omniture

Alliance Boots akan Bentuk Perikatan Strategik dengan Syarikat Farmaseutikal Nanjing Bhd

Alliance Boots
2012-09-18 14:58 301

NANJING, China, 18 Sep, 2012 /PRNewswire/ -- Alliance Boots ( http://www.allianceboots.com/ ), di bawah terma perjanjian perikatan strategik yang ditandatangani hari ini, mengumumkan bahawa ia akan membeli 12% kepentingan dalam Syarikat Farmaseutikal Nanjing Bhd (http://www.njyy.com/), melalui penempatan persendirian, untuk jumlah pertimbangan kira-kira EUR56 juta (RMB560 juta). Apabila transaksi selesai, yang tertakluk kepada kelulusan pelbagai kawal selia, Alliance Boots akan menjadi pemegang saham kedua terbesar dalam Syarikat Farmaseutikal Nanjing Bhd dengan perwakilan dalam Lembaga dan pengurusan operasi.

(Foto: http://www.prnasia.com/sa/2012/09/16/20120916190249726236.html
(Foto: http://www.prnasia.com/sa/2012/09/16/20120916190902623427.html
(Foto: http://www.prnasia.com/sa/2012/09/16/20120916190917574062.html )

Syarikat Farmaseutikal Nanjing Bhd, yang disenaraikan di Bursa Saham Shanghai, adalah pemborong farmaseutikal kelima terbesar di China dengan jualan sekitar EUR2 bilion (RMB20 bilion) pada tahun 2011. Ia mempunyai kedudukan pasaran yang kukuh dalam wilayah asalnya Jiangsu, dengan pusat pengedaran operasi di 12 bandaraya di seluruh lapan wilayah dan satu wilayah autonomi. Pemegang saham terbesarnya adalah Kumpulan Farmaseutikal Nanjing Bhd.

Perjanjian perikatan strategik ditandatangani oleh Stefano Pessina, Pengerusi Eksekutif, Alliance Boots,dan Zhou Yaoping, Pengerusi, Syarikat Farmaseutikal Nanjing Bhd, setelah disambut oleh Yang Weize, Setiausaha Jawatankuasa CPC Perbandaran Nanjing. Majlis rasmi, yang berlangsung di bandaraya Nanjing, telah diadakan dengan kehadiran Ji Jianye, Datuk Bandar Kerajaan Perbandaran Nanjing.

Alliance Boots mula-mula memasuki pasaran pengedaran farmaseutikal Cina pada tahun 2008 melalui usahasamanya,Perbadanan Farmaseutikal Guangzhou, yang beroperasi di kawasan geografi pelengkap dan meneruskan pembangunannya yang berjaya.

Stefano Pessina mengulas: "Kami gembira dapat bekerjasama dengan peserta yang amat berjaya dalam pasaran farmaseutikal Cina dan percaya ada potensi yang besar dalam bekerja bersama-sama untuk mewujudkan rangkaian pengagihan penjagaan kesihatan yang hebat. Perjanjian ini dibina di atas kejayaan yang telah kita sudah punyai di China dan mengukuhkan lagi komitmen kami kepada negara serta kesediaan kami untuk memainkan peranan aktif dalam evolusi pasaran dengan kerjasama pihak berkuasa dan peserta utama. Kami percaya bahawa pelaburan strategik ini menandakan satu langkah penting dalam pembangunan jangka panjang kami di Asia."

Zhou Yaoping, Pengerusi Farmaseutikal Nanjing, berkata: "Kerjasama dengan Alliance Boots adalah amat signifikan dalam konteks ekonomi global yang perlahan dan pembaharuan perubatan dan penjagaan kesihatan China. Dengan memperkenalkan teknologi pengurusan rantaian bekalan maju dan pengalaman Alliance Boots, Farmaseutikal Nanjing akan dapat memperbaiki amalan pengurusan, mencapai prestasi yang lebih baik, dan membantu industri perubatan China mencapai standard global, serta menyokong sektor farmaseutikal dalam mewujudkan satu tanggungjawab sosial bertenaga."

Nota Editor:

Alliance Boots merupakan kumpulan terkemuka antarabangsa terkemuka dalam farmasi diterajui kesihatan dan kecantikan yang menyampaikan pelbagai produk dan perkhidmatan kepada pelanggan. Bekerja dalam perkongsian rapat dengan pengeluar dan ahli farmasi, kami komited untuk meningkatkan kesihatan dalam masyarakat tempatan yang kami berkhidmat dan membantu pelanggan-pelanggan kami dan pesakit untuk melihat dan merasa terbaik mereka. Tumpuan kami adalah kepada pertumbuhan teras dua perniagaan kami: peruncitan farmasi dipimpin kesihatan dan kecantikan dan pemborongan dan pengedaran farmaseutikal.

Alliance Boots mempunyai kehadiran di lebih daripada 25 buah negara* dan menggaji lebih 116,000 orang*. Alliance Boots mempunyai perniagaan runcit farmasi diterajui kesihatan dan kecantikan di 11 negara* dan mengendalikan lebih 3,330 kedai runcit kesihatan dan kecantikan, yang mana kira-kira 3,200* mempunyai farmasi. Di samping itu, Alliance Boots mempunyai kira-kira 625* amalan optik, di mana 185* beroperasi pada asas francais. Perniagaan borong farmaseutikal kami membekalkan ubat-ubatan, produk penjagaan kesihatan lain dan perkhidmatan berkaitan kepada lebih daripada 170,000* farmasi, doktor, pusat-pusat kesihatan dan hospital dari lebih 370 pusat pengedaran* di 21 negara*. Pada bulan Jun 2012, Alliance Boots mengumumkan bahawa ia telah memeterai satu perkongsian strategik dengan Walgreen Co, rantaian kedai ubat terbesar di Amerika Syarikat,  untuk mewujudkan perusahaan kesihatan dan kesejahteraan global pertama yang diterajui farmasi.

* Angka adalah penghampiran pada 31 Mac, 2012 dan termasuk syarikat bersekutu dan usahasama.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:

Komunikasi Kumpulan, Alliance Boots
Yves Romestan / Laura Vergani / Katie Johnson / Julie Longton: Tel: +44 (0) 207-980-8585

RLM Finsbury (Hubungan media UK)
Katie Lang / Claire Scicluna: Tel: +44 (0) 207-251-3801

Kreab Gavin Anderson (Asia / Hubungan media China)
Richard Barton (Tel: +852-9301-2056) / Yang Yang (Tel: +135-0127-4482)

SUMBER: Alliance Boots

Source: Alliance Boots
Keywords: Banking/Financial Service Health Care/Hospital Medical Equipment Medical/Pharmaceuticals Acquisitions, mergers, takeovers