omniture

Vantage Turut Serta sebagai Penaja Titanium di Money Expo Mexico 2025

Vantage
2025-02-14 09:06 123

PORT VILA, Vanuatu, 13 Februari 2025 /PRNewswire/ -- Vantage Markets gembira untuk mengumumkan penyertaannya sebagai Penaja Titanium di Money Expo Mexico 2025 yang dinanti-nantikan, berlangsung pada 26-27 Februari di Bandar Raya Mexico. Sebagai salah satu persidangan kewangan yang terbesar di rantau ini, Money Expo Mexico berfungsi sebagai platform untuk pemimpin industri global, penginovasi dan pakar kewangan untuk berkongsi pandangan serta membincangkan masa depan ekosistem kewangan.

Vantage Joins as Titanium Sponsor at Money Expo Mexico 2025
Vantage Joins as Titanium Sponsor at Money Expo Mexico 2025

Peranan utama Vantage sebagai Penaja Titanium menggariskan komitmen syarikat untuk memperkasakan para pedagang dengan alatan, pendidikan dan penyelesaian perdagangan bertaraf dunia. Para hadirin boleh mengunjungi reruai Vantage untuk meneroka pendekatan syarikat terhadap penawaran termaju, termasuk keupayaan perdagangan berbilang aset, alatan inovatif dan program berpusatkan pelanggan yang direka untuk memenuhi keperluan pedagang daripada semua peringkat pengalaman.

Sebagai sebahagian daripada persidangan ini, Jose Flores, Pengurus Pembangunan Perniagaan di Vantage, akan naik ke atas pentas sebagai penceramah khas untuk berkongsi pandangannya tentang trend dan strategi perdagangan dalam pasaran kewangan yang berkembang pesat. Sesi beliau akan menawarkan maklumat yang berharga untuk pedagang dan pelabur yang ingin mengemudi landskap perdagangan yang dinamik hari ini.

Vantage juga berbesar hati kerana dicalonkan untuk anugerah "Broker Global Terbaik 2025" yang berprestij di Money Expo Mexico, mencerminkan komitmen syarikat terhadap kecemerlangan dalam teknologi, ketelusan dan perkhidmatan untuk pedagang.

Jose Flores, Pengurus Pembangunan Perniagaan di Vantage, berkongsi pandangannya mengenai acara ini:
"Money Expo Mexico ialah platform yang luar biasa untuk berhubung dengan pedagang dan ahli profesional kewangan. Di Vantage, kami bersemangat untuk memperkasakan pedagang dengan alatan dan ilmu pengetahuan bagi mengemudi pasaran dengan berkesan. Saya berasa teruja untuk berkongsi pandangan di acara yang luar biasa ini dan menunjukkan cara Vantage membentuk masa depan perdagangan."

Para hadirin dijemput untuk mengunjungi reruai Vantage untuk bertemu pasukan dan mendapatkan pandangan tentang trend terkini dalam perdagangan dan pelaburan

Untuk maklumat lanjut mengenai penyertaan Vantage di Money Expo Mexico 2025, kunjungi Vantage Markets atau Money Expo Global.

Latar Belakang Vantage 

Vantage Markets (atau Vantage) ialah broker CFD berbilang aset yang menawarkan pelanggan akses perkhidmatan yang tangkas dan berkuasa bagi memperdagangkan produk Kontrak untuk Perbezaan (CFD), termasuk tukaran mata wang asing (Forex), Komoditi, Indeks, Saham, ETF dan Bon.

Dengan pengalaman pasaran selama lebih 15 tahun, Vantage melangkaui peranan sebagai broker, menyediakan ekosistem perdagangan yang dipercayai, aplikasi perdagangan mudah alih yang memenangi anugerah dan platform perdagangan mesra pengguna yang memperkasakan pelanggan untuk merebut peluang perdagangan. Muat turun Vantage App pada App Store atau Google Play.

berdagang lebih bijak @vantage 

AMARAN RISIKO: Perdagangan CFD membawa risiko yang besar. Anda boleh mengalami kerugian lebih banyak daripada pelaburan awal anda.

Source: Vantage
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Multimedia/Online/Internet Awards Trade show news Financial Technology Future Events