudah alih dengan menganalisis sejumlah besar data rangkaian dan perniagaan dalam masa nyata, untuk membantu mengurus pengalaman negatif serta gangguan rangkaian, dan juga pada masa yang sama membantu menjana peluang hasil baharu. Mobileum akan membawa pengalaman penyampaian penyelesaian telekomunikasi bergred pengangkutnya merentasi 617 rangkaian di lebih 170 buah negara kepada penyelesaian Now Factory.
"Usaha IBM dengan Mobileum mempertingkat kebolehan kami untuk memberikan pengendali mudah alih pengetahuan analitik yang boleh digunakan yang menambah baik pengalaman pelanggan dengan nyata. Kombinasi kemampuan IBM dengan Now Factory, digabungkan dengan kepakaran mendalam Mobileum, dapat mempercepat kejayaan pelanggan kami," Alistair Rennie, Pengurus Besar, Penyelesaian, IBM Analytics.
Sumber-sumber Mobileum yang dilatih dan mendapat pensijilan daripada Pusat Kecemerlangan IBM bagi CEM dan Analitik akan membantu melaksanakan, mengurus serta menyokong penyelesaian tersebut dengan bantuan daripada struktur sokongan IBM yang ditubuhkan untuk Now Factory.
"Kebanyakan penyelesaian CEM hanya setakat pengesanan sebab kemungkinan kemerosotan pengalaman, sementara penyelesaian 'tindakan' Mobileum dapat membantu memperbaiki sebab-sebab bagi punca tersebut dan ia akan menjadi penambahan nilai kami kepada Now Factory," kata Bobby Srinivasan, Ketua Pegawai Operasi Mobileum.
Latar Belakang Mobileum: Mobileum membantu penyedia perkhidmatan telekomunikasi memanfaatkan kuasa analitik ramalan dan pengetahuan masa nyata untuk mendorong transformasi perniagaan yang mendatangkan keputusan. Sepanjang lebih 15 tahun lalu, Mobileum telah menyampaikan penyelesaian penting seperti Perayauan Suara dan Data, Analitik Penipuan, Pengewangan Data, Analitik untuk Pengalaman Pelanggan dan Pengesahan Prestasi Perkhidmatan, kepada lebih 617 rangkaian pengendali di 170 buah negara. Platform Wisdom Mobileum membolehkan CSP mendapatkan kefahaman mendalam tentang tingkah laku pelanggan dan rangkaian, serta memanfaatkannya untuk meningkatkan penerimaan perkhidmatan, menyekat kerugian, menyampaikan pengalaman pelanggan yang hebat, meramalkan jenis penipuan baharu, dan juga memanfaatkan model hasil berpacu-data generasi seterusnya. Mobileum berpangkalan di Silicon Valley California dengan beberapa buah pejabat di seluruh dunia.
Hubungi Mobileum :
Nilanjan Ray, Pengarah Kanan Pemasaran
Tel: +91-973-997-0225.
nilanjan.ray@mobileum.com
Sumber: Mobileum Inc.