SHANGHAI, 12 Mac 2015 /PRNewswire/ -- Semasa Kongres Rakyat Kebangsaan dan Persidangan Perundingan Politik Rakyat China, sebuah filem dokumentari berpembiayaan sendiri yang dibuat oleh Cik Chai Jing, bekas pembaca berita China Central Television tentang jerebu di China tanpa dijangka menarik perhatian media. Dalam masa 24 jam, ia mendapat lebih 6 juta hit dan lebih 60 ribu "sukaan".
Apakah Jerebu? Dari manakah ia datang? Apa yang dapat kita lakukan tentangnya? Untuk mencuba menjawab persoalan ini, filem tersebut menyatakan fakta bahawa pada Januari 2013, 25 wilayah yang melibatkan separuh daripada populasi China telah diselubungi jerebu teruk. Walaupun keadaan menjadi lebih baik pada 2014, banyak bandar besar masih mengalami jerebu serius. Pada 2014, 175 hari di Beijing, 197 hari di Tianjin, 152 hari di Shen Yang, 125 hari di Chengdu, 112 hari di Lanzhou malahan 264 hari di Shi Jia Zhuang telah dicemari teruk oleh jerebu.
Apakah Jerebu? Apakah bahayanya kepada tubuh manusia? Jerebu mengandungi sulfat, nitrat, garam ammonia, bahan organik, mineral, dll. yang bertembung, memulakan tindak balas kimia dan membahayakan sistem pernafasan, kardiovaskular malah menyebabkan kematian awal.
Di kawasan yang mengalami jerebu teruk, ramai di kalangan mereka yang bukan perokok turut menderita barah peparu. Malah bayi baru lahir turut dijangkiti pneumonia dari asal-usul yang tidak diketahui. Sepanjang 30 tahun lalu, kadar kematian barah peparu telah meningkat 465%. En. Chen Zhu Lan, mantan Menteri Kesihatan telah menyatakan bahawa setiap tahun kira-kira 500,000 orang mati awal akibat jerebu.
Dari manakah Jerebu datang? Pembakaran arang batu, minyak, biojisim, pengeluaran industri, penanaman, dll. menyebabkan jerebu. Dan, 60% daripada semua pembakaran adalah berkaitan dengan pengeluaran dan tabiat harian.
Apa yang dapat kita lakukan tentang jerebu? Kita patut membersihkan arang, mengawal emisi, mengurangkan pencemaran, menggunakan pengangkutan awam, menjimatkan tenaga, dll. Menurut En. Lu Yao Ru, seorang ahli akademik Akademi Kejuruteraan China, tumbuhan dan air dapat merawatnya.
Persatuan Landskap Atas Bumbung Antarabangsa (IRLA) telah memberikan komitmen kepada pengkajian tentang bagaimana membantu menulenkan atmosfera dengan memperkenalkan penghijauan bumbung dan dinding di kebanyakan bandar China.
IRLA akan bekerjasama dengan penganjur Hortiflorexpo IPM Shanghai ke-17, pameran dagangan terbesar Asia dalam industri florikultur, hortikultur dan taman untuk menyampaikan forum khas tentangnya pada 22-24 April 2015 di Pusat Pameran Antarabangsa Baharu Shanghai (INTEX Shanghai, Ltd.).
HUBUNGI:
Cik Catherine Cui
+86-21-62958367
cuilin@intex-sh.com