SEOUL, Korea Selatan, 15 Januari 2025 /PRNewswire/ -- Jawatankuasa Hadiah Keamanan Sunhak, dipengerusikan oleh José Manuel Barroso, bekas Presiden Suruhanjaya Eropah, dengan bangganya mengumumkan para pemenang yang akan diberi penghormatan di Majlis Anugerah Hadiah Keamanan Sunhak 2025 yang berlangsung pada 11 April 2025: Patrick Awuah Jr. (Ghana), Hugh Evans (Australia) dan Wanjira Mathai (Kenya).
Patrick Awuah Jr., Pengasas dan Presiden Ashesi University di Ghana, telah mentransformasikan pengajian tinggi di Afrika. Usaha rintis beliau membawa kepada penubuhan Ashesi University sebagai model untuk memupuk kepimpinan beretika dan inovasi. Dengan kadar guna tenaga siswazah mencecah 90% dan badan pelajar yang terdiri daripada 50% wanita, Awuah memperkasakan generasi baharu pemimpin Afrika untuk menangani cabaran yang paling kritikal di benua itu.
Hugh Evans, Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif Global Citizen, telah memanfaatkan sejumlah nilai yang luar biasa sebanyak $43.6 bilion untuk membasmi kemiskinan dan memajukan pembangunan global. Melalui advokasinya, lebih daripada 1.3 bilion orang di seluruh dunia mendapat impak yang positif, dengan akses yang lebih baik kepada penjagaan kesihatan, pendidikan dan perkhidmatan penting yang lain. Evans mentakrifkan semula aktivisme global, merapatkan pergerakan akar umbi dengan perubahan dasar sistemik bagi menangani ketaksamaan pada skala global.
Wanjira Mathai, Pengarah Serantau untuk Afrika di Institut Sumber Dunia, ialah kuasa yang utama dalam pemulihan alam sekitar dan pembangunan mampan. Sebagai tokoh penggerak dalam Pergerakan Jalur Hijau, beliau menerajui penanaman 51 juta batang pokok dan mengetuai Inisiatif AFR100 yang bertujuan untuk memulihkan 100 juta hektar kawasan usang di seluruh Afrika menjelang tahun 2030. Usaha Mathai menyepadukan pemulihan ekologi dengan pemerkasaan ekonomi, mewujudkan mata pencarian yang berterusan dan memerangi perubahan iklim.
Selain itu, Anugerah Pengasas yang berprestij daripada Yayasan Hadiah Keamanan Sunhak akan disampaikan kepada T.Y.T. Xanana Gusmão, seorang pemimpin utama dalam perjuangan Timor Timur untuk mencapai kemerdekaan. Sebagai Presiden pertama negara itu dan Perdana Menteri semasa, Gusmão memperjuangkan keamanan dan perpaduan antarabangsa melalui inisiatif seperti g7+, memupuk kolaborasi antara negara-negara lemah untuk mengatasi cabaran bersama.
Majlis penyampaian anugerah akan berlangsung pada 11 April 2025, jam 3 petang KST di Seoul, Korea, dalam format hibrid. Setiap pemenang akan menerima $200,000, pingat dan plak.
Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi www.sunhakpeaceprize.org.