omniture

CGTN AMERICA & CCTV UN: "Prasembah untuk Gala Pesta Musim Bunga (Prelude to the Spring Festival Gala)" yang dihoskan oleh China Media Group kembali ke New York City

MediaLinks TV LLC
2025-01-16 20:12 6

WASHINGTON, 16 Januari 2025 /PRNewswire/ -- CGTN America & CCTV UN melancarkan "Prasembah untuk Gala Pesta Musim Bunga (Prelude to the Spring Festival Gala)" yang dihoskan oleh China Media Group kembali ke New York City

Apabila Tahun Ular menghampiri, acara "Prasembah untuk Gala Pesta Musim Bunga (Prelude to the Spring Festival Gala)" tiba di New York City, meraikan tradisi Tahun Baharu Cina yang kaya.

Acara tahun ini dibina berdasarkan kejayaan dan momentum acara sulung yang diiktiraf secara meluas pada tahun 2024, membawa budaya Tahun Baharu Cina kepada khalayak global sambil memupuk pertukaran budaya dan persefahaman bersama dalam kalangan komuniti yang pelbagai di seluruh dunia.

Tetamu terhormat yang mewakili China, Amerika Syarikat dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu akan menyampaikan mesej tulus ikhlas yang menggalakkan pertukaran budaya dan perpaduan global.

Pertunjukan fesyen moden China, diinspirasikan oleh pemenang anugerah permainan video "Mitos Hitam (Black Myth): Wukong", diadakan untuk menarik perhatian khalayak. Acara ini akan menjemput bintang NBA untuk menyertai pameran, membawa gabungan sukan dan gaya berinovatif ke pelantar pentas, menampilkan reka bentuk tradisional Cina dan kontemporari.

Peserta akan menikmati persembahan bahasa isyarat yang hebat oleh pemenang 'Pembaz Emas (Golden Buzzer)' bagi rancangan America's Got Talent bersama pelbagai penghibur. Mereka juga akan berpeluang menyertai segmen interaktif untuk mempelajari frasa bahasa isyarat perayaan, menggalakkan keterangkuman dan komunikasi bebas halangan. 

Pemuzik dan penghibur antarabangsa dan China, termasuk para pelajar dari Sekolah Tinggi Lincoln di Washington, Amerika Syarikat, akan bersama-sama meraikan gabungan Timur dan Barat, mempamerkan keindahan kepelbagaian dan keharmonian melalui lagu dan tarian.

Sebelum persembahan, tetamu boleh menikmati sambutan kebudayaan yang menampilkan artifak China yang indah dan peluang untuk berhubung dengan ahli profesional dari pelbagai industri.

Acara tahun ini akan berlangsung pada malam Khamis, 16 Januari, menarik minat lebih 150 tetamu terhormat. Acara ini juga tiba tepat pada masa UNESCO baru-baru ini telah memasukkan "Pesta Musim Bunga, amalan sosial masyarakat Cina dalam sambutan tahun baharu tradisional" ke dalam Senarai Wakil Warisan Budaya Tidak Ketara Kemanusiaan.

Pada Malam Tahun Baharu Cina, menonton Gala Pesta Musim Bunga yang dipersembahkan oleh China Media Group telah menjadi tradisi tahun baharu bagi orang ramai di seluruh dunia. Ini membawa kenangan ceria kepada generasi penonton, menjadi simbol kebudayaan bagi dunia untuk meneroka dan memahami negara China. Sebagai sambutan penetapan status warisan UNESCO, gala tahun ini menjanjikan pesta kebudayaan yang besar, menggembirakan dan bertuah untuk khalayak global. 

(Bahan ini diedarkan oleh MediaLinks TV, LLC bagi pihak CCTV. Maklumat tambahan boleh didapati di Jabatan Keadilan, Washington, D.C.)

Butiran Hubungan: Distribution@cgtnamerica.com

Source: MediaLinks TV LLC
Keywords: Art Computer/Electronics Entertainment Travel