omniture

Precision Aviation Group, Inc. Lancarkan Laman Sesawang Dijenamakan Semula

Precision Aviation Group, Inc.
2015-03-10 22:30 94

ATLANTA, 10 Mac 2015 /PRNewswire/ -- Precision Aviation Group, Inc. (PAG), penyedia utama bagi produk dan perkhidmatan bernilai tambah kepada industri aeroangkasa dan pertahanan dunia, mengumumkan hari ini syarikat itu telah melancarkan laman sesawang yang dijenamakan semula untuk kesemua syarikat PAG. "Laman sesawang baharu ini menjalankan fungsi yang lebih baik dalam menceritakan kisah PAG, dan membolehkan pelanggan kami memahami dengan lebih baik penawaran produk dan perkhidmatan meluas yang disediakan oleh PAG melalui pelbagai unit perniagaannya," kata Ketan Desai, Naib Presiden, Jualan & Pemasaran PAG. Semua laman sesawang baharu itu dapat dilihat dengan melayari www.precisionaviationgroup.com.

"Kami telah berada dalam perniagaan ini selama lebih 20 tahun dengan mendengar pendapat pelanggan kami dan membina perhubungan yang terperibadi," kata Desai. "Kami merupakan syarikat berpandangan tradisional dengan nilai-nilai teras, tetapi kami turut memahami kepentingan untuk sentiasa berinovasi dan menyesuaikan dengan cara baharu untuk menjalankan perniagaan. Kami memahami beribu-ribu pengendali telah menggunakan produk dan perkhidmatan kami selama ini, tetapi tidak menyedari kemampuan penuh kami – dan itu bakal berubah!"

Dibina dengan pengalaman pengguna sebagai penekanan utama, laman-laman sesawang tersebut telah direka menggunakan teknologi terkini untuk memastikan kesesuaian dengan pelayar masa kini dan peranti mudah alih. Selain itu, laman sesawang tersebut membolehkan pelanggan mencari syarikat PAG yang terhampir dengan pangkalan operasi mereka, memberikan pengendali akses "masa nyata" kepada inventori item PAG sebanyak 75,000 baris, kemampuan MRO dalaman dan Perkhidmatan Pengedaran Rantaian Bekalan OEM. "PAG telah mengalami pertumbuhan pesat dalam beberapa tahun kebelakangan ini – secara organik dan melalui pengambilalihan yang mengembangkan produk dan perkhidmatan yang kami sediakan untuk pelanggan kami," kata Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif  PAG David Mast. " Semua laman sesawang tersebut mempunyai rupa yang tekal, fungsi yang dipertingkat dan pautan kepada syarikat lain dalam keluarga syarikat PAG."

"Pelanggan kami berada di seluruh dunia. Adalah penting bagi PAG memiliki laman sesawang yang bukan sahaja mencerminkan capaian global kami, tetapi juga memberikan pelanggan kami akses kepada maklumat tanpa mengira masa dan tempat. Segala yang kami lakukan di PAG tertumpu kepada mempertingkat pengalaman pelanggan termasuk laman sesawang kami," kata Desai.

Logo - http://photos.prnewswire.com/prnh/20140730/131516

Latar Belakang Precision Aviation Group (PAG)
Precision Aviation Group (PAG) merupakan penyedia utama produk dan perkhidmatan bernilai tambah kepada industri aeroangkasa dan pertahanan dunia. Dengan sembilan lokasi dan lebih 235,000 kaki persegi kemudahan jualan dan perkhidmatan di Amerika Syarikat, Kanada dan Australia, PAG menggunakan unit perniagaan tersendiri dan model perniagaan berfokus pelanggan untuk memberi perkhidmatan kepada pelanggan penerbangan melalui dua fungsi perniagaan – Rantaian Bekalan Penerbangan – dan perkhidmatan Penyelenggaraan, Pembaikan dan Pemulihan Disokong Inventori (ISMRO®) bertanda niaganya.

PAG menyediakan MRO dan Penyelesaian Rantaian Bekalan untuk pesawat Bersayap Tetap dan Berputar melalui: Precision Heliparts - PHP (www.heliparts.com); Precision Aviation Services - PAS (www.precisionaviationservices.com); Precision Accessories & Instruments - PAI (www.precisionaccessories.com); Precision Heliparts Canada – PHP-C (www.heliparts.ca); Precision Accessories & Instruments Canada – PAI-C (www.precisionaccessories.ca); PHP-Instruments & Accessories – PHP-IA (www.heliparts.la); Precision Aero Technology –PAT (www.precisionaerotechnology.com), Precision Heliparts - Australia - PHP-AU (www.precisionheliparts.com.au), Precision Accessories & Instruments – Australia (PAI-AU) (www.precisionaccessories.com.au) dan Aviation Controls, Inc. – ACI (www.aviationcontrolsinc.com). Anak-anak syarikat PAG mempunyai kemampuan MRO bagi lebih 35,000 produk, termasuk aksesori, avionik, komponen enjin, hidraulik, radas, NDT, pemula/penjana, dan roda/brek (www.precisionaviationgroup.com).

 

 

Source: Precision Aviation Group, Inc.
Keywords: Aerospace/Defense New products/services