SELANGOR, Malaysia, 9 Mac 2015 /PRNewswire/ -- Pengedar Airwheel Malaysia memperkenalkan ekasikal (basikal satu tayar) elektrik mengimbang sendiri Airwheel dan ciri-ciri mudah alihnya kepada wartawan berita daripada Astro Wah Lai Toi, dan mengundang salah seorang daripada mereka untuk menunggangnya.
http://www.airwheel.net/skateboard/skateboard_Q1_outdoor_009.jpg
Astro Wah Lai Toi merupakan saluran Kantonis yang dikendalikan bersama oleh TVB Hong Kong dan Astro Malaysia. Baru-baru ini, dalam satu program berita di Astro Wah Lai Toi, suatu bentuk pengangkutan pintar baharu membuat kemunculan pertamanya; ia digelar ekasikal elektrik mengimbang sendiri Airwheel.
http://www.airwheel.net/skateboard/skateboard_Q1_outdoor_006.jpg
Pengedar Airwheel Malaysia memperkenalkan kepada para wartawan tentang pengendalian dan ciri-ciri ekasikal elektrik mengimbang sendiri Airwheel, menunjukkan kaedah menunggang dan kawalan – kemudian menjemput salah seorang kakitangan di lokasi itu untuk menunggangnya.
Orang ramai kagum dan ingin tahu tentang skuter pintar terkini di jalanan Malaysia. Dengan pelbagai rekaan luaran dan warna, skuter elektrik mengimbang sendiri Airwheel menarik ramai orang dewasa dan kanak-kanak untuk menunggangnya. Q-model yang beroda kembar khususnya begitu popular kerana ia mudah diimbangkan; anda hanya perlu mengawalnya dengan pergerakan badan anda.
http://www.airwheel.net/skateboard/skateboard_Q1_outdoor_007.jpg
Dalam program berita itu, pelbagai barisan produk Airwheel dirangkumi, seperti X-series, Q-series dan S-series. X-series menampilkan reka bentuk khas Airwheel dan memberikan penunggang dengan pengalaman yang lincah; Q-series memberikan kestabilan hebat, memudahkannya dipelajari; S-series merupakan skuter pintar mengimbang sendiri dengan pengalaman tunggangan yang selesa.
http://www.airwheel.net/skateboard/skateboard_S3_outdoor_008.jpg
Pelancaran program tersebut mencetuskan kesan yang tidak dijangka. Ramai penonton menelefon Astro Wah Lai Toi untuk bertanya tentang skuter elektrik mengimbang sendiri itu. Nampaknya ribut penuh keghairahan bakal melanda Malaysia. Untuk maklumat lanjut, sila lawati http://www.airwheel.net.