JACKSONVILLE, Florida, 11 Mac 2015 /PRNewswire/ -- APR Energy, pemimpin global bagi penyelesaian kuasa pantas, berbesar hati mengumumkan ia telah memulakan perluasan sebanyak 20 megawatt bagi loji kuasanya di Myanmar, memberikan Myanmar Electric Power Enterprise (MEPE) dengan penjanaan kuasa minimum terjamin sebanyak 102MW.
Gambar - http://photos.prnewswire.com/prnh/20150310/180882
Logo - http://photos.prnewswire.com/prnh/20120207/FL48583LOGO
Berpangkalan di Kyaukse, di rantau Mandalay, loji kuasa yang diperluas itu merupakan salah satu loji terma terbesar di Myanmar, menyediakan kuasa elektrik untuk lebih enam juta orang. Ia menampilkan modul kuasa gas mudah alih emisi rendah CAT generasi terkini dan menggunakan gas asli keluaran Myanmar yang berpembakaran bersih. Loji APR Energy telah beroperasi sejak Mei 2014.
Clive Turton, Pengarah Urusan Asia Pasifik di APR Energy, berkata: "Mengembangkan kontrak merupakan bahagian penting dalam strategi dan model perniagaan APR Energy, bersama kontrak baharu serta pembaharuan. Kapasiti yang dipertingkat di loji Myanmar kami menuruti perluasan kami di Indonesia yang diumumkan awal tahun ini, dan merupakan hasil daripada permintaan serantau yang meningkat serta tahap perkhidmatan tinggi yang kami sediakan. Kami berharap dapat terus memainkan peranan dalam membantu Myanmar membekalkan kuasa yang andal dan cekap kepada rakyat dan industrinya, menyokong pertumbuhan ekonomi serta menambah baik kualiti hidup keseluruhan."
Latar Belakang APR Energy
APR Energy merupakan pemimpin global bagi penyelesaian kuasa pantas dan berskala besar, memberikan pelanggan akses segera kepada kuasa elektrik yang andal di tempat dan waktu yang diperlukan. APR menggabungkan teknologi canggih dan cekap bahan bakar dengan kepakaran memimpin industri untuk menyediakan loji kuasa siap guna yang dapat dipasang dengan pantas, boleh disuaikan dan diskalakan. Memenuhi keperluan segmen utiliti dan industri, APR Energy menyediakan penyelesaian penjanaan kuasa kepada pelanggan dan masyarakat di seluruh dunia, dengan penekanan terhadap Afrika, benua Amerika, Asia-Pasifik dan Timur Tengah. Untuk maklumat lanjut, lawati laman sesawang Syarikat di www.aprenergy.com.