BEIJING dan SHENZEN, China, 11 Mac 2015 /PRNewswire/ -- Ekspo Teknologi Maklumat China (CITE) ketiga dijangka meniupkan nafas baharu kepada pembangunan produk digital pada 9 April, apabila penganjur menaikkan tirai untuk pertunjukan elektronik pengguna yang paling besar dan komprehensif di Asia.
Gambar - http://photos.prnewswire.com/prnh/20150309/180283
Pameran elektronik itu, yang akan diadakan di Pusat Konvensyen & Pameran Shenzhen mulai 9-11 April, dijangka menarik 1,500 pempamer dan 100,000 pengunjung yang akan dapat mengalami teknologi digital terkini dan kepintaran dipertingkat yang akan merevolusikan kehidupan harian mereka.
Menerusi tema "Menerokai impian IT, Berkongsi Masa Digital", pertunjukan dagangan tahunan itu, dianjurkan oleh Kementerian Industri dan Teknologi Maklumat serta kerajaan perbandaran Shenzhen, akan mewujudkan platform kebangsaan unik bagi industri IT sementara pempamer dan pengunjung mendapat akses kepada pembuat dasar utama, bertukar-tukar maklumat penting tentang cara membangunkan teknologi dan produk mereka serta menerokai peluang perniagaan bernilai.
Pameran tersebut akan merangkumi ruang lantai keseluruhan melebihi 100,000 meter persegi dengan pemimpin industri seperti Changhong, Alibaba, SAP dan SPREADTRUM yang benar-benar ingin menghadiri acara yang dikenali sebagai pameran dagangan IT dan elektronik pengguna bertaraf dunia. Ia berfungsi sebagai gerbang untuk syarikat luar mengakses pasaran China yang besar yang mana 1.3 bilion pengguna telefon mudah alih dan 875 juta pengguna internet mudah alih mengalu-alukan era digital seiring dengan perkembangan pesat teknologi mudah alih serta cara imaginatif untuk menggunakan teknologi ini dalam mempertingkat taraf kehidupan.
Beribu-ribu teknologi dan produk terkini akan ditampilkan buat kali pertama pada acara itu sementara lebih 30 forum/seminar akan dianjurkan sepanjang tiga hari.
Antara yang menarik sepanjang pertunjukan itu termasuk:
Pertunjukan itu telah menarik lebih 200 pempamer luar negara (15% daripada jumlah keseluruhan), yang ingin menunjukkan teknologi maju mereka ketika mereka bersaing untuk mendapatkan bahagian lebih besar dalam pasaran teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) paling dinamik di dunia.
Ia juga akan memberikan satu gambaran tentang ekosistem teknologi masa akan datang, memberi inspirasi kepada para usahawan, jurutera, dan pengunjung untuk terus menerokai inovasi serta trend.