omniture

Hublot perkenal Big Bang Unico Full Magic Gold: Satu-satunya Jam Tangan Emas Kalis Calar di Dunia

Hublot
2015-03-11 20:39 107

- Ia merupakan jam tangan emas besar paling kalis calar yang pernah dicipta: Emas yang hanya dapat diubah oleh berlian

- Sempena meraikan Ulang Tahun ke-10 Big Bang yang ikonik, hari ini Hublot memperkenalkan, seminggu sebelum BaselWorld, Big Bang Unico Full Magic Gold.

NEW YORK, 11 Mac 2015 /PRNewswire/ --Ia merupakan gabungan sempurna penghormatan terhadap tradisi dan kreativiti abad ke-21. Penyatuan bahan revolusi – Magic Gold yang terkenal, yang merupakan satu-satunya emas kalis calar di dunia, disahkan sebagai 18K dan dibangunkan oleh Hublot – serta rekaan ikonik BIG BANG, dengan Manufacture Chrono: UNICO.

Gambar - http://photos.prnewswire.com/prnh/20150310/180773

Ricardo Guadalupe, Ketua Pegawai Eksekutif Hublot, mengumumkan: "Penggabungan bahan merupakan sebahagian DNA Hublot. Empat tahun lalu, Hublot menghasilkan Magic Gold, satu-satunya emas kalis calar di dunia. Sehingga kini, Hublot merupakan satu-satunya jenama yang menawarkan bahan ini, yang kekerasannya hampir 1,000 Vickers, lebih dua kali ganda emas 18 karat 'standard', yang hanya mencapai 400 Vickers."

Magic Gold merupakan bahan adi yang dilindungi paten, disahkan sebagai 18 karat oleh Jabatan Pusat bagi Kawalan Logam Berharga, dan dibangunkan oleh Hublot di Switzerland bersama EPFL (Institut Teknologi Persekutuan Switzerland) yang berprestij, beberapa bulan penalaan halus telah dilakukan dalam penghasilannya untuk memesinkan aloi terkenal itu.

Sejak November 2011, apabila Magic Gold diperkenalkan kepada media dunia, Hublot telah menyiapkan kelengkapan untuk menghasilkan bahan ini secara dalaman daripada mula hingga akhir hasil faundri berteknologi tingginya di Nyon Manufacture, yang menempatkan proses pensiteran seramik dan pengacuan logam bertekanan tinggi.

Seperti yang mungkin anda telah ketahui, bahan revolusi ini merupakan gabungan emas 24 karat (bahan adi tertinggi alam semula jadi) dan kepakaran bahan berteknologi tinggi terkini. Komponen yang diperbuat daripada bahan ini dihasilkan menggunakan proses kompleks: Serbuk boron karbida dibentuk terlebih dahulu dalam acuan yang menyerupai bentuk bahagian yang siap, dalam kes ini bezel jam tangan tersebut. Serbuk yang terhasil itu kemudian dikeraskan pada suhu amat tinggi, menghasilkan struktur yang keras dan poros. Selepas operasi ini, emas 24K yang digabungkan dengan 3% emas cecair lebur disuntik dalam tekanan amat tinggi dengan gas lengai pada suhu tinggi, membolehkan logam tersebut mengisi bahagian rongga seramik dan membentuk "gabungan" kedua-duanya untuk menghasilkan Magic Gold.

Hampir tiga tahun kolaborasi dan penyelidikan telah menyumbang kepada pencapaian hasil yang menakjubkan ini: sejenis emas yang baharu sepenuhnya, logam berharga yang hampir tidak dapat diubah yang mengekalkan ciri-cirinya sendiri. Jam tangan pertama yang diperbuat daripada Magic Gold ditampilkandi BaselWorld2012 dalam edisi amat terhad Big Bang Ferrari yang mencerminkan DNA yang dikongsi oleh kedua-dua jenama: Eksklusif, inovasi dan teknologi.

PAUTAN KEPADA IMEJ: http://bit.ly/1C3XPRN

www.hublot.com

Source: Hublot
Related Links:
Keywords: Household/Consumer/Cosmetics Jewelry Machine Tools, Metalworking and metallurgy Precious Metals New products/services