omniture

Siri Pencapaian Pertama: Value Retail Menerajui Jalan dengan Dua Inisiatif Rintis semasa Pesta Dagangan Pelancongan Terbesar Dunia - ITB Berlin 2015

Value Retail
2015-03-05 09:00 101

BERLIN, 5 Mac 2015 /PRNewswire/ --

Value Retail bakal menunjukkan dua perkongsian pelancongan inovatif di ITB Berlin, pesta pelancongan terbesar dunia, yang akan diadakan mulai 4 hingga 8 Mac 2015.

Peruncit pertama yang menawarkan "Latihan Pelancongan Dalam Talian"

Value Retail bakal menjadi peruncit pertama seumpamanya yang menawarkan Latihan Pelancongan Dalam Talian kepada rakan kongsi pengembaraan dan pelancongan. Ini akan membantu rakan kongsi pelancongan menemui segalanya yang ditawarkan oleh Koleksi Villages kepada para pelanggan mereka dalam cara yang dinamik, lancar, dan berkesan.

Latihan Pelancongan Dalam Talian merupakan platform ePembelajaran nombor satu untuk industri pelancongan, yang menyediakan jumlah kursus terbesar yang direka oleh pakar dalam industri. Latihan boleh didapati di ChicOutletShopping.com dalam 10 bahasa, dan akan mengajar rakan kongsi pelancongan tentang:

  • Pengalaman melayan tetamu di Villages
  • Rangkaian perkhidmatan dan kemudahan penuh yang tersedia kepada pelanggan mereka di setiap Village
  • Bagaimana mahu menempah dan menjual Pakej Membeli-belah kepada Villages
  • Village baharu di China, Suzhou Village
  • Peluang Pelancongan Perniagaan (MICE)

Modul pertama program latihan itu akan dilancarkan di ITB pada 4 Mac, yang mana pengunjung tapak pameran Value Retail boleh menemui dan mencuba alat baharu yang inovatif dengan sendiri.

Julia Feuell, Pengarah Urusan Latihan Pelancongan Dalam Talian, berkata, "Latihan Pelancongan Dalam Talian berjanji untuk mempertingkat pengalaman Village Value Retail yang mewah dengan menggunakan teknologi pemasaran digital termaju untuk ejen perjalanan serta pelancongan yang bekerja dengannya, serta para tetamunya dari seluruh dunia."

Kumpulan outlet pertama yang bekerjasama dengan Ctrip

Dalam satu lagi perkongsian rintis, Value Retail telah menjadi pengendali destinasi outlet membeli-belah pertama dunia yang menandatangani perjanjian dengan Ctrip, agensi pelancongan dalam talian terkemuka di China. Ctrip – yang digunakan untuk 50% daripada jumlah semua pasaran perkhidmatan pelancongan dalam talian di China – menawarkan tempahan hotel, tiket syarikat penerbangan, dan pakej pelancongan kepada pelancong untuk urusan rasmi dan santai di China, serta menyediakan perkhidmatan pelancongan kepada lebih 90 juta pelancong melalui saluran dalam talian dan tradisional.

Perkongsian ini akan menjadikan pengalaman di Koleksi Villages boleh diakses oleh lebih ramai pengguna China dalam cara yang menyokong dan memudahkan keperluan pelancongan individu mereka, agar mereka boleh menetapkan lawatan ke salah satu Village itu dengan mudahnya ke dalam jadual pelancongan mereka.

Ian Stazicker, Pengarah Pelancongan Kumpulan - Value Retail, berkata, "Value Retail dan Ctrip memang perlu bekerjasama, kerana kami komited untuk mencipta pengalaman luar biasa bagi pelancong China ke Eropah. Koleksi Villages di Eropah adalah destinasi yang sangat popular bagi pelancong China, dan kerjasama baharu bersama Ctrip ini akan menjadikan pengalaman mewah Villages itu lebih mudah diakses oleh para pelancong China kami berbanding sebelum ini."

ITB Berlin bakal menjadi acara sulung untuk Elise Guingand, yang baru-baru ini dilantik sebagai Pengurus Pelancongan – Pasaran Antarabangsa. Terkini, Elise – seorang warga Perancis, dan bertutur bahasa Inggeris, Sepanyol, dan Rusia – bekerja sebagai Pengurus Jualan Pemasaran dan Pengurus Akaun Penting untuk Global Blue, dan sebelum ini pernah bekerja dengan BNP Paribas.

Value Retail boleh didapati di ITB Berlin mulai 4 hingga 8 Mac 2015 di Dewan Kingdom 18, gerai pameran 125a.

Latar Belakang Value Retail

Value Retail merupakan satu-satunya syarikat yang mengkhusus secara eksklusif dalam pembangunan dan pengendalian destinasi outlet membeli-belah mewah, Koleksi Villages. Village itu diiktiraf ramai sebagai antara pusat membeli-belah dengan prestasi terbaik daripada segi kepadatan jualan di dunia. Sejak ia dimulakan dengan Bicester Village pada tahun 1995, Koleksi itu telah menghasilkan pertumbuhan jualan kasar dua digit setiap tahun dan pada tahun 2014, telah menarik lebih 32.5 juta lawatan. Setiap Village terletak dalam sejam perjalanan dari sekurang-kurangnya satu bandar Eropah utama, dan telah menetapkan nama sebagai destinasi pelancongan membeli-beli antarabangsa, yang ditakrifkan oleh fesyen mewah, perkhidmatan unggul, dan hospitaliti, serta acara sambutan sepanjang tahun. Value Retail China, rakan sekutu Value Retail, membuka Village pertama di China, Suzhou Village, di Suzhou, 50 batu barat dari Shanghai pada bulan Mei 2014. Village Kedua, Shanghai Village, akan dibuka pada tahun 2015 bersebelahan Shanghai Disney Resort, terletak di pusat pelan utama kerajaan China bernilai $5.5 bilion, Zon Pelancongan dan Pusat Peranginan Antarabangsa Shanghai.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Value Retail dan Value Retail China, sila lawati ValueRetail.com.

Sumber: Value Retail

Source: Value Retail
Keywords: Internet Technology Leisure/Travel/Hotels Retail Travel Trade show news