READING, England, 5 Mac 2015 /PRNewswire/ --
Dibina dengan forge SDK Acision, TRAIN.ME akan membenarkan pengguna perniagaan belajar dengan pantas dan mengajar dengan mudah menerusi fungsi video, audio, serta sembang
Acision, peneraju global dalam perkhidmatan pelibatan mudah alih dan penginovasi industri dalam teknologi WebRTC, bakal menunjukkan buat kali pertama semasa Kongres Dunia Mudah Alih (MWC) 2015, aplikasi TRAIN.ME mereka yang dibina oleh rakan kongsi mereka Blacc Spot Media Inc., Syarikat Pembangunan Aplikasi WebRTC, Mudah Alih dan Web terkemuka.
TRAIN.ME diperkasakan forge SDK, menyediakan penyepaduan dengan kemampuan WebRTC yang membolehkan sembang, suara, video dan kehadiran masa sebenar yang selamat, semuanya dengan sentuhan satu butang sahaja. Ciri media beraneka WebRTC bermakna perniagaan boleh menawarkan perkhidmatan komunikasi yang menarik dan interaktif, seperti latihan daripada peranti mudah alih serta yang dibolehkan web.
TRAIN.ME telah dibina khusus untuk syarikat pemasaran berbilang peringkat, menyediakan aplikasi pintar untuk melatih dan mengembangkan kakitangan baharu serta sedia ada dalam format ringkas. Dengan wakil jualan yang sering kali berada di merata tempat yang jauh, alat TRAIN.ME bermakna pengguna boleh dilatih dengan maklumat terkini tentang produk dan teknik jualan dengan pantas, agar dapat memulakan jualan langsung dengan pantas serta sejajar dengan matlamat dan juga sasaran peringkat negara atau dunia sesebuah perusahaan secara tekal.
Apa yang hebat tentang TRAIN.ME adalah ia boleh menyediakan pengajar, pelatih, mentor dan anak didik dengan kemampuan untuk berhubung pantas menggunakan video yang dirakam terlebih dahulu, serta sembang langsung dan video pelbagai sembang.
Pengguna akan melog masuk dengan profil LinkedIn mereka dan memilih sama ada mereka seorang pengajar, pelatih, anak didik, atau pun mentor bagi mengakses fungsi berbeza.
Prototaip yang ditunjukkan semasa Kongres Dunia Mudah Alih telah dibina untuk sektor kecantikan, menyediakan pengguna dengan nasihat dan tutorial tentang cara menjual serta memakai alat solek. Namun begitu, aplikasi itu boleh disuai khusus untuk sebarang perniagaan dengan program latihan korporat.
Eric Bilange, Ketua Perkhidmatan Pelibatan Beraneka Acision mengulas: "Nilai video, suara, dan sembang "klik untuk berkomunikasi" adalah sangat tinggi serta akan menambah tahap saling tindak dan pelibatan yang baharu kepada latihan digital untuk sebarang perniagaan. Apabila anda melihat kepada kejayaan pengguna dalam talian berpengaruh seperti Zoella, yang mencipta nama melalui tutorial video, sudah jelas terdapat permintaan pendam untuk komunikasi dan latihan visual yang lebih baik, yang boleh diakses dari jauh secara dalam talian atau ketika bukan di hadapan komputer. Kami mahu memperkasa perusahaan untuk berhubung dengan lebih baik dengan para kakitangan mereka dan memenuhi keperluan latihan serta pembangunan mereka. Dengan forge SDK kami, perusahaan boleh membina dan menyepadukan dengan mudah komunikasi beraneka ke dalam aplikasi seperti penyelesaian latihan, menawarkan persekitaran sesuai untuk pembelajaran dengan tahap pelibatan yang lebih tinggi.
Lantre Barr, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Blacc Spot Media menambah: "WebRTC membenarkan sebarang perniagaan menetapkan komunikasi dua hala yang lebih berkesan. Sebagai alat latihan dalaman, TRAIN.ME adalah sangat berkesan; untuk pengajar, pelatih, mentor, dan anak didik. Pengajar dan mentor boleh memberi sesi latihan dan ulang kaji melalui bahan rakaman video atau panggilan. Ini menjimatkan masa dan memastikan ketekalan. Dengan menetapkan cara digital untuk melatih penjual langsung, syarikat- syarikat boleh memastikan wakil mereka mendalami perniagaan itu dan dapat menjual dengan sama rata ke seluruh dunia."
