MOSCOW, 5 Mac 2015 /PRNewswire/ --
Pusat Perubatan Eropah (GEMC, www.emcmos.ru/en) merupakan institusi pertama di kalangan kumpulan klinikal persendirian yang membuka klinik neurologi dan neurosurgeri sebagai sebahagian daripada hospital berbilang fungsinya di Shepkin Street, Moscow. Di bawah penyeliaan pakar bedah saraf terkemuka di dunia, Anggota Maklum Balas Akademi Sains Rusia, Profesor Alexey Krivoshapkin, M.D., Ph.D., hospital itu menjalankan intervensi pembedahan saraf yang kompleks. Pasukan antarabangsa pakar bedah terbaiknya termasuklah Jean-Michel Derlon (GEMC, Perancis), Vladimir Shabalov (GEMC, Rusia), Dmitry Dzukaev (GEMC, Rusia) dan Evaldas Česnulis (Hirslanden, Switzerland).
Untuk melihat Hebahan Berita Multimedia, sila klik:
http://www.multivu.com/players/English/7460051-neurosurgery-clinic-eu-medical-center/
Projek bersokongan geran "Sistem perkakasan untuk menentukan kesempurnaan reseksi tumor dalam pembedahan saraf" membantu menambah baik keputusan rawatan pembedahan tumor otak malignan. Projek penyelidikan dan intervensi Dr. Krivoshapkin, yang membantu menjalankan pembedahan berteknologi tinggi ke atas struktur otak dan pembuluhnya, kini disokong oleh Pusat Inovasi Skolkovo, GEMC serta sebilangan institusi penyelidikan utama lain.
LOGO: http://photos.prnewswire.com/prnh/20150305/732049
"Kami menghasilkan teknologi berautomasi untuk meringkaskan proses pembedahan saraf dan memberikan penilaian paling tepat bagi hasil intervensi. Prospek seseorang pesakit tertentu bergantung kepada ketepatan penilaian. Ini merupakan cara langsung untuk kami meningkatkan peratusan pesakit agar hidup lebih lama iaitu lebih lima tahun selepas pembedahan neuro-onkologi dengan glioma otak malignan," kata Krivoshapkin. Percubaan praklinikal telah menunjukkan keselamatan dan keberkesanan. Lebih banyak kajian klinikal akan dijalankan di GEMC. Jabatan radiologi GEMC menjalankan imbasan CT dan MRI berketepatan tinggi sepanjang masa. Sebuah pusat diagnostik PET-CT berteknologi tinggi akan mula beroperasi dalam beberapa bulan akan datang; ia akan mendiagnosis barah pada peringkat terawal.
RUMUSAN GEMC: Pusat Perubatan Eropah (GEMC, www.emcmos.ru/en) merupakan salah satu klinik perubatan utama dan berbilang disiplin terbesar di Rusia. Sepanjang 25 tahun lalu ia telah menyediakan bantuan perubatan mengikut protokol antarabangsa.
GEMC menjadi majikan kepada doktor-doktor daripada Eropah Barat, AS, Jepun, Israel dan Rusia. GEMC terdiri daripada beberapa divisyen: hospital berbilang fungsi di Shepkin Street, pusat perubatan berbilang fungsi di Spiridonievsky Pereulok dan Orlovsky Pereulok, Klinik Kanak-kanak EMC di Trifonovskaya Street, Pusat Pergigian Eropah (EDC), sebuah makmal diagnostik klinikal dan histologi, "Klinik Eropah bagi traumatologi sukan dan ortopedik" (ECSTO) persendirian yang terbesar di Rusia, dan EMC Assistance (sokongan pakar dalam rawatan luar negara). Pada 2015 GEMC membuka Pusat Perubatan Keluarga (FMC), klinik berbilang fungsi di daerah Solntsevo. Jabatan pesakit dalam GEMC mempunyai lebih 150 buah katil. Pusat-pusat berbilang fungsi GEMC beroperasi 24 jam sehari; termasuk kecemasan, jagaan segera dan akut, jabatan pesakit dalam, jabatan diagnostik, termasuk pengimejan komputer serta resonans magnetik. Sistem pengurusan kualiti diberi pensijilan mengikut ISO 9001: 2008.
Pada 2008 GEMC telah dibeli dengan harga sebanyak 110 juta dolar AS oleh usahawan Igor Shilov, Leonid Shayman dan Csaba Baljer Lajos, yang terus memimpin serta menginovasi sebagai pemilik bersama dan ahli lembaga pengarah GEMC. GEMC telah mengalami pertumbuhan sehingga lebih 400 dolar AS dalam nilai. Baring Vostok, sekumpulan firma ekuiti persendirian utama Rusia, juga merupakan pelaburnya. Pemilik bersama ini mempertimbangkan untuk melaksanakan tawaran awam permulaan (IPO) menjelang tahun 2019.
Sumber: European Medical Center (GEMC)