omniture

IPO Ulmart Dijadualkan untuk 2016 - Pencarian Bermula untuk Tempat Terbaik Menempatkannya

Ulmart
2015-03-05 21:40 116

MOSCOW, 5 Mac 2015 /PRNewswire/ --

Pengurus utama daripada Ulmart, syarikat e-dagang utama Rusia, telah ke kota raya New York minggu ini untuk bertemu wakil daripada dua bursa saham utama dunia: NYSE dan NASDAQ.  

(Logo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20140203/667275 )

Tujuan lawatan itu adalah untuk menentukan bursa yang paling sesuai untuk Ulmart ketika ia bersedia untuk penempatan pada awal 2016. Lawatan ke bursa saham London dan Hong Kong akan menyusul dalam bulan-bulan akan datang. Sasarannya adalah untuk membuat pengumuman menjelang pertengahan hingga akhir musim panas.

Pengurusan tertinggi Ulmart telah pun melawat bursa saham Moscow pada November tahun lalu – dwipenyenaraian merupakan satu kemungkinan bagi syarikat tersebut.

Walaupun pemimpin e-dagang seperti Alibaba dan JD.com telah memilih AS daripada Hong Kong dan London, AS sebagai pilihan penempatan bukanlah satu kepastian bagi Ulmart.

Dmitry Kostygin, pemegang saham majoriti dan pengerusi lembaga pengarah Ulmart menawarkan analisis berikut: "Saiz penilaian keseluruhan akan benar-benar menentukan di mana kami menempatkan saham kami. Sekiranya ia cukup besar, contohnya beberapa kali ganda jualan, maka kami merasakan London mungkin lebih sesuai memandangkan pelabur kontinental cenderung untuk lebih agresif bagi penyenaraian lebih besar. Penyenaraian kecil, kurang daripada satu kali jualan, mungkin membawa kepada AS kerana penyenaraian lebih kecil lebih mudah diterima di sana."

Di sebalik ekonomi yang perlahan dan situasi geopolitik yang tegang, suatu zon selesa telah kembali dan ramai pelabur kembali membeli saham Russia kerana harganya yang menurun dan hasil situasi makroekonomi yang agak stabil berbanding kebanyakan negara anggota Kesatuan Eropah.

"Peruncitan merupakan permainan jangka panjang. E-dagang lebih panjang dan Rusia lebih panjang daripada itu. Ketiga-tiganya akan kekal tanpa mengira apa yang berlaku. Minyak akan kembali naik dan konflik Rusia-Ukraine akan kembali tenang serta wang yang ditujukan kepada Rusia, sebuah pasaran membangun utama, akan mendapat tawaran menarik. Ulmart merupakan tawaran terbaik dalam perusahaan persendirian dan penempatannya akan menjadi perkara besar seterusnya dalam e-dagang," ulas Brian Kean, ketua komunikasi dan hubungan pelabur syarikat itu.

Penawaran tersebut, yang mungkin dapat meraih sehingga $1.5 bilion, akan menjadi penawaran utama ketika Ulmart merancang meluaskan infrastruktur pusat penyempurnaan tiga tahapnya sebanyak 1 juta meter persegi tambahan.

Sumber: Ulmart

Source: Ulmart
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Consumer Electronics Internet Technology