SINGAPURA, 16 Januari 2025 /PRNewswire/ -- Kevin Neo, Naib Presiden Komersial untuk APAC (tidak termasuk China dan Jepun) di Advanced Sterilization Products (ASP), membentuk masa depan penjagaan kesihatan, bermula dengan komuniti sekitar ASP. Di bawah kepimpinan Kevin, organisasi APAC yang terdiri daripada hampir 200 pekerja ini mencetuskan semangat dan memupuk inovasi—kedua-duanya dalam keluarga ASP global dan melalui penyelesaian pencegahan jangkitan termaju demi penjagaan kesihatan. Semua ini dapat dicapai sambil menjunjung dengan teguh misi ASP untuk melindungi pesakit semasa saat-saat mereka yang paling kritikal.
Kevin at ASP Rest of Asia’s 1st Sterilize & Rise Summit Event in Hanoi, attended by 15 Key Opinion Leaders from 9 Countries
Sejak peralihan besar-besaran dalam budaya tempat kerja berlaku susulan COVID-19, persekitaran kerja yang sihat menjadi faktor utama dalam menentukan daya tarikan sesebuah organisasi terhadap bakal pekerja dan pengekalan pekerja. Dengan menyelaraskan budaya serta tujuan, strategi dan matlamat perniagaan sesebuah organisasi, aspek yang penting ini akan mempercepat pertumbuhan, meningkatkan penglibatan pekerja, mengurangkan risiko dan memantapkan sesebuah organisasi.
Sejak dua tahun lalu, ASP APAC Business Kickoffs menjadi asas bagi kolaborasi serantau, menyatukan pasukan dari 11 negara dan wilayah di acara tahunan ini. Permulaan terkini, bertemakan 'Membentuk Masa Depan Kita Bersama-sama,' menonjolkan kemajuan penting dengan meningkatkan penglibatan dan memupuk budaya kepercayaan dan perpaduan. Tatkala kita menantikan permulaan yang akan datang dalam bulan Mac, tradisi membina hubungan yang bermakna ini terus berkembang maju.
"Komunikasi dan ketelusan adalah amat penting. Kami berusaha untuk memupuk budaya kepercayaan di mana semua orang berasa selesa untuk berkolaborasi secara terbuka. Amat penting bagi kami untuk mendengar pendapat pekerja kami dan mengekalkan dialog terbuka tentang aspek yang memerlukan penambahbaikan," kata Kevin Neo, Naib Presiden Komersial untuk APAC (tidak termasuk China dan Jepun) di ASP. "Menerusi enam kemenangan Great Place to Work di enam negara pada tahun 2024, Sistem Perniagaan Fortive (FBS) kekal menjadi rangka kerja kami yang terbukti untuk mencapai kejayaan. Ia membentuk setiap aspek budaya dan prestasi kami, membimbing tindakan kami, mengukur pelaksanaan dan memacu penambahbaikan yang berterusan."
Di samping itu, ASP amat mementingkan aktiviti Fortive Day of Caring tahunan—suatu tradisi berharga di mana pekerja diberi hari cuti berbayar bagi mengkhususkan masa dan tenaga mereka untuk berbakti kepada komuniti mereka dan menyokong tujuan yang paling mereka minati.
"Satu bahagian penting dalam menjadi sebuah organisasi yang dapat menjadi contoh ialah sokongan kami terhadap komuniti di tempat kami berkembang maju. Keinginan mendalam budaya ASP kami untuk menjadikan keadaan lebih baik memberi kami peluang yang hebat untuk pasukan kami di seluruh dunia berkumpul dan menyumbang kembali dengan cara yang bermakna. Saya benar-benar percaya bahawa kami didorong oleh prinsip yang menjadi pedoman kami untuk menyumbang kembali kepada komuniti kami dan mereka yang memerlukan – hari ini dan sepanjang tahun," tambahnya lagi.
ASP komited untuk menggalakkan keseimbangan kehidupan-kerja dengan menawarkan pengaturan kerja yang fleksibel, memperkasakan pekerja untuk mewujudkan sempadan yang jelas antara kehidupan profesional dan peribadi mereka.
Pertumbuhan dan pembangunan pekerja merupakan satu lagi elemen penting buat Kevin. Menyediakan alatan dan latihan yang diperlukan untuk menyokong pembangunan peribadi dan profesional meningkatkan penghargaan pekerja dan dalam masa yang sama mencungkil dan menerima potensi penuh pekerja, seterusnya mempercepat nilai yang diberikan kepada pelanggan.
Sumbangkan suara dan bakat anda kepada pasukan Fortive/ASP dan jadikan penjagaan kesihatan lebih selamat untuk semua orang. ASP berpangkalan di Irvine, California, AS dengan tapak utama di Everett, Washington dan Schaffhausen, Switzerland serta banyak lagi di seluruh dunia.
Untuk maklumat lanjut, kunjungi:
ASP Australia-New Zealand: www.ASP.com/en-au
ASP wilayah Taiwan: www.asp.com/zh-tw
ASP Filipina: www.asp.com/en-ph
ASP India: www.asp.com/en-in
Latar Belakang ASP
ASP ialah peneraju global bagi penyelesaian pencegahan jangkitan untuk penjagaan kesihatan. Menerusi produk, teknologi dan aliran kerja termaju untuk pensterilan perubatan dan penyahjangkitan, ASP mengkhusus untuk mempertahankan kehidupan pesakit, keluarga, pekerja penjagaan kesihatan, penyedia dan komuniti. Advanced Sterilization Products mencapai kehadiran global yang kukuh, ketika ini beroperasi di 11 pasaran di seluruh Pelosok rantau Asia-Pasifik.
Hubungan Media: ASP Asia Pacific, asiapacific@asp.com