DELFT, Belanda, 5 Mac 2015 /PRNewswire/ --
Produk vaping baharu E-njoint diadunkan dengan rasa dan bau kanabis asli
Syarikat Belanda E-njoint baru-baru ini telah melancarkan produk vaping baharu untuk rokok elektriknya yang terkenal, yang diadun dengan rasa dan bau kanabis yang asli. E-njoint berperisa kanabis ini adalah 100 peratus sah di sisi undang-undang dan memberikan rasa khayal ringan kepada perokok di seluruh dunia, yang tidak dapat menghisap kanabis secara sah di tempat mereka tinggal.
(Logo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20150305/732598-a )
(Gambar: http://photos.prnewswire.com/prnh/20150305/732598-b)
(Gambar: http://photos.prnewswire.com/prnh/20150305/732598-c )
Apabila E-njoint BV memperkenalkan rokok elektrik pertama dunia pada 2014, ia mengandungi hanya perisa buah-buahan semula jadi. Sepanjang tahun lalu syarikat itu telah membangunkan pengalaman kanabis yang asli dan unik secara rahsia, bekerjasama dengan makmal penyelidikan kanabis utama di Eropah serta Amerika Syarikat. Melalui kajian ini, syarikat tersebut mendapati sebatian organik yang memberikan kanabis aroma dan perisanya – dipanggil terpena – juga membantu menghalakan dan mempertingkat rasa khayal berbeza yang dikaitkan dengan pelbagai jenis kanabis. Dengan formulasi yang baharu dilancarkan ini ia menjangkakan suatu revolusi kecil dalam dunia merokok. "Rokok elektrik ini pastinya akan menyedarkan banyak kerajaan dan pihak berkuasa yang terlalu konservatif," ujar bahagian pengurusan E-njoint.
Oleh kerana E-njoint tidak mengandungi THC, CBD, nikotin, tar atau toksin ia sah sepenuhnya, tetapi masih memberikan perokok perasaan seakan-akan khayal. Terpena yang digunakan untuk menghasilkan Perisa Kanabis E-njoint telah disuaikan untuk memberikan pelbagai kesan kepada pengguna, seperti relaksasi otot, peningkatan mood, galakan kepekaan dan lain-lain. Semua bahannya adalah semula jadi dan digunakan secara meluas dalam industri makanan dan minuman. Bahan-bahannya tidak toksik dan sah sepenuhnya di seluruh dunia.
E-njoint berperisa kanabis juga dapat meningkatkan kesan kanabis sebenar dan mengurangkan dos yang digunakan pada masa yang sama. Kajian telah menunjukkan apabila terpena diambil bersama kanabis sebenar, kesan kanabis dipertingkat secara dramatik, hasilnya mengurangkan dos kanabis yang diperlukan perokok untuk mencapai kelegaan yang diingini. Untuk pelanggan yang tidak mengambil kanabis, Perisa Kanabis E-njoint menyediakan alternatif sah yang selamat yang masih memberi keseronokan.
Sumber: E-njoint BV