omniture

Mobileum Umumkan Analitik Antipenipuan Yang Mengesan Penipuan Telekomunikasi Sebelum Ia Berlaku

Mobileum, Inc.
2015-03-05 04:23 173

BARCELONA, 5 Mac 2015 /PRNewswire/ --

Pendekatan Prediktif Berasaskan Pembelajaran Mesin Mengesan Penipuan dalam Masa Nyata

Mobileum, peneraju bagi penyelesaian beranalisis untuk transformasi perniagaan telekomunikasi, mengumumkan hari ini Analitik Antipenipuan Mobileum, satu penyelesaian pencegahan penipuan berasaskan pembelajaran mesin bersifat meramal yang membantu pengendali telekomunikasi menyekat ketirisan hasil dengan mengesan penipuan dalam masa nyata.

(Logo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20140224/671325)

Penipuan telekomunikasi terus menjadi ancaman serius bagi Pengendali Telekomunikasi kerana ini telah menghakis keuntungan mereka dan memberi kesan kepada imej jenama mereka. Dengan lebih $46 bilion kerugian hasil, bidang telekomunikasi berada di tempat kdua di belakang perbankan dalam ketirisan hasil akibat daripada penipuan. Bagi sesetengah pengendali, kerugian daripada penipuan meningkat lebih cepat tahun demi tahun berbanding hasil perkhidmatan. Sistem Pengurusan Penipuan Konvensional memahami penipuan yang diketahui dan mempunyai peraturan yang dicipta bagi mengesan cara yang diketahui untuk melakukan penipuan, namun sistem sedemikian tidak mampu berkembang seiring dengan penipu yang sentiasa menginovasi dan berevolusi.

"Apabila membincangkan penipuan telekomunikasi terdapat 'perkara tidak diketahui yang diketahui' dan 'perkara tidak diketahui yang tidak diketahui, yang tidak dapat dikesan oleh sistem pengurusan penipuan berasaskan peraturan. Walaupun sistem konvensional ini kemudiannya mengesan penipuan jenis baharu, kelewatan dalam pengesanan itu menjadikannya tidak berguna kerana pada masa tersebut penipu telah pun mengubah peraturan permainan. Teknik penipuan tahun ini tidak akan sama dengan teknik tahun lalu," kata Sudhir Kadam, Naib Presiden Kanan dan Ketua Barisan Perniagaan Analitik di Mobileum. "Penyelesaian analitik maju kami membawa pengendali mudah alih daripada era penyelesaian berasaskan peraturan yang semakin tidak cekap kepada dunia pembelajaran mesin prediktif, tanpa perlu memahami algoritma kompleks untuk menentang penipuan serta menyekat ketirisan hasil.

Analitik Antipenipuan Mobileum berfungsi dalam platform Data Besar dan Analitik dalam proses patennya yang dipanggil Wisdom, yang mampu mencari maklumat melalui berbilion-bilion urus niaga penggunaan yang tidak disyaki dalam masa nyata untuk mengesan pola luar biasa tingkah laku penipuan yang sedang muncul. Ini membantu memperluaskan jaring untuk memerangkap penyelewangan dalam jenis penipuan yang diketahui dan mengenal pasti penipuan yang tidak diketahui, merentasi Suara, Data dan SMS, selain senario penipuan antarabangsa dan perayauan.

Mobileum menyatakan bahawa satu pengendali mudah alih AS Tahap-1 mendaftar sebagai pelanggan pertama Analitik Antipenipuan pada Disember 2014.

Latar Belakang Mobileum

Mobileum membantu penyedia perkhidmatan telekomunikasi memanfaatkan kuasa analisis ramalan dan pengetahuan masa nyata untuk mendorong transformasi perniagaan yang mendatangkan keputusan. Sepanjang lebih 15 tahun lalu, Mobileum telah menyampaikan penyelesaian penting seperti Perayauan Suara dan Data, Analisis Penipuan, Pengewangan Data, Analisis untuk Pengalaman Pelanggan dan Pengukuran & Jaminan Prestasi Perkhidmatan, kepada lebih 617 rangkaian pengendali di 170 buah negara. Platform Wisdom Mobileum membolehkan CSP mendapatkan kefahaman mendalam tentang tingkah laku pelanggan dan rangkaian, serta memanfaatkannya untuk meningkatkan penerimaan perkhidmatan, menyekat kerugian, menyampaikan pengalaman pelanggan yang hebat, meramalkan jenis penipuan baharu, dan juga memanfaatkan model hasil berpacu-data generasi seterusnya. Mobileum berpangkalan di Silicon Valley California dengan beberapa pejabat di Brussels, Hong Kong, Singapura, India, Dubai, Argentina, Uruguay, dan Brazil.. Untuk mempelajari lebih lanjut, lawati http://www.mobileum.com dan ikuti @MobileumInc di Twitter.

Hubungi Mobileum :
Nilanjan Ray, Pengarah Kanan Pemasaran
Tel: +91-973-997-0225.
nilanjan.ray@mobileum.com

Sumber: Mobileum, Inc.

Source: Mobileum, Inc.
Related Links:
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications Telecommunications Carriers and Services Wireless Communications Trade show news