WARSAW, Poland, 6 Mac 2015 /PRNewswire/ --
Bandar Warsaw, ibu negara Poland, menjemput anda ke gerainya di pesta dagangan pelaburan antarabangsa MIPIM di Cannes, yang akan diadakan pada 10-13 Mac 2015. Ini merupakan pesta dagangan hartanah paling terkenal dan berprestij di Eropah.
Sebagai pemimpin di Eropah Tengah dan Timur, Warsaw merupakan peserta tetap di MIPIM. Matlamat kami adalah untuk menampilkan Warsaw sebagai tempat yang mempunyai potensi pelaburan hebat, serta turut menawarkan standard kehidupan yang tinggi. Mesej tahun ini: "Warsaw - Bandar untuk pelaburan, Bandar untuk kediaman". Di gerai kami no. R8.D1. ibu negara itu akan ditampilkan bersama rakan kongsi perniagaan: BBI Development SA, Ghelamco, Golub GetHouse, HB Reavis, Kulczyk Silverstein, Okam Capital, Xcity, Poczta Polska dan rakan media Poland Today.
Tawaran oleh ibu negara itu di pesta dagangan MIPIM terdiri daripada sepuluh hartanah untuk dijual, kesemuanya di daerah pusat Warsaw: 2 di Praga-Południe (Praga Selatan), 2 di Praga-Polnoc (Praga Utara) dan 6 in Srodmiescie (pusat bandar). Semuanya telah ditandakan sama ada untuk bangunan kediaman dengan perkhidmatan (Jalan Owsiana, Stalowa, Radzyminska) atau pejabat dan bangunan perkhidmatan dengan garaj bawah tanah (Jalan Emilii Plater, Wybrzeze Kosciuszkowskie, Prozna). Hartanah di Jalan Marianska telah ditandakan untuk pembinaan hotel, manakala di Jalan Zupnicza pula untuk kawasan perkhidmatan dan pengeluaran.
Ramalan 2015 bagi negara-negara Eropah Tengah dan Timur menjanjikan suatu yang hebat. Keluaran Dalam Negara Kasar di rantau ini akan meningkat sebanyak 2.5%, iaitu dua kali ganda zon Euro, dan bagi tahun kelima berturut-turut Poland sepatutnya kekal sebagai ekonomi paling pesat membangun di rantau itu. Dalam laporan PwC "Trend Baharu dalam Hartanah Eropah 2015" Warsaw tersenarai di tempat ke-14, menjadikannya lokasi dominan bagi hartanah komersial di Eropah Tengah dan Timur.
Hubungi:
Magdalena Jadziewicz-Kasak
e-mel: mjadziewicz@um.warszawa.pl
tel.+48519066215
Sumber: The City of Warsaw