GHENT, Belgium, 10 Mac 2015 /PRNewswire/ -- Museum Dr. Guislain di Ghent, Belgium, dan Janssen Research & Development, LLC ("Janssen") mengumumkan hari ini mereka sedang mencari pencalonan untuk Anugerah "Memutuskan Rantaian Stigma" Dr. Guislain tahunan kali keempat. Anugerah tersebut mengiktiraf individu, projek atau organisasi yang telah membuat sumbangan luar biasa untuk mengurangkan stigma yang dikaitkan dengan penyakit mental.
Pencalonan daripada orang ramai dan organisasi di seluruh dunia boleh dihantar di http://www.drguislainaward.org, dan akan diterima sehingga 31 Mac 2015. Hadiah $50,000 akan dianugerahkan kepada individu atau kumpulan yang menerima anugerah yang harus digunakan untuk meneruskan usaha dalam mengurangkan stigma di kalangan masyarakat tentang penyakit mental.
Individu, projek atau organisasi yang berjaya akan ditentukan oleh jawatankuasa pemilihan bebas yang terdiri daripada penasihat antarabangsa dan pihak berkuasa tersohor dalam bidang kesihatan mental, serta diberi penghormatan dalam sebuah majlis pada 8 Oktober 2015 di Ghent, Belgium.
Museum Dr. Guislain dan Janssen menaja bersama anugerah itu, dengan pembiayaan diberikan oleh Janssen. Kedua-dua organisasi tersebut mempunyai sejarah yang kaya dan pelibatan jangka panjang dalam bidang penyelidikan, rawatan dan pendidikan penyakit mental.
Latar Belakang Anugerah "Memutuskan Rantaian Stigma" Dr. Guislain
Individu, organisasi atau projek dari seluruh dunia yang telah memberikan sumbangan luar biasa dalam menangani, atau menggalakkan kesedaran tentang, penjagaan kesihatan mental layak menerima Anugerah "Memutuskan Rantaian Stigma" Dr. Guislain. Anugera tersebut diberikan kepada individu, organisasi atau projek yang:
Gambar - http://photos.prnewswire.com/prnh/20150310/732861-a
Gambar - http://photos.prnewswire.com/prnh/20150310/732861-b