omniture

Pepsi® Challenge™: Epik. Muzik. Sukan. Teknologi. Rekaan. Matlamat.

PepsiCo
2015-03-11 16:00 132

- Seruan Tindakan Pengguna yang Paling Bercita-cita Tinggi untuk Pepsi Melibatkan Bintang Terkenal Dunia, Teknologi Baharu dan Rakan Kongsi yang Berkuasa dalam Pengalaman Hebat yang Direka untuk Melancarkan Gerakan Sedunia dan Merangsang Generasi untuk "Nikmati Kehidupan Sekarang"

PURCHASE, New York, 11 Mac 2015 /PRNewswire/ -- Sahut #PepsiChallenge dan lakukan sesuatu di luar kebiasaan anda.

Alami Siaran Berita Multimedia interaktif di sini: http://www.multivu.com/players/English/7465451-2015-pepsi-challenge/

Bermula hari ini hingga sepanjang 2015, ini bakal menjadi tanda penting Pepsi® Challenge™ sambil Pepsi melancarkan inisiatif dipandu sosial, dipacu bahan yang terbesar setakat ini dengan pelbagai cabaran sedunia dan tempatan yang direka bagi merangsang pengguna seluruh dunia untuk bagi melawan kebiasaan, membuatkan setiap saat – tidak kira besar atau kecil – epik, dan benar-benar "Menikmati Kehidupan Sekarang". Dikeluarkan melalui saluran sosial serta digital Pepsi dan juga melalui duta yang terkenal seluruh dunia, #PepsiChallenge akan menggalakkan pengguna menyahut cabaran berbeza bagi pengalaman hidup serta ganjaran hebat.

Didorong oleh pendirian budaya yang telah menjadi tanda pengenalannya, Pepsi Challenge tahun 2015 yang dipandu bahan dan dipacu sosial ini bakal membawakan filem lain daripada yang lain, acara muzik sekali seumur hidup, pengalaman sukan unik, serta gerakan global yang bakal menyemarakkan keseluruhan komuniti.

"Pepsi Challenge merupakan bahagian ikonik ekuiti jenama kami dan dalam banyak cara, ia menyerlahkan sikap serta semangat kami yang suka menyahut cabaran", kata Kristin Patrick, Naib Presiden Kanan dan Ketua Pegawai Pemasaran, PepsiCo Global Beverage Brands. "Apabila kami bercakap kepada pengguna di seluruh dunia tentang cabaran yang memberi makna kepada mereka pada masa kini, mereka dengan penuh keyakinan berkata, ia melibatkan melawan kebiasaan dan berani untuk melakukan sesuatu yang berbeza. Kami menggunakan sentimen itu sebagai ilham kami untuk mengembangkan lagi menjangkau rasa dan membayangkan semula Pepsi Challenge untuk generasi baharu, lalu menghasilkan adunan pengalaman, acara, komuniti, dan sokongan sosial yang luar biasa, direka bagi mencetuskan cara pemikiran yang mencabar keadaan semasa, para peminat kami, serta kami sendiri."

Pepsi Challenge 2015

Cabaran global akan diperkenalkan merentasi bidang budaya popular yang sangat digemari pengguna – teknologi, muzik, sukan, serta rekaan – dan semuanya boleh diakses dengan melayari www.PepsiChallenge.com dan saluran sosial Pepsi seluruh dunia. Antara cabaran sedunianya adalah:

  • Teknologi: Kolaborasi jenama sulung yang tidak pernah dilihat sebelum ini bersama UrtheCast, yang menyediakan kamera video Berdefinisi Ultra Tinggi, berwarna sepenuhnya yang pertama di dunia dalam angkasa. Dengan rakaman luar biasa yang diambil oleh kamera video HD UrtheCast serta kamera beresolusi sederhana di atas Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS), Pepsi bakal mencabar kebiasaan penerbitan langsung dengan pengembaraan angkasa epik yang pertama seumpamanya yang dirakam dari angkasa.
  • Muzik: Pengalaman yang tidak boleh dilepaskan semasa di Rock In Rio Brazil, festival muzik terbesar di dunia yang mana, selama 30 tahun, ia telah menampilkan koleksi penghibur yang tiada tandingannya dalam satu tempat.
  • Sukan: Koleksi acara serta pengalaman sukan global lain daripada yang lain, dipacu oleh antara wira sukan yang paling dipuja di seluruh dunia.
  • Rekaan: Peluang luar biasa untuk peminat bagi membayangkan semula rupa muka hadapan tin Pepsi dengan rekaan dan sentuhan kreatif mereka sendiri.

Cabaran global akan diperluaskan lagi dengan cabaran yang relevan dalam sesuatu tempat yang direka bagi mengabadikan inti pati asli pasaran mereka. Contoh dari seluruh dunia termasuklah kempen tiga bulan "Crash the Pepsi IPL", yang mencabar pengguna di India untuk mencipta dan menghantar iklan Pepsi mereka sendiri agar berpeluang untuk disiarkan sewaktu Kejohanan Liga Perdana India semasa musim IPL Pepsi 2015; cabaran tertumpu makanan tempatan di Thailand; dan cabaran muzik musim panas Amerika Latin yang seiring dengan La Gira Refrescante.

