omniture

Firma Guaman Gurol Law Firm Umumkan Tindakan Undang-undang Ke Atas Land Rover Ditetapkan pada 17 September di Turki

Gurol Law Firm
2015-03-13 09:00 94

HAMBURG, Jerman dan ISTANBUL, 13 Mac 2015 /PRNewswire/ --

Firma guaman Gurol Law Firm, bertindak bagi pihak pelanggan mereka Engin Yakut, seorang peguam dan ahli perniagaan Turki, telah mengumumkan hari ini bahawa satu perbicaraan ke atas Land Rover telah ditetapkan pada 17 September 2015 di Istanbul.

Mahkamah Turki telah menghantar makluman perundangan tersebut kepada Kementerian Luar Turki, yang seterusnya telah memaklumkan kedutaannya di London memandangkan Land Rover merupakan syarikat yang berpangkalan di UK.

Engin Yakut diwakili oleh peguam Candas Gurol daripada Gurol Law Firm. Selain membuat aduan dengan mahkamah, beliau juga telah membawa kesnya ke Kesatuan Eropah, Suruhanjaya Eropah, Perintah Hak Pengguna Suruhanjaya Eropah, dan Pertubuhan Eropah untuk Kualiti.

Jika Engin Yakut memenangi kes ini, beliau akan mempunyai hak untuk memfailkan tindakan undang-undang "pengenalpastian dan penguatkuasaan" untuk menarik balik kesemua enjin di seluruh dunia.

Engin Yakut telah berkempen untuk mendapatkan perbicaraan sejak Februari 2012 dan suatu tarikh akhirnya telah ditetapkan pada 17 September di Istanbul.

En. Gurol

GUROL HUKUK BUROSU
GUROL LAW FIRM
Fener Kalamıs Caddesi Gazi Mehmetcik Sok.
Beyaz Kosk No:7
Fenerbahce Kadıkoy Istanbul
+90-216-336-12-16 M.

Sumber: Gurol Law Firm

Source: Gurol Law Firm
Keywords: Auto Transportation Legal issues