omniture

HLA Memberi Penghormatan kepada Penerima Pengiktirafan Million Dollar Round Table

Hong Leong Assurance
2015-03-10 09:00 436

KUALA LUMPUR, 10 Mac 2015 /PRNewswire/ -- Hong Leong Assurance (HLA), syarikat insurans hayat paling pantas berkembang di negara ini, dengan bangganya menganjurkan acara istimewa untuk meraikan penerima pengiktirafan Million Dollar Round Table (MDRT) 2015.

Sejarah baharu tercipta untuk HLA dengan tiga (3) Top of the Table (TOT) dan lima (5) Court of the Table (COT). TOT dianugerahkan kepada ejen yang telah 6 kali memenuhi syarat penghasilan asas MDRT, manakala COT diberikan kepada ejen yang telah 3 kali memenuhi syarat penghasilan asas MDRT. Sejumlah 119 ejen telah berjaya mencapai pengiktirafan MDRT.

Syarikat mengiktiraf penerima anugerah MDRT HLA semasa latihan-dan-sambutan MDRT selama 2-hari di The Haven, Ipoh. Pemimpin dan ahli agensi telah menghadiri acara ini, yang dianjurkan sebagai tanda penghargaan kepada penerima pengiktirafan MDRT serta meraikan pencapaian hebat mereka.

Tahun ini, terdapat sejumlah tiga 3 penerima TOT. May Lee Sue Wee bukan nama baharu yang menerima anugerah ini, kerana ini adalah kali ke-13 beliau layak menerima anugerah TOT di samping merupakan TOT Qualifying And Life Member. Terdahulu, beliau telah disahkan oleh MDRT USA dan Malaysia Book of Records sebagai yang pertama di Malaysia dan yang ke-4 di Asia Tenggara yang berjaya mencapai tahap TOT untuk 10 kali.

Di antara penerima anugerah TOT HLA, kelayakan tertinggi Premium Tahun Pertama (FYP) telah dicatatkan oleh Jessie Wong Siaw Puie, dengan jumlah premium melebihi RM5 juta dalam tempoh singkat 7 bulan sebagai ejen. Kelayakan kedua tertinggi FYP pula direkodkan oleh Pauline How Sze Wen yang telah 3 kali menerima anugerah MDRT dan 1 kali sebagai COT selain layak menerima TOT untuk tahun ini.

Terdapat sejumlah 5 orang penerima COT, iaitu Eileen Looi Siew Lan, Cruz Wong Chung Hua, Julia Hung Siew Lim, Asroma binti Mat Ali, dan Arianna Tan Su Vui. Ejen-ejen ini telah mencatatkan rekod yang membanggakan dalam industri melalui pencapaian hebat mereka bersama HLA dengan FYP yang mengagumkan.

Semasa majlis anugerah, Loh Guat Lan, Group Managing Director dan Chief Executive Officer HLA berkata, "Tahniah kepada semua penerima anugerah pencapaian MDRT! Kami amat berbangga kerana ejen-ejen kami telah mendapat pengiktirafan antarabangsa. Ketekunan, kerajinan, dan keazaman mereka telah berjaya membawa mereka ke pentas pengiktirafan antarabangsa ini. Pencapaian ini mewakili tahap kecemerlangan tertinggi di kalangan profesional industri yang berpegang teguh kepada kepercayaan untuk memberi perkhidmatan kewangan terbaik kepada pelanggan mereka."

"Untuk memupuk budaya profesionalisme dan membina teras kecekapan yang tinggi di kalangan ejen-ejen kita, kami telah menyediakan latihan terperinci yang sentiasa ditambahbaik agar dapat membantu mereka membina asas yang kukuh dalam perniagaan ini. Melalui program pembangunan peribadi kita, kami yakin dan percaya bahawa semua ejen kita telah dilengkapi dengan kemahiran yang tinggi untuk menjadi pemimpin masa depan."

"Semangat kita untuk mencapai kejayaan dalam diri telah terbukti sejak sekian lama, di mana kita memiliki salah satu tenaga agensi terbesar di negara ini dengan lebih 11,000 ejen aktif. Kita adalah peneraju penginsurans tempatan di Malaysia, dengan jumlah premium kasar sebanyak RM2.3 bilion untuk tahun kewangan 2013/2014," tambah beliau.

Mengenai Hong Leong Assurance Berhad

Hong Leong Assurance Berhad (HLA) adalah salah satu syarikat insurans terbesar di Malaysia. Ia adalah syarikat terkemuka dan jenama Malaysia yang dihormati yang menawarkan penyelesaian perancangan kewangan dan perlindungan untuk memenuhi pelbagai keperluan rakyat Malaysia di setiap peringkat kehidupan yang berlainan. Komitmen kepada pelanggan adalah kunci kejayaan HLA, di mana perkhidmatan disediakan melalui rangkaian luas cawangan, ejen dan broker di seluruh negara serta Bankasurans dan saluran pengedaran alternatif. 

HLA adalah salah satu peneraju jenama tempatan Malaysia untuk penyelesaian perancangan kewangan dan perlindungan, khususnya dalam produk dan perkhidmatan insurans hayat.

www.hla.com.my 

 

                                                                                          

 

Source: Hong Leong Assurance
Related Links:
Keywords: Banking/Financial Service Insurance