omniture

CleverTap Diiktiraf dalam Gartner® Magic Quadrant™ Terkini untuk Enjin Pemperibadian

CleverTap
2025-02-12 10:03 96

SAN FRANCISCO dan MUMBAI, India, 11 Februari 2025 /PRNewswire/ -- CleverTap, platform penglibatan serba lengkap, hari ini mengumumkan bahawa mereka telah ditempatkan oleh Gartner® sebagai Penggerak Nic dalam Magic Quadrant untuk enjin pemperibadian. Penilaian ini berdasarkan kriteria khusus yang menganalisis keseluruhan Kelengkapan Visi dan Keupayaan Pelaksanaan syarikat.

 

CleverTap Recognized in Latest Gartner® Magic Quadrant™ for Personalization Engines
CleverTap Recognized in Latest Gartner® Magic Quadrant™ for Personalization Engines

 

Pengiktirafan ini mencerminkan kekuatan syarikat dalam menyampaikan pengalaman pelanggan yang diperibadikan, keupayaan inovatif yang dipacu AI, serta tumpuannya merentasi industri seperti perkhidmatan kewangan, runcit dan hiburan. Rangakaian Pemperibadian CleverTap merangkumi pelbagai alat yang kukuh, termasuk platform data pelanggan (CDP), analitik pelanggan dan produk, eksperimen, serta orkestrasi merentasi titik sentuhan digital.

CleverTap percaya bahawa pengiktirafan ini didorong oleh gabungan pemperibadian mereka yang menyeluruh, membolehkan jenama memberikan tahap pemperibadian yang berbeza untuk kes penggunaan yang sesuai, sekaligus meningkatkan kadar penukaran sebanyak 7 kali ganda. Lagipun, pemperibadian yang betul membawa kepada pengalaman sebenar yang bermakna.

Kepimpinan CleverTap dalam pemperibadian lanjutan dibuktikan melalui trajektori pertumbuhan yang mengagumkan serta pangkalan pelanggan yang semakin berkembang. Pertumbuhan dan penerimaan yang luar biasa ini didorong oleh platform serba lengkap yang menggabungkan CDP dengan keupayaan untuk mencipta dan melaksanakan perjalanan pelanggan automatik dan diperibadikan merentasi titik sentuh utama seperti web, aplikasi mudah alih, e-mel, media sosial dan saluran berbayar.

Mengulas tentang pengiktirafan tersebut, Anand Jain, Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Produk, CleverTap, berkata, "Penyertaan dalam Gartner Magic Quadrant tahun ini untuk enjin pemperibadian adalah detik yang membanggakan bagi CleverTap. Kami percaya ini mencerminkan dedikasi kami dalam membantu jenama mencipta pengalaman pelanggan yang diperibadikan dan bermakna. Kami merasakan pengiktirafan ini mengesahkan tumpuan kami terhadap inovasi dan pendekatan berorientasikan pelanggan, terutamanya enjin AI canggih kami, Clever.AI, yang menggerakkan ciri seperti perjalanan auto-routing (IntelliNODE) dan pemesejan pintar emosi (Scribe). Kami kekal teguh dalam misi kami untuk memperkasakan jenama dalam meningkatkan keterlibatan yang bermakna merentas saluran, mendorong resonans emosi serta pertumbuhan yang boleh diukur."

Laporan Magic Quadrant merupakan hasil penyelidikan yang ketat dan berasaskan fakta dalam pasaran tertentu, memberikan pandangan menyeluruh mengenai kedudukan relatif penyedia dalam pasaran yang berkembang pesat serta menonjol dalam pembezaan perkhidmatan. Penyedia diletakkan ke dalam empat kuadran: Pemimpin, Pencabar, Visionari dan Penggerak Nic.

Penyelidikan ini membolehkan seseorang mendapatkan manfaat maksimum daripada analisis pasaran selaras dengan keperluan perniagaan dan teknologi mereka yang unik.

Lihat salinan percuma laporan Magic Quadrant untuk mengetahui lebih lanjut tentang kekuatan dan peringatan CleverTap, serta tawaran penyedia lain, di sini.

Gartner tidak menyokong mana-mana vendor, produk atau perkhidmatan yang digambarkan dalam penerbitan penyelidikan kami, dan tidak menasihatkan pengguna teknologi untuk memilih hanya vendor yang mempunyai penarafan tertinggi atau penetapan lain. Penerbitan penyelidikan Gartner terdiri daripada pendapat organisasi penyelidikan Gartner dan sepatutnya tidak dianggap sebagai kenyataan fakta. Gartner menafikan semua waranti, tersurat atau tersirat, berhubung dengan penyelidikan ini, termasuk apa-apa waranti kebolehdagangan atau kesesuaian untuk tujuan tertentu.

