BEIJING, 12 Mac 2015 /PRNewswire/ -- Sesi ketiga Persidangan Perundingan Politik Jawatankuasa Kebangsaan Rakyat China (CPPCC) ke-12 telah dimulakan pada 3 Mac dan sesi ketiga Kongres Rakyat Kebangsaan (NPC) ke-12 telah bermula pada 5 Mac. Ahli-ahli berpengaruh masyarakat China diundang untuk memberikan nasihat dan cadangan, memandangkan ini merupakan tempat di mana dasar penting kerajaan dan program untuk kebajikan sosial China ditetapkan.
Ketika pelibatan China dalam hal ehwal dunia semakin mendalam, nasib 60 juta ahli komuniti luar negara China semakin terhubung dengan China dan jangkaan mereka semakin menarik perhatian. Seramai 38 ahli daripada komuniti ini di 27 buah negara menghadiri CPPCC tahun ini, antaranya Ketua Pegawai Eksekutif Perfect World En. Robert Xiao, yang cadangannya, "Untuk Membentuk Diplomasi Awam China dalam Era Baharu dengan Data Besar," telah menjadi topik perbincangan utama.
Perfect World telah bertahun-tahun komited terhadap pembangunan produk dan perkhidmatan hiburan dalam talian di seluruh dunia, serta berjaya mempromosikan produknya di lebih 100 buah negara dan wilayah, menghasilkan suatu ruang yang mana pemain global dapat memahami, menghargai serta menghormati budaya tradisional China melalui medium permainan. Melalui pelbagai salurannya, Perfect World telah memaksimumkan peluang untuk penyampaian pengetahuan tentang tradisi kebudayaan China, adat resam dan masyarakatnya selain menyediakan imej jenama yang positif untuk negara tersebut. Dengan pendigitan komunikasi sosial yang meningkat, kemajuan era data besar akan membawa peluang baharu kepada pembangunan diplomasi China.
En. Robert Xiao mencadangkan, "Kita patut kekal selari dengan trend umum dan menggunakan data besar secara saintifik untuk membentuk diplomasi awam China. Sebagai langkah pertama, kita perlu memperkukuh infrastruktur asas data besar dalam bidang diplomasi. Kedua, kita perlu mempercepat penubuhan mekanisme membuat keputusan yang saintifik dan berkesan. Ketiga, kita mesti menggunakan data besar secara proaktif untuk mengkaji khalayak yang berbeza daripada segi diplomasi negara dan membangunkan strategi komunikasi khusus bagi setiap kumpulan audiens. Keempat, kita patut menubuhkan mekanisme pemantauan masa nyata bagi data tersebut kerana ia berkaitan diplomasi awam supaya maklum balas dapat diberi dalam masa yang sesuai dan dapat berfungsi sebagai alat untuk memandu serta meramal senario akan datang yang mungkin berlaku."