omniture

Nikmati Musim Bunga Tanpa Jemu dengan Hokuriku Shinkansen Baharu, Bakal Diperkenalkan pada 14 Mac

JR East Railway Company
2015-03-11 10:00 413

TOKYO, 11 Mac 2015 /PRNewswire/ -- Berita paling mengujakan pada bulan Mac di Jepun adalah pelancaran Hokuriku Shinkansen baharu. Dengan Hokuriku Shinkansen, perjalanan dari Tokyo ke Kanazawa, juga dikenali sebagai Tokyo Kecil, akan mengambil masa 2 jam 28 minit sahaja. Tambahan lagi, akses ke kawasan utara Nagano dan Niigata akan dipertingkatkan. Di Tokyo, masa yang terbaik untuk melihat bunga sakura adalah pada sekitar penghujung bulan Mac hingga awal bulan April. Namun begitu dengan melawat lebih jauh ke utara dengan Hokuriku Shinkansen, anda masih boleh menikmati bunga-bunga indah itu semasa Perayaan Minggu Emas pada bulan Mei.

Cherry blossoms of Hirosaki Park in full bloom
Cherry blossoms of Hirosaki Park in full bloom

JR East Railway Company bakal mempamer semasa Pesta MATTA Kuala Lumpur 2015 mulai Jumaat, 13 Mac sehingga Ahad, 15 Mac. Terdapat banyak idea percutian serta perancangan pelancongan yang menggunakan Hokuriku Shinkansen. Sila singgah untuk melihat pelbagai tawaran kami.

Destinasi Musim Bunga yang Disarankan Menggunakan Shinkansen

1. Kuil Zenkoji

Dengan menaiki Hokuriku Shinkansen, perjalanan dari Tokyo ke Stesen JR Nagano hanya mengambil masa kira-kira sejam setengah sahaja. Tempat yang wajib dilawati ialah Kuil Zenkoji dengan sejarah selama lebih 1,300 tahun. Ramai orang Jepun melawat tempat ini setiap tahun. Balai utamanya yang setinggi 27 meter dengan laluan masuk sepanjang 24 meter yang mengagumkan adalah salah satu struktur kayu paling terkenal di Jepun. Tahun ini adalah tahun istimewa kerana patung Buddha yang biasanya diselindungi akan dibuka, dan ini dibuat hanya sekali setiap tujuh tahun. Oleh itu, lebih ramai akan mengunjungi tempat itu berbanding masa biasa. Di Kuil Zenkoji, terdapat kira-kira 650 pokok bunga sakura yang ditanam di sepanjang bukit di sana. Kedudukannya tinggi, jadi anda boleh melihat seluruh bandar Nagano selain pokok bunga sakura di sana. Melihat pemandangan pokok bunga sakura yang dilimpahi cahaya pada waktu malam juga sangat digalakkan kerana anda boleh melihat juga bandar Nagano di sebalik barisan pokok itu. Bunga di sana mekar lebih lambat berbanding di Tokyo dan boleh dinikmati sehingga penghujung April.

Lebih-lebih lagi, satu acara istimewa yang dikenali sebagai Galeri Bunga Zenkoji akan diadakan di pintu masuk Zenkoji mulai Sabtu, 2 Mei sehingga Selasa 5 Mei. Jalan di sana akan berubah menjadi Kanvas Bunga, yang mana gambar-gambar dilukis oleh ramai pengunjung di sana. Kedua-dua bahagian jalan juga padat dengan taman mini. Anda tentu akan menikmati musim bunga di Jepun dengan dikelilingi oleh bunga-bungaan yang berwarna-warni dan ceria.

Dengan menggunakan Shinkansen, perjalanan balik hari boleh dibuat antara Nagano dan Tokyo. Namun begitu, anda sangat disarankan untuk bermalam semalaman bagi menikmati bunga sakura dan pemandangan malam di sana. Dengan kedudukannya di sebelah Stesen Nagano, Hotel Metropolitan Nagano adalah sangat menyenangkan. Anda mudah pergi ke sana dari stesen kereta api, menyimpan bagasi, atau mendaftar keluar apabila mahu pulang ke Tokyo.

2. Bunga sakura di Kawasan Tohoku

Jika anda mahu pergi pada tarikh kemudian, anda mesti pergi ke kawasan yang lebih jauh ke utara dengan menaiki Tohoku Shinkansen. Tempat yang kami paling sarankan adalah Taman Hirosaki yang terletak kira-kira sejam perjalanan dari Stesen JR Shin-Aomori dengan menaiki bas. Sebenarnya, inilah tempat bunga sakura yang paling popular di Tohoku yang mana musim bunga tiba lebih lambat berbanding tempat lain di Jepun. Mereka percaya Taman Hirosaki adalah tempat bunga sakura terbaik di seluruh Jepun kerana terdapat 2,600 pokok bunga sakura daripada 25 spesies berbeza. Festival Bunga Sakura Hirosaki dijadualkan akan berlangsung sehingga 6 Mei. Bunga-bunganya disinari cahaya pada waktu malam di sekeliling Istana Hirosaki dan pemandangannya adalah sangat mempesonakan. Pemandangan itulah yang menjadikan perjalanan ke sana berbaloi.

Tenshochi di Taman Perbandaran Kitakami berhampiran Stesen JR Kitakami di Wilayah Iwate merupakan satu lagi kawasan bunga sakura di Tohoku yang boleh dinikmati sehingga penghujung bulan April. Pokok bunga sakura ditanam di kedua-dua bahagian tebing sungai lalu menukarkan laluan itu menjadi terowong bunga sakura sepanjang 2 kilometer. Feri sungai dijadualkan sepanjang musim bunga sakura (15 April-15 Mei). Bunga-bunga di sana disinari cahaya pada waktu malam bagi membolehkan orang ramai menikmati pemandangan indah itu sehingga lewat malam. Bagi mereka yang ingin bermalam di sana, Hotel Mets Kitakami adalah sangat menyenangkan kerana ia terletak bersebelahan Stesen JR Kitakami. Hotel Metropolitan Morioka disarankan bagi mereka yang ingin mengunjungi Akita atau Aomori selepas melawat Tenshochi.

Suai khusus percutian anda dengan Shinkansen dan nikmati bunga sakura Jepun yang indah.

Sila lihat juga butiran maklumat kami tentang kereta api laju lain di Jepun yang pergi ke destinasi bunga sakura terkenal.

Gambar - http://photos.prnasia.com/prnh/20150309/8521501473

SUMBER: JR East Railway Company

Source: JR East Railway Company
Keywords: Amusement Parks and Tourist Attractions Travel