omniture

Lord Browne Dilantik Ketua Lembaga Penyelia DEA

- Syarikat huluan Jerman bertukar menjadi platform untuk pertumbuhan
- Rujukan silang: Gambar boleh didapati di epa european pressphoto agency (http://www.epa.eu) dan http://www.presseportal.de/pm/116249/
DEA Deutsche Erdoel AG
2015-03-05 08:30 210

HAMBURG, Jerman, 5 Mac 2015 /PRNewswire/ -- Selepas pengambilalihan oleh LetterOne, syarikat huluan yang berpusat di Hamburg, RWE Dea, mendapat pemilik baharu, lembaga penyelia baharu, dan mendapat nama baharu. LetterOne merupakan syarikat pelaburan global milikan swasta yang berpusat di Luxembourg yang memberi tumpuan kepada memanfaatkan sumber kewangan, pengurusan, dan kepakaran pelaburannya.

Semasa mesyuarat agung pertama para pemegang saham, satu lembaga penyelia baharu telah dilantik. Pengerusi Lembaga Penyelia DEA ialah Lord John Browne, yang baru-baru ini dilantik sebagai Pengerusi Eksekutif LetterOne Energy dan merupakan Ketua Eksekutif BP plc, kumpulan tenaga Britain mulai 1995 hingga 2007.

"Di DEA, kami telah mengambil alih sebuah syarikat dengan sejarah kecemerlangan teknikal dan pengurusan yang lama, rekod prestasi untuk pemikiran berimaginasi, sudut pandangan antarabangsa, serta potensi yang besar," kata Lord Browne, Pengerusi baharu Lembaga Penyelia DEA. "DEA sangat bersesuaian dengan strategi pelaburan kami."

Ahli lembaga penyelia itu antara lainnya ialah Mikhail Fridman, Pengerusi Lembaga Pengarah LetterOne Holdings S.A., dan German Khan, salah seorang pengasas asal LetterOne Holdings S.A.

Ketua Pegawai Eksekutif DEA ialah Thomas Rappuhn, yang bertanggungjawab mengurus syarikat itu sejak 2010. Sebagai Ketua Pegawai Operasi, Dirk Warzecha bertanggungjawab terhadap segala aktiviti operasi. Ketua Pegawai Kewangan ialah Dr Johannes Karlisch.

Mesyuarat agung para pemegang saham seterusnya memutuskan untuk mengubah nama syarikat RWE Dea AG kembali sebagai DEA Deutsche Erdoel AG. Selepas ia diasaskan sebagai Deutsche Tiefbohr-Actiengesellschaft pada 1899 syarikat itu sudah beroperasi sejak tahun 1911 hingga 1970 di bawah nama Deutsche Erdoel AG. Walaupun selepas penukaran pemilik terbaharu ini, DEA tetap kekal sebagai syarikat Jerman. Nama anak syarikat antarabangsa akan diubah secara berperingkat.

Keutamaan perniagaan pertama seperti penilaian strategi korporat kini sedang dipersiapkan. Walaupun dengan penurunan ketara dalam harga minyak mentah dan gas asli, syarikat itu merancang untuk membina asas bagi pertumbuhan lanjut. Di seluruh dunia, minyak dan gas akan kekal sebagai sumber tenaga yang paling penting dalam puluhan tahun akan datang. Menurut ramalan bebas, keperluan tenaga sedunia akan meningkat sehingga tahun 2035 sebanyak kira-kira 40%.

"Penjajaran semula DEA daripada anak syarikat kumpulan kepada syarikat minyak dan gas bebas menawarkan banyak peluang," kata Thomas Rappuhn, Ketua Pegawai Eksekutif DEA.

DEA, with 1,440 employees, is currently active in 17 countries and holds around 160 exploration and production licences as an operator and as a partner.

DEA, dengan 1,440 kakitangan, kini aktif di 17 buah negara dan memegang kira-kira 160 lesen cari gali serta penghasilan sebagai pengendali dan juga rakan kongsi.

Satu insentif pertumbuhan yang penting untuk DEA adalah pelaburan dalam cari gali dan penghasilan. Dengan kejatuhan harga minyak, kini sudah menjadi penting untuk menetapkan kedudukan syarikat dengan jayanya dalam industri minyak dan gas, industri yang dicirikan dengan perubahan berstruktur. "Kami sangat bersedia untuk masa hadapan," tegas Rappuhn. "Kejayaan cari gali kami dalam tahun-tahun sebelum ini, peningkatan dalam pengeluaran minyak dan gas kami, serta simpanan selamat telah membentuk asas bagi kejayaan masa hadapan DEA."

Gambar-gambar tambahan boleh didapati daripada http://www.dea-group.com

Maklumat latar belakang 

DEA Deutsche Erdoel AG (permohonan pendaftaran perubahan nama syarikat telah dibuat) merupakan pengendali antarabangsa dalam bidang cari gali dan pengeluaran gas asli serta minyak mentah yang berpusat di Hamburg. Fokusnya adalah kepada eksploitasi minyak dan gas yang selamat, mampan, dan mesra alam. DEA mempunyai pengalaman selama 116 tahun bekerja di samping keseluruhan rantaian nilai huluan sebagai pengendali atau rakan kongsi projek.

DEA, dengan kakitangan seramai 1,440 orang, mempunyai kepentingan dalam kemudahan pengeluaran dan konsesi di Jerman, UK, Norway, Denmark, Mesir serta Algeria dan kini memegang konsesi cari gali di Ireland, Libya, Poland, Suriname, Trinidad & Tobago dan juga Turkmenistan. Tambahan lagi, di Jerman, DEA turut mengendalikan kemudahan simpanan bawah tanah yang besar untuk gas asli.

LetterOne merupakan dana pelaburan swasta yang beribu pejabat di Luxembourg; ia telah ditubuhkan pada 2013. Dana itu mengatur sumber kewangannya serta kepakaran pengurusan dan pelaburannya untuk membuat pelaburan terpacu nilai dalam sektor tenaga dan juga telekomunikasi melalui anak syarikatnya L1 Energy und LetterOne Telecom. Asetnya berasal daripada pelaburan yang berjaya dan rekod prestasi pengendalian para pemegang saham pengasasnya termasuk jualan syarikat minyak dan gas bersepadu TNK-BP.

Butiran lanjut

Uwe-Stephan Lagies
Ketua Komunikasi Korporat
T +49-40-6375-2511
M +49-162-273-2511

Olaf Mager
Ketua Komunikasi Luaran
T +49-40-6375-2877
M +49-162-273-2877

Logo - http://photos.prnewswire.com/prnh/20150303/732491-a
Gambar - http://photos.prnewswire.com/prnh/20150303/732491-b

Source: DEA Deutsche Erdoel AG
Related Links:
Keywords: Gas Oil/Energy Personnel announcements