GARTNER ialah tanda dagangan berdaftar dan tanda perkhidmatan Gartner, Inc. dan/atau sekutunya di A.S. dan antarabangsa, dan MAGIC QUADRANT ialah tanda dagangan berdaftar Gartner, Inc. dan/atau sekutunya dan digunakan di sini dengan kebenaran. Semua hakcipta terpelihara.

Maklumat tentang CleverTap

CleverTap ialah sebuah platform penglibatan semua dalam satu yang membantu jenama membuka kunci nilai seumur hidup pelanggan tanpa had. CleverTap dipercayai oleh lebih daripada 2,000 jenama seperti Decathlon, Domino's, Levis, Jio, Emirates NBD, Puma, Croma (A Tata Enterprise), Swiggy, SonyLIV, Axis Bank, AirAsia, TD Bank, Ooredoo dan Tesco untuk membantu membina pengalaman peribadi bagi semua pelanggan mereka. Platform ini dikuasakan oleh TesseractDB™, sebuah pangkalan data pertama di dunia yang dibina khusus untuk penglibatan pelanggan, menawarkan kelajuan dan kecekapan kos pada skala.

Disokong oleh pelabur terkemuka seperti Accel, Peak XV Partners, Tiger Global, CDPQ, dan 360 One, syarikat ini beribu pejabat di San Francisco dengan kehadiran di Seattle, London, São Paulo, Bogotá, Mexico, Amsterdam, Sofia, Dubai, Mumbai, Bangalore, Delhi, Singapura, Vietnam dan Jakarta.

Untuk maklumat lanjut, layari clevertap.com atau ikuti kami di:
LinkedIn: https://www.linkedin.com/company/clevertap/ X: https://twitter.com/CleverTap

Kenyataan Pandangan Ke Hadapan

Beberapa kenyataan dalam siaran akhbar ini mungkin mewakili kepercayaan CleverTap berkaitan dengan peristiwa masa depan dan mungkin merupakan kenyataan pandangan ke hadapan, atau kenyataan jangkaan masa depan berdasarkan maklumat yang tersedia pada masa ini. CleverTap memberi amaran bahawa kenyataan tersebut secara semula jadi tertakluk kepada risiko dan ketidakpastian yang boleh menyebabkan hasil sebenar berbeza daripada hasil yang dijangkakan oleh kenyataan yang dinyatakan dalam kenyataan akhbar ini.

Faktor-faktor seperti perkembangan keadaan ekonomi umum yang mempengaruhi perniagaan kami, keadaan pasaran masa depan, keupayaan kami untuk mengekalkan kelebihan kos, ketidakpastian berkaitan dengan pendapatan, tindakan korporat, penumpuan pelanggan, permintaan yang berkurang, tanggungan atau kerosakan dalam kontrak perkhidmatan kami, peristiwa kerugian luar biasa, peperangan, ketidakstabilan politik, perubahan dalam dasar atau undang-undang kerajaan, sekatan undang-undang yang memberi kesan kepada perniagaan kami, kesan wabak, epidemik, sebarang bencana alam, dan faktor-faktor lain yang secara semula jadi di luar kawalan kami, perubahan dalam pasaran modal, dan keadaan lain boleh menyebabkan peristiwa atau hasil sebenar berbeza secara material daripada yang dijangkakan oleh kenyataan tersebut. CleverTap tidak membuat sebarang

perwakilan atau jaminan, secara langsung atau tersirat, tentang ketepatan, kelengkapan atau status yang dikemas kini atau yang dikemaskini semula kenyataan tersebut. Oleh itu, dalam apa-apa jua keadaan pun, CleverTap dan syarikat-syarikat sekutu tidak akan bertanggungjawab kepada sesiapa pun atas sebarang keputusan yang dibuat atau tindakan yang diambil sebagai tambahan.

Foto: https://mma.prnasia.com/media2/2617509/CleverTap_and_Gartner.jpg?p=medium600
Logo: https://mma.prnasia.com/media2/2404275/5161624/CleverTap_Logo.jpg?p=medium600

 

 

Source: CleverTap
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Personnel announcements Survey, Polls & Research Artificial Intelligence