omniture

JA Solar Lancarkan Modul PV 1500V

JA Solar Holdings Co., Ltd.
2015-03-09 08:30 128

SHANGHAI, 9 Mac 2015 /PRNewswire/ -- JA Solar Holdings Co., Ltd. (Nasdaq: JASO) ("JA Solar" atau "JA"), salah satu pengeluar terbesar dunia bagi produk kuasa solar berprestasi tinggi, mengumumkan hari ini ia telah menyiapkan pembangunan modul PV 1500V baharunya, merasmikan pelancaran global produk itu pada Februari  2015. Produk itu telah ditampilkan di Ekspo PV di Jepun pada 25 Februari dan disambut dengan penerimaan yang begitu baik. Modul baharu itu akan turut ditampilkan dalam beberapa pameran akan datang, termasuk Persidangan Ecobuild yang akan diadakan di London pada awal Mac, dan Ekspo Kuasa PV SNEC yang akan diadakan di China pada penghujung April.

Standard industri IEC semasa bagi voltan sistem maksimum adalah 1000V bias voltan sistem. Modul PV 1500V JA telah membuktikan prestasinya di bawah standard IEC untuk bias voltan sistem 1500V, lulus ujian PID yang terperinci di bawah keadaan standard untuk sistem 1500V. Diuji dan disahkan oleh TUV, prestasi ini merupakan satu petunjuk bagi kualiti tinggi produk baharu ini.

En. Yong Liu, Ketua Pegawai Teknologi JA Solar, mengulas, "Menaikkan voltan sistem maksimum kepada 1500V bermakna peningkatan berpotensi sehingga 50% dalam panjang bebenang, mengurangkan kos bahagian sistem. Ia merupakan satu trend yang tidak dapat dielakkan untuk sistem 1500V mula dipasang pada peringkat global. Modul PV 1500V baharu kami merupakan satu lagi petunjuk kepada kelebihan daya saing JA sebagai peneraju dalam teknologi PV industri."

Source: JA Solar Holdings Co., Ltd.
Related Stocks:
NASDAQ:JASO
Keywords: Alternative Energies Computer/Electronics Electronic Components Environmental Products & Services Green Technology Oil/Energy Utilities New products/services