omniture

Artis Rakaman Sir Ivan Mengeluarkan Lagu Baharu dan Menderma $100,000 bagi Menyokong Usaha Antibuli

The Peaceman Foundation
2015-03-05 09:00 97

NEW YORK, 5 Mac 2015 /PRNewswire/ -- Artis rakaman pop dan dermawan Sir Ivan telah mengeluarkan lagu single baharu bertajuk "Kiss All the Bullies Goodbye" bagi menyokong kempen antibuli beliau dengan Yayasan Peaceman. Lagu itu diterbitkan oleh Paul Oakenfold dan menampilkan vokal daripada penyanyi yang mengungguli carta Taylor Dane serta lirik yang mengecam pembulian dan juga menggalakkan orang ramai menjadi berbeza dan lebih bertimbang rasa. Sir Ivan turut mengeluarkan video muzik sampingan yang diarahkan Erik White (The Glee Project Ryan Murphy).

Terokai Hebahan Berita Multimedia yang interaktif di sini: http://www.multivu.com/players/English/7456551-sir-ivan-anti-bullying-anthem/

Gambar - http://photos.prnewswire.com/prnh/20150303/179367

Sir Ivan, dikenali kerana lagu adunan semula pop rancak beliau untuk lagu hit 1960an dan 1970an, termasuk "Imagine," "San Francisco," dan "Live For Today," merupakan penyokong kuat menentang keganasan dan sikap tidak bertoleransi yang turut menggunakan nama samaran Peaceman. Yayasan Peaceman telah ditubuhkan oleh Sir Ivan pada 2005 sebagai badan amal tanpa untung yang memerangi kebencian, keganasan, dan Gangguan Tekanan Pascatrauma (PTSD)

Sejajar dengan pengenalan lagu itu, Sir Ivan, melalui Yayasan Peaceman, telah berikrar untuk menderma sejumlah $100,000 kepada 10 organisasi bukan berasaskan keuntungan penting yang memerangi pembulian dan sikap tidak bertoleransi, termasuk: The It Gets Better Project; the Gay, Lesbian & Straight Educational Network (GLSEN); the Born This Way Foundation; Pacer's National Bullying Prevention Center; Parents & Friends of Lesbians & Gays (PFLAG); Stomp Out Bullying; Campus Pride; Love is Louder/The Jed Foundation; The Trevor Project; dan juga Anti-Defamation League. Derma itu termasuklah semua keuntungan bersih daripada tontonan video, penstriman lagu, dan muat turun lagu "Kiss All the Bullies Goodbye."

"Sebagai anak seorang mangsa yang terselamat daripada Holocaust, saya memang menjadi aktivis untuk orang yang ditindas," kata Sir Ivan. "Saya dibesarkan dengan kesedaran yang tinggi tentang keburukan yang terjadi sekiranya diri dianggap sebagai berbeza. Melalui muzik saya, saya mahu menunjukkan pentingnya penerimaan dan pemahaman. Belia, terutamanya belia LGBT, sering ketiadaan sistem sokongan dan juga lebih berkemungkinan tinggi untuk diganggu serta dibuli, dan saya sama sekali tidak akan menerimanya. Saya harap orang ramai akan turut menyertai saya untuk menentang ketidakadilan ini. Organisasi antibuli menyediakan perkhidmatan sokongan kritikal kepada belia LGBT untuk membantu mencegah kes bunuh diri serta memperkasa remaja agar berbangga dengan diri mereka, dan saya bertekad untuk menyokong mereka dalam usaha ini."

Untuk menonton video "Kiss All the Bullies Goodbye", sila ke: https://www.youtube.com/watch?v=jz-7LfMHyZM

Sir Ivan turut mencipta satu halaman dalam laman sesawang beliau dengan statistik dengan pembulian dan cara untuk membantu: http://www.SirIvan.com/Kiss-All-The-Bullies-Goodbye.

Untuk maklumat lanjut tentang Sir Ivan, sila ke www.SirIvan.com

Source: The Peaceman Foundation
Keywords: Entertainment Music Broadcast feed announcements Lesbian/Gay/Bisexual New products/services Not for profit