Pengajar dan mentor boleh merakam video latihan untuk pengguna dan menyimpannya di bawah kategori berbeza yang mudah dicari serta menyediakan bantuan tentang topik khusus. Tutorial juga boleh dimainkan semula pada masa yang lebih sesuai dengan pengguna.
Pengguna mempunyai kelebihan tambahan kerana dapat bercakap terus dengan mentor melalui video langsung dan sembang audio terus daripada dalam aplikasi TRAIN.ME. Penggunaan forge SDK Acision memudahkan dan melancarkan proses ini untuk pengguna, bermakna mereka boleh mendapat maklumat serta panduan tentang cara untuk berjaya dalam organisasi mereka.
Acision mengumumkan perkongsiannya dengan Blacc Spot Media Inc., pada awal tahun 2015 dan kedua-dua syarikat itu telah bersama mencipta penyelesaian WebRTC untuk sektor perbankan. Tambahan lagi, kedua-dua syarikat akan menunjukkan aplikasi terkhusus runcit semasa Kongres Dunia Mudah Alih, yang menunjukkan bagaimana perusahaan dalam sektor peruncitan boleh melibatkan pengguna melalui pelbagai saluran dan titik sentuh agar mereka boleh membina perhubungan yang lebih beraneka. Bagi penggunaan ini, ejen hubungan pelanggan seorang peruncit boleh berinteraksi dengan pelanggan melalui video atau sembang, sekali lagi menunjukkan ciri "klik untuk berkomunikasi"forge SDK. Seorang pengguna boleh terus melihat apabila seorang ejen sedang berada dalam talian serta berhubung dengan lancar, berinteraksi melalui video dalam keadaan tertentu, dan melalui suara dalam keadaan lain.
Dengan menggabungkan inovasi Blacc Spot Media dalam mencipta aplikasi termaju, dengan inovasi Acision dalam teknologi pelibatan web dan mudah alih, kedua-dua syarikat boleh menyediakan penyelesaian komunikasi generasi seterusnya untuk pengguna serta perusahaan,semuanya dibina menggunakan forge SDK Acision, sebahagian daripada platform forge by Acision. Blacc Spot Media, dengan kerjasama Acision, boleh membina versi tersuai khusus bagi mana-mana aplikasi mereka.
Demonstrasi aplikasi TRAIN.ME akan diadakan di tapak pameran Acision semasa MWC di Barcelona mulai 2-5 Mac 2015. Lawati Acision di tapak pameran A41 di Dewan 8.1 atau hubungi kami jika anda ingin mengatur pertemuan atau demonstrasi langsung. Blacc Spot Media juga akan menulis kod secara langsung di tapak pameran Acision. Untuk melihatnya secara langsung di hadapan mata anda sendiri, sila singgah dan temuilah pakar Acision.
Latar Belakang Acision
Acision menghubungkan dunia dengan memperkasa perkhidmatan pelibatan mudah alih yang relevan dan lancar yang saling kendali merentasi platform IP serta memperkaya pengalaman pengguna, lalu mencipta nilai dan juga peluang komunikasi baharu untuk pembawa, perusahaan, dan pengguna seluruh dunia. Untuk maklumat lanjut, lawati Acision di http://www.acision.com
Latar Belakang Blacc Spot Media, Inc.
Blacc Spot Media, Inc. merupakan penyedia teknologi yang mengkhusus dalam pelaksanaan Komunikasi Masa Sebenar Web (WebRTC) dan Perisian sebagai Perkhidmatan (SAAS) yang membolehkan penyelesaian yang lebih inovatif dan berkesan untuk para pelanggan mereka. Pasukannya mengusahakan projek strategik yang membangunkan aplikasi tersuai khusus, platform perusahaan, dan aplikasi mudah alih. Untuk maklumat lanjut, lawati Blacc Spot Media di http://www.blaccspot.com
Sumber: Acision