Duta Pepsi Challenge

Setiap cabaran global akan dipimpin oleh seorang duta Pepsi global. Dipilih atas kemampuan mereka untuk melangkaui sempadan dan kebiasaan cabaran, duta global ini termasuklah:

  • Penghibur yang memenangi lapan anugerah Grammy dengan lebih 65 juta rekod terjual seluruh dunia, Usher
  • Juara 19 kali kejohanan tenis Grand Slam dan pemain tenis wanita terhebat yang tiada tandingannya sepanjang zaman, Serena Williams
  • Bintang bola sepak yang semakin menyinar dan membuat kejutan di dunia pada tahun 2014, pemain Colombia dan Real Madrid, James Rodriguez.
  •  "Lelaki Terpantas di Dunia" dan pemenang enam pingat emas Olimpik, Usain Bolt
  • Pereka fesyen terkemuka seluruh dunia, pengarah kreatif, dan editor fesyen yang terkenal dengan kolaborasi bersama Diesel, Uniqlo, dan Lady Gaga, Nicola Formichetti
  • Penglipur lara mudah alih serta fenomena media sosial antarabangsa dengan akaun Snapchat yang paling ramai pengikut di dunia, Jerome Jarre

"Seumur hidup saya, saya memasang niat untuk menjalani setiap hari dengan matlamat, dan sebagai seniman, sangat penting untuk saya mengambil risiko serta mengikuti cita-cita," kata Usher. "Memang hebat dapat bekerjasama dengan Pepsi bagi menggalakkan orang ramai seluruh dunia menikmati kehidupan mereka sepenuhnya dan mengalami sesuatu yang mungkin tidak pernah mereka bayangkan sebelum ini."

Mencabar Kegelapan 

Menguatkan dan menyatukan semua serta setiap #PepsiChallenge adalah cara untuk orang ramai seluruh dunia menghasilkan impak. Melalui kerjasama dengan organisasi Liter of Light, Pepsi bakal menyediakan penyelesaian pencahayaan suria yang menjimatkan kos kepada organisasi yang memerlukannya sambil mengitar semula botol plastik. Sehingga kini, Liter of Light telah menyediakan penyelesaian pencahayaan mampan ekologi secara percuma kepada lebih 18 buah negara termasuk Brazil, India, Kenya, Colombia, Indonesia, Mexico, Mesir, Pakistan dan Filipina. Melalui perluasan perkongsian sedia ada bersama PepsiCo, setiap kali pengguna seluruh dunia menggunakan kata kunci #PepsiChallenge dalam profil Instagram, Facebook, Twitter atau YouTube umum, Pepsi akan menderma $1 kepada Liter of Light bagi membantu membawakan cahaya kepada penduduk seluruh dunia yang paling memerlukannya.

Program Pepsi Challenge sedunia yang tersepadu 360 darjah ini akan turut melibatkan beberapa iklan televisyen global, bahan digital, program pelibatan pengguna, titik jualan, pembungkusan istimewa, impak di luar tempat kediaman, serta program digital dan juga sosial yang kuat. Para peminat boleh melibatkan diri dalam #PepsiChallenge dengan mengikuti Pepsi dalam Facebook, Twitter dan Instagram dalam negara mereka sendiri, serta melayari www.PepsiChallenge.com.

Latar Belakang PepsiCo

Produk PepsiCo dinikmati oleh pengguna satu bilion kali setiap hari dalam lebih 200 buah negara dan wilayah seluruh dunia. PepsiCo menjana hasil bersih sebanyak lebih $66 bilion pada tahun 2014, dipacu portfolio makanan dan minuman saling melengkapi termasuklah Frito-Lay, Gatorade, Pepsi-Cola, Quaker dan Tropicana. Portfolio produk PepsiCo termasuklah rangkaian luas makanan dan minuman lazat, termasuk 22 jenama yang menjana lebih $1 bilion setiap satu dalam anggaran jualan runcit tahunan. Pada teras PepsiCo adalah Prestasi dengan Matlamat – kami ingin menyediakan prestasi kewangan paras teratas sambil menghasilkan pertumbuhan yang mampan dalam nilai pemegang saham. Daripada segi amalan, Prestasi dengan Matlamat bermakna menyediakan pelbagai makanan dan minuman, daripada kudapan sehingga makanan berkhasiat; mencari cara inovatif untuk meminimumkan impak kami ke atas alam sekitar, dan mengurangkan kos pengendalian kami; menyediakan tempat kerja yang selamat serta melibatkan semua kakitangan kami seluruh dunia; dan menghormati, menyokong, dan juga melabur dalam komuniti tempatan tempat kami beroperasi. Untuk maklumat lanjut, lawati www.pepsico.com.

Source: PepsiCo
Keywords: Beverages Entertainment Food/Beverages Broadcast feed announcements New products/services