CYBERJAYA, Malaysia10 Mac 2015 /PRNewswire/ -- Pameran Hartanah Premier Cyberjaya 2015 (CPPS 2015) akan kembali buat tahun ke-empat di Cyberview Resort & Spa pada 14 Mac (Sabtu) dan 15 Mac 2015 (Ahad) bermula dari pukul 10 pagi -6 petang.
Acara dua hari ini merupakan pameran hartanah yang sangat dinanti-nantikan dan telah menjadi program tahunan. Pameran ini akan dianjurkan bersama oleh 6 pemaju-pemaju hartanah yang telah bertapak sekian lama dan juga telah meraih 20 anugerah hartanah FIABCI. Pemaju-pemaju yang akan mengambil bahagian ialah Setia Haruman, SP Setia, MCT Consortium Berhad, UEM Sunrise Berhad, Paramount Property dan Areca Holdings Sdn. Bhd.
"Kami di sini adalah untuk berkongsi ketersediaan pembangunan dan kemudahan di Cyberjaya, lebih-lebih lagi tahun hadapan, apabila kebanyakan pembangunan akan siap sepenuhnya; lebih ramai penduduk berpindah masuk, peluang perniagaan akan terbuka luas dan bertambah maju.
Kejayaan Pameran Hartanah Premier Cyberjaya sebelum ini telah membuktikan terdapat peningkatan ketara dalam permintaan daripada pembeli yang ingin tinggal di lokasi eksklusif ini. Saban tahun, bermula pada tahun 2011, kami telah memaklumkan kepada pihak media dan orang ramai tentang perkembangan serta pembangunan terkini di Cyberjaya.
Pelbagai pembangunan di Cyberjaya dibina dengan konsep-konsep dan tema berbeza oleh pemaju-pemaju yang telah memenangi pelbagai anugerah, mereka membawa idea baharu dalam rekaan serta inovasi kepada pembangunan di sini. Kami benar-benar yakin bahawa pengunjung akan dapat menemui padanan terbaik bersesuaian dengan gaya hidup atau keperluan pelaburan mereka. Mereka juga akan dapat merebut tawaran terbaik dari pelbagai unit kediaman atau unit komersial yang dipamerkan sepanjang pameran dua hari ini nanti.
Ia juga merupakan platform unik bagi pemaju-pemaju terkemuka ini untuk bekerjasama dalam menaikkan Cyberjaya sebagai lokasi hartanah premium," kata En. Lao Chok Keang, Pengarah Eksekutif Setia Haruman Sdn Bhd.
Diketuai oleh Setia Haruman selaku Pemaju Utama Cyberjaya, Pameran Hartanah Premier Cyberjaya 2015 akan terus memenuhi permintaan yang semakin meningkat daripada para pembeli rumah dan pelabur hartanah berbekalkan koleksi hartanah yang elegan, kontemporari dan berbaloi untuk setiap pelaburan mereka. Selain itu, Cyberjaya terus muncul sebagai bandar pintar yang menawarkan pengalaman menyeluruh atau holistik untuk semua, ditambah pula dengan adanya elemen riadah dan hiburan yang tentunya akan lebih menyeronokkan.
Para pengunjung pameran tahun ini akan turut berpeluang mengikuti siri ceramah eksklusif oleh penceramah jemputan tentang topik-topik berkaitan hartanah, yang akan memberikan pengetahuan bernilai tentang pembangunan dan perkembangan terkini di Cyberjaya secara khusus serta industri hartanah secara amnya.
Laman sesawang: http://icyberjaya.com