omniture

Bullitt Group Sokong Litar Perlumbaan untuk Kapal Layar Melawan Graviti

Bullitt Group
2015-03-06 20:17 173

READING, England, 6 Mac 2015 /PRNewswire/ -- Bullitt Group telah menyetujui perjanjian penajaan gelaran selama dua tahun (sepanjang 2015-6) melalui Jelajah Perlumbaan GC32 – satu litar perlumbaan kapal layar Eropah, yang dilangsungkan menggunakan katamaran foiling yang canggih.

Kapal GC32 diinspirasikan oleh acara kemuncak perlumbaan kapal layar yang terakhir dilangsungkan, America's Cup.Ia kali terakhir diadakan menggunakan katamaran AC72 yang menggunakan teknologi hidrofoil, membolehkannya terbang di sepanjang litar perlumbaan,dengan kedua-dua perut kapal kebiasaannya berada lebih semeter di atas permukaan air.

Pelayaran melawan graviti ini melambangkan rekaan kapal layar tercanggih dan menjadikan GC32 salah satu kapal layar lumba rekaan tunggal terpantas dunia, mampu mencapai kelajuan lebih 35 knot.

Pada 2015, Jelajah Perlumbaan GC32 Bullitt akan merangkumi lima acara melawati Austria, UK, Jerman, Itali dan Perancis. Pelumba-pelumbanya termasuk pelayar daripada America's Cup, Juara Dunia dan atlit Olimpik serta peserta amatur yang berminat,semuanya teruja merasai keseronokan berlumba menggunakan perahu terbang ini.

Penajaan pelayaran bukanlah sesuatu yang asing bagi Bullitt Group. Pada Julai 2014 di bawah jenama Cat Phones miliknya, syarikat itu menaja perahu Kelas 40 Conrad Humphrey dengan tujuan berhubung dengan peminat pelayaran dan sukan luar melalui sukan itu. Sebelum Bullitt, kedua-dua Colin Batt dan Dave Floyd, dua daripada pengasas bersama Bullitt Group, bersama Motorola, yang menaja kempen Humphrey dalam perlumbaan mengelilingi dunia tanpa henti secara perseorangan Vendée Globe serta Extreme Sailing Series.

Bullitt Group mereka, mengeluarkan, memasarkan dan menjual peranti elektronik pengguna bersama jenama global. Ia merupakan pelesen seluruh dunia bagi Caterpillar Inc. untuk peranti mudah alih dan aksesori'lasak', Kodak untuk telefon pintar mudah digunakan serta peranti terhubung dan juga Ministry of Sound dan Ted Baker untuk produk audio.

Dave Floyd, Ketua Pegawai Eksekutif Bullitt Group menerangkan tentang penajaan itu: "Katamaran foiling GC32 merupakan inovasi paling mengujakan dalam pelayaran dan kami mahu terlibat dengan jelajah baharu ini daripada awal untuk membantu mempengaruhi bagaimana sukan ini berkembang, seperti yang telah kami lakukan dalam industri mudah alih dan audio untuk jenama yang bekerjasama dengan kami. Perlumbaan ini akan menjadi platform sempurna bagi kami menunjukkan peranti kami di lokasi Eropah yang menakjubkan sepanjang musim panas dan pastinya kami akan menjadi sebahagian daripada aksinya."

Presiden Persatuan Kelas GC32, bekas pelayar bintang Olimpik Flavio Marazzi mengalu-alukan Bullitt Group: "Kami berbesar hati mengalu-alukan Bullitt Group sebagai penaja Jelajah Perlumbaan GC32 dan kami berharap dapat membina hubungan yang kukuh bersama. Dengan melibatkan diri dengan Jelajah Perlumbaan GC32 dari permulaan menunjukkan Bullitt Group begitu berpandangan jauh. Jelas sekali Bullitt Group merupakan sebuah syarikat inovatif dan membawakan jenama besar kepada sukan kami pasti akan membawa kesan positif."

Dapatkan maklumat lanjut di http://www.gc32racing.com

Nota kepada Editor

Latar Belakang Bullitt Group

Diasaskan pada 2009 oleh Colin Batt, David Floyd dan Richard Wharton, Bullitt Group mereka bentuk, mengeluarkan , memasarkan dan menjual peranti elektronik pengguna melalui kerjasama dengan jenama global. Ia merupakan pelesen seluruh dunia bagi Caterpillar Inc. untuk peranti mudah alih dan aksesori'lasak', Kodak untuk telefon pintar mudah diguna serta peranti terhubung dan juga Ministry of Sound dan Ted Baker untuk produk audio. Berpangkalan di Reading, UK, produk Bullitt dijual di lebih 60 buah negara dan syarikat tersebut boleh didapti di pasaran penting di seluruh dunia termasuk Taiwan, Taipei, UK dan AS.

Bullitt Group mempunyai model perniagaan yang ringkas tetapi pintar. Ia bekerjasama dengan jenama global yang kukuh untuk membangunkan, mengeluarkan dan menjual produk yang amat diperlukan kepada bidang pasaran yang kurang mendapat perhatian. Memahami dan mengaplikasikan DNA jenama-jenama tersebut adalah amat penting bagi pendekatan Bullitt. Hubungan antara Bullitt dan setiap jenama terbina atas kepercayaan yang mendalam dan keinginan yang kuat daripada kedua-dua pihak untuk menegakkan nilai-nilai jenama tersebut.

Latar Belakang Jelajah Perlumbaan GC32

GC32 adalah katamaran berukuran 10m panjang (12m termasuk jongor) kali 6m lebar yang dipasang dengan foil, yang menjadikan perahu tersebut 'terbang' melalui air, sama seperti pesawat terbang melalui udara – yang terkini dalam reka bentuk  kapal layar berprestasi tinggi. Inilah yang menjadikan GC32 perahu lumba rekaan tunggal terpantas dunia bagi saiznya, mampu mencapai kelajuan melebihi 30 knot (kelajuan tertinggi direkodkan setakat ini ialah 37.9 knot).

Teknologi foiling GC32 adalah berasaskan teknologi digunakan yang oleh katamaran AC72 semasa America's Cup 2013 di San Francisco, tetapi telah dikecilkan dan diringkaskan. Ini membolehkan pelayar profesional dan pemilik persendirian mengalami yang tercanggih dalam perlumbaan perahu layar dalam cara yang lebih menjimatkan kos tetapi masih dengan 100% keseronokannya.

Jelajah Perlumbaan GC32 2015

27-31 Mei: Austria Cup - Lake Traunsee, Austria
24-27 Jun: Cowes Cup - Cowes, UK
29 Julai-2 Ogos: Kiel, Jerman
27-30 Ogos: Rome Cup - Fiumicino, Rome, Itali
30 September-3 Oktober: Marseille One Design - Marseille, Perancis

Sumber: Bullitt Group

Source: Bullitt Group
Keywords: Computer Hardware Computer/Electronics Consumer Electronics Sports Sports Equipment & Accessories