omniture

RS Components Meterai Perjanjian Pengedaran Global dengan FCI Electronics

RS Components
2012-09-19 10:00 233

SINGAPURA, 19 Sept. 2012 /PRNewswire-AsiaNet/ --

Perjanjian rasmi memperkukuh usaha sama; menyediakan asas untuk peluasan barisan produk FCI kepada para pelanggan RS di seluruh dunia.

RS Components ( http://uk.rs-online.com/web/ )(RS), jenama dagangan bagi Electrocomponents plc ( http://www.electrocomponents.com/ )(LSE:ECM), pengedar khidmat pengedaran produk elektronik dan penyelenggaran utama di dunia, telah menandatangani perjanjian pengedaran global dengan FCI Electronics Division, pembekal utama sistem penyambung dan antara sambungan. Mengikut terma perjanjian, RS akan mewakili FCI sebagai rakan saluran yang sah, menydiakan para pelanggan di seluruh dunia dengan akses kepada barisan paling menyeluruh komponen daripada barisan produk FCI Electronics Division.

(Logo: http://www.prnasia.com/sa/2011/05/04/20110504368830.jpg )

Pelantikan rasmi RS sebagai rakan pengedaran FCI Electronics yang diluluskan untuk seluruh dunia, dilakukan susulan kerjasama strategik antara kedua-dua syarikat di maa RS menyumbang dengan ketara terhadap pertumbuhan jualan barisan penyambung FCI. Sebagai perakuan kepada kejayaan ini, RS memperoleh anugerah FCI Electronics ke atas "Prestasi Luar Biasa dalam Pengagihan Perkhidmatan Tahap Tinggi di Eropah' selama dua tahun berturut-turut pada 2010 dan 2011.

Memandangkan kedua-dua syarikat memulakan usaha sama, RS sudah menggandakan iventori FCInya dan kini mempunyai stok lebih daripada 1,600 bahagian, meliputi pelbagai teras, yang termasuk Basics+(R); barisan penyambung standard untuk papan ke papan dan aplikasi papan ke kabel/wayar. Barisan stok RS juga mempunyai ciri pengenalan baharu daripada FCI seperti subpenyambung D berdensiti tinggi, dan permukaan mendatar Minitek(R) pada jarak 2.00mm papan ke papan dan portfolio produk papan ke wayar.

Michael Clarner, Pengurus Akaun Utama Pengedaran EMEA, FCI, berkata, "Perjanjian ini merasmikan kejayaan usaha sama kami dengan RS dan menyediakan asas untuk meningkatkan lagi jualan produk kami di seluruh dunia. Menerusi rekod yang baik dalam kualiti perkhidmatan, dan inisiatif berterusannya untuk meningkatkan pengalaman cari dan beli pelanggan, RS merupakan rakan pengedaran RS yang idea; dalam membantu memacu pertumbuhan syarikat ke tahap yang paling tinggi dalam industri."

"Perjanjian ini memperkukuh hubungan kami dengan FCI, dan mewujudkan asas yang kukuh yang merangsang penawaran FCI," kata Chris Page, Pengarah Tawaran Global, RS. "Pilihan pengguna merupakan teras strategi kami dan dengan bekerja bersama-sama dengan rakan usaha sama yang merupakan pembekal utama seperti FCI akan memastikan kami memperoleh pilihan produk yang terbaik dalam pasaran menerusi sumber tunggal."

Maklumat mengenai RS Components

RS Components dan Allied Electronics ialah jenama dagangan bagi Electrocomponents plc, pengedar perkhidmatan tinggi utama di dunia produk elektronik dan penyelenggaraan. Menerusi operasi di 32 buah negara, kami menawarkan lebih daripada 32 negara, kami menawarkan lebih daripada 550,000 produk menerusi internet, katalog dan di kaunter dagangan kepada lebih daripada satu juta pelanggan, mengeksport lebih dripada 46,000 bungkusan pada hari yang sama tempahan diterima. Produk kami, yang sumbernya diperoleh daripada 2,500 pembekal utama, termasuk elektronik, automasi dan kawalan, ujian dan pengukuran, komponen elektrik dan mekanikal.

Electrocomponents disenarai di Bursa Saham London dan pada tahun kewangan berakhir 31 Mac 2012 mencatat perolehan sebanyak GBP1.27bn.

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web di www.rs-components.com.

Untuk maklumat lanjut. sila ke hubungan ini :

Twitter: @RSElectronics; @alliedelec; @designsparkRS
Tweet: RS Components
Hashtags: #ecommerce #electronics

RS Components di Linkedin
http://www.linkedin.com/company/rs-components

Electrocomponents plc
www.electrocomponents.com

RS Components
www.rs-components.com

Hubungan Editorial :

RS Components
Tan Soo Chun
Pengurus Perhubungan Pelanggan - Asia Pasifik
Emel : soochun.tan@rs-components.com
Tel: +65-6391-5745  

The Hoffman Agency
Rasheed Abu Bakar
Eksekutif Kanan Akaun
Emel : rscomponentsteam@hoffman.com
Tel: +65-6361-0250

SUMBER RS Components

Source: RS Components
Related Stocks:
LSE:ECM OTC:EENEY
Keywords: Computer/Electronics Consumer Electronics Electronic Components Joint